Friday, December 31, 2010

End of 2010, The New 2011

Salam,

Selamat tinggal 2010 yang rasanya amat mencabar buat CR sekeluarga. Semuanya akan menjadi pengajaran dan teladan pada CR. Dalam kepahitan CR takkan tidakkan kemanisan yang ada. Syukur alhamdulillah...
Pic from cutcuster.com

Selamat datang 2011. Pastinya akan banyak lagi yang dapat dipelajari. Semoga segalanya dipermudahkan Allah dan akan CR harungi dengan gembira. Tahun ni aim utama, nak cari duit banyak-banyak untuk bekalan masa depan. Selain daripada tu, nak tambah apa yang patut... semoga Allah mempermudahkan :)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011, bring it on!

Monday, December 27, 2010

Cerita Nasi Kandar Penang

Hye,

Now just nak share my 2 cent opinion about NASI KANDAR. Sepanjang bercuti ke Pulau Mutiara selama 3 hari, I think I've become a SPICY person hahahha...maklumlah asyik layan nasi kandar je. Apa boleh buat, My Beloved Hubby memang peminat nasi kandar.


We all dah surf beberapa reviews bout this Malaysian food and found several places to try. Easy to say, everything was based on Internet reviews and My hubby experiences...coz as for me, null. Never been to Penang before:)

Gambar Google [x sempat cap pics:)]
First: We have tried Nasi Kandar Beratur which situated at Jalan Masjid Kapitan Keling, betul2 sebelah masjid tumpuan pelancong ni tau. Here we have to que for at least 1 hour as the stall only operated at 10.00 pm until 7.00 am. Curious, ada ke orang nak makan nasi kandar in the middle of the night? The answer is YES! During our dinner that nite which is at 11.00 pm, there are about 20-30 people yang tengah beratur and believe it or not, ada yang datang bawak baby around 3-5 months...OMG apalah penangan kedai ni..
haaa, kan dah cakap beratur panjang

Lepas pekena Nasi Kandar pertama saya di Penang, I like the taste! Tak spicy sangat, rasa sedap2 je. All the spicy are well blend together. Macam biasa lah,kan kalau makan Nasi Kandar ni kuah campur, kari ayam/daging/ikan/udang goreng/sotong. Wah masyuk lah makan malam tu:) Saya kalau makan spicy food ni mesti pekena dengan sirap limau/teh o ais limau. BEST!

Nasi Kandar Line Clear yang dibungkus...Adam mengamuk kat stall:(

Second: Malam kedua kami try pulak Nasi Kandar Line Clear situated at Jalan Penang sederet dengan Chowrasta [ceh sekarang leh bagi direction kalah orang penang sbb CR kene baca peta Georgetown tu conventionally, mak xde GPS,nak] Nasi Kandar ni memang famous lah, siap masuk alahai Fafau kalau x silap heheheh Rasanya, sedap! Tapi tulah, CR rasa rempahnya fullamak terangkat giler, bikin kami tak leh bangun pagi esoknya...Badan rasa berat je penangan Nasi Kandar Line Clear. But again, up to individuals opinion... CR rasa for new comers such as me Nasi Kandar Line Clear is worth to try:)

Capture this pic masa g Chowrasta-beli Jeruk

Third: Before balik, kami try satu lagi Nasi Kandar di Penang known as Nasi Kandar Kampung Melayu di Rumah Pangsa Kampung Melayu. Kedai ni buka dari 7.00 am to 12.00 pm sahaja. Haaa... kedai ni pun salah satu suggested stall kalau nak rasa Nasi Kandar. Rasanya lebih kurang Nasi Kandar Beratur, spice is very well blend sedap-sedap sahaja. The different is ada variety lauk and dia macam restaurant lah. Kiranya kalau baru nak try nasi kandar, try sini dulu lah...baru cuba Line Clear:)


Haaa...ada satu lagi nasi kandar, x glamour pun tapi pada kami [CR and Hubby] lauk dia best juga. Ayam Hitam dia menjilat jari. Kedai ni dekat Jalan Air Hitam sebelah Masjid Sheikh Eusof.

So, tu jelah. Senang cerita sedap semualah... CR ni x cerewet bab makan ni hehehhe

Take care!

Saturday, December 25, 2010

3 Zoo

Salam,

haa, kenapa agaknya saya bagi tajuk zoo pulak? Macam dah tak de tajuk lain je CR ni. Tapi, dah memang saya nak bercerita tentang zoo [bukan cerita zoo David Teo tau]

Memandangkan anak CR ni minat betul dengan binatang, melawat zoo memang satu yang menggembirakan untuk Adam. Setakat ni kami dah sempat melawat ke zoo utama Malaysia lah:) Zoo Negara, Zoo Taiping and of course Zoo Melaka.

Haa among these 3 zoos [ada ke zoos?] I prefer Zoo Negara sebab Zoo Negara has beautiful lanscaping sceanery. Furthermore, ada banyak kemudahan lah compared to Zoo Melaka and Zoo Taiping. Pertunjukan binatangnya sangat comersial, sbb one of small way to get funds:) Lawatan can be considered as puas lah...lagipun lawatan CR ke Zoo Negara memang completely jalan kaki... that's why I considered it as 'PUAS'.

Tapi kalau nak tengok Zoo yang banyak binatang, silalah ke Zoo Melaka, segala macam binatang korang leh tengok even ada juga sangkar yang kosong [akibat penyelenggaraan katanya] Di Zoo Melaka ada pertunjukan binatang [gajah boleh menari:)]... Zoo Taiping pun ok juga, tapi ada satu inovasi yang CR tak berapa suka. Zoo Taiping dah combined certain animals through their habitat such as African Safari, Australasian etc... So binatang yang kita lihat tuh tak berapa banyak... Tapi itulah istimewanya Zoo Taiping from other zoos.


Satu lagi, perkhidmatan trem di Zoo Melaka and Zoo Taiping ni boleh diperbaiki lagi di mana pemandu-pemandu boleh memberikan info tambahan tentang binatang di zoo tersebut. Bukan setakat baca papan tanda nama je,kan. Insyaallah, ramai daripada pengunjung boleh membaca. Mungkin dengan memberi info tambahan, perkhidmatan ini lebih menggembirakan:)


tu jelah review for zoo di Malaysia untuk kali ini, kita jumpa lagi di episod akan datang. Saya CR:)

Sunday, December 19, 2010

Mee Udang 13 hengget!

Salam,

Just nak kongsi...petang tadi kami menikmati Mee Udang di Kuala Sepetang, Taiping. Harganya RM13.00 for Mee Udang Special and RM7.00 for Mee Udang. Jangan x tau, saya rasa berbaloi lah RM13.00 tu. Udangnya fresh, memang siang just before dicampakkan ke dalam kuali. Manisnya, wow rasalah segala rasa udang asli...tak de hanyir udang langsung! [maaf, saya x berapa pandai buat food reviews hahah]

Haa tu pasal udangnya, pasal mee dan kuahnya...pada saya rasanya ada mirip2 mee rebus Muar, tapi dia cair sikit dan lebih berempah. quite spicy...sedap-sedap je lah dengan tekak saya:)

kedainya dah bertapak di kuala sepetang ni since 1956...sebelum merdeka lagi tu. Tapi kedai ni, x lah komersial rupanya... Sebanarnya banyak lagi kedai Mee Udang, but as my honey says, dia dapat reviews better on this stall. That's why we choose to try the Mee Udang here.

Okeh, layan gambar pekan kecil Kuala Sepetang and my delicious mee udang special,k:)

pekan Kuala Sepetang...kecik jer pekan chinese ni

Signboard Kedai ni sempoi jer...yang penting rasa the served food :)

Mee Udang Special RM13.00 Close-up Udang yang super fresh:)
Ada 5 ekor semuanya
Hubby and Adam at Jeti Kuala Sepetang
Align Centre
That was our sepetang di Kuala Sepetang :)

Wednesday, December 15, 2010

Refashion

Salam,

haa..nilah kerja org yang x cukup kerja hehhehe... Actually, bercuti ni kadang-kadang bosan juga ye? Asyik buat mende yang sama je...kemas, kemas makan masak etc... Sebab tu Allah x jadikan CR surirumah agaknya.

Bukan itu yang CR nak cerita. Disebabkan sentiasa ada masa extra [buat masa ni] CR pun gatal tangan mengerjakan T-shirt lama, T-shirt free hehehhe

haa, nilah lambangnya? Ada sape2 yang kenal? kalau sape2 kenal, T-shirt ni x best...
see through panas-panas ni, tak kuasa nak berinner bagai...


lalu setelah CR kerjakan, romponglah ia seperti ini. Kesian ko T-shirt:P


selepas, disambung dan ditokok tambah dengan polka dot fabric lalu, ting!!

jadilah seperti ini:
jadilah short untuk anak CR...
kalau ada t-shirt2 yang nak buang tu, korang trylah buat sluar macam ni. Kalau berimaginasi sikit, leh buat skirt too for your little daughter:) Korang ikut tutorial dari Rookiemoms ni ye

till then:)

Monday, December 13, 2010

Parenting Monday : LOVE

Hye and Assalamualaikum...

I got this book since 2009 and still I'm not able to finish it. Since I always have that problem; I want to share it with JOY, so that I can force myself to read this small book.

So, the book is Raise Your Child's Self-Esteem! by Nancy Krulik. Today, I would love to share the most simple thing in he world I bet all of us [mommy/daddy etc] always doing it to our child.

"Tell your child you love him at least once a day"


See, I told you...all of us did it, didn't we? As simple as A-B-C..no cost at all. Try it with a big hug to your child and I'm sure your child will appreciate it one day!
I've started it with Adam... will you?

Saturday, December 11, 2010

Date with Dentist

Salam and Happy Saturday!

yeah, mesti dah biasa jumpa dentist,kan? Bukan cerita besar but for Adam it's a first date hehhehe
Alhamdulillah, first appointment goes well. The Dentist is so kind... Adam pun selesa atas pangkuan Ibu, sambil Dr check his tooth. Gigi Adam ok...Dr pun ajar cara nak gosok gigi and I am glad Adam gives a good response to the Dentist. He answers all the questions and open his big mouth when told to. Good achievement for budak yang baru 3 weeks at taska...I am proud of you, Adam...:)

Gambar Google

Actually, Ibu and Ayah yang have appointment with the Dentist. Alang-alang, Adam pun terjebak sekali...

Pesan Dr. "Why not jadikan visit to the dentist as a Birthday routine"...hahhahah GOOD IDEA Dr. Tq very much.

Friday, December 10, 2010

Year End Sale at Astana Moda Melaka

Salam korang...

HA#3 [Holiday Activity No 3] CR ialah shopping kain hehehhe... Dah habis raya pun nak shopping ke? CR ni asik pakai baju same je g kelas. Bosan lak students nanti, lagi pun next year nak dapat anak HR baru, so harus ada baju lain sikit hehhehe

So, warna pilihan; terang-terang! Tema akak sales girl tu yeah. Warna-warna berani gitu. Nak lari dari blue and green dan yang seumpama dengannya; sbb warna itu terlalu familliar ngan CR.
Tak banyak pun CR angkut, 4 pasang je. Tapi shopping time yang menyeronokkan bersama one of my colleague [name dirahsiakan sbb akta kerahsiaan peribadi:)]

Mari jamu mata - janganlah korang g cari lak harga kain-kain ni...harga dalam kemampuan le, nak g ngajar x laratlah nak pakai baju ratus2 ehhehe. Yang penting content of the knowledge and keikhlasan hati CR, kan?


okie dokie...till then
Assalamualaikum:)

CR refering to Cikgu Rozila (nak guna initial gak heheh bukan Carlo Rino tau)

Ajal Demi Rezeki

myMetro | Maut bergumpal bersama dodol

Innalillah... itulah yang mampu diucapkan.
Saya pernah terbaca dan ingin berkongsi... untuk mendapat keberkatan semua perbuatan mestilah kerana Allah. Sebab, kita tak tahu bila kita akan mati, macam mana kita akan mati dan sebab apa kita akan mati.

Pagi-pagi, selepas solat subuh dan sebelum keluar rumah ke tempat kerja, jomlah kita sama-sama bertawakkal kepada Allah dan berserah. Supaya semua yang kita kerjakan pada hari itu semata-mata kerana Allah. Sekiranya berlaku apa-apa pun kita telah berserah kepadaNya.

Kerana, hanya Allah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita...

Wallahua'lam.

Thursday, December 9, 2010

Penat buat tutorial ye?

Salam,

ingatkan buat tutorial ni senang je, macam buat homework...kan students tercinta sekalian???
tapi tanggapan saya salah/meleset sikit...hampir separuh hari jugak. Macam buat soalan Add-maths lah...hehhehe [kata anak murid saya...]

Tutorial apa yang cikgu buat ni?? tutorial jahitan dalam blog sebenarnya... nak include gambar, procedure dan macam-macam lagi. Maklumlah, kalau boleh saya nak lah orang paham tutorial yang saya share... macam saya faham tutorial orang lain juga...

So, this is life. You will always meet something new and its a challenge to you...
Have a good day though!

Hobby : Sewing Netbook Sleeve

Holiday Activity #2 : Sewing Netbook Sleeve

Wednesday, December 8, 2010

Malaysia Year End Sale 2010

hye,mungkin masa ni amat ditunggu-tunggu oleh shoppers sekalian. Saya pun!! Tapi memandangkan harga minyak dah naik, so bolehlah kita wat assumption semua barang pun akan naik... YEAR END SALE lagi ker?

Anyway, teringin sangat nak pergi;

Stadium Malawati Shah Alam


Wisma Minion Seri Kembangan

Tapi tak tahulah, bukan nye nak shopping sangat, just berjalan...Macamlah cik Abang nak bawak ye?

Korang aim nak beli apa??

Ikano Power Centre

Puchong IOI Mall

SACC Mall Shah Alam

USJ Taipan



Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

salam kerinduan buat anak Ibu; Aiesya Zaffan.

Salam Maal Hijrah Ibu ucapkan. Ibu menulis untuk mengurangkan rasa rindu... Alhamdulillah, Ibu dapat meluangkan masa melawat pusara Aiesya di hari yang mulia ini. Sepi dan hening keadaannya.

Anak Ibu,
kenapa kita meraikan awal muharam? 1 muharam merupakan detik pertama Hijrah umat Islam ke Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w. Rasulullah melaksanakan hijrah untuk memastikan syiar Islam terus berkembang.

Sempena 1 Muharram 1432H ini kita disarankan melaksanakan hijrah dalam pelbagai bentuk,nak. Bagi Ibu, Ibu berazam untuk mengawal Abang Adam dengan lebih baik. Semenjak Abang Adam masuk taska ni, perangai Abang Adam agak berubah dengan drastik. Maklumlah, mula dapat kawan... Ada perkara baik dan yang tak berapa baik yang Abang Adam absorb... Semoga Ibu dapat mendidik Abang Adam dengan cara yang betul, Insyaallah...

Aiesya sayang,
tak lama lagi tahun 2011 bakal menjelang. Ibu takut nak menghadapai 7 Januari sekali lagi... Semoga Allah berikan Ibu kekuatan dan ketabahan,nak.

Salam Maal Hijrah daripada Ibu...
InsyaAllah Ibu akan menulis lagi walaupun Ibu tahu warkah ini hanya kekal di sini....

Al-fatihah buat Aiesya Zaffan binti Shah Rizal

Monday, December 6, 2010

SPM 6/12/2010 - Chemistry 4541

Selamat menjawab peperiksaan SPM Chemistry 4541. Semoga semua berjaya dgn cemerlang, Amin.

Yummylious cookies for 503, 507 and 515
Lots of love from CikguRozila
p/s : tqvm nadisa:)

Sunday, December 5, 2010

Full weekend!

Salam,

Alhamdulillah hari ni hari Ahad dan saya masih lagi di sini. Maaf sebab menyepi:)
Saya lalui weekend kali ini dengan pantas.

Weekend saya bermula dari hari Khamis, M&FIL datang ke Melaka kerana FIL akan menjalani minor surgery atas sbb2 tertentu. Alhamdulillah Ayah selamat dibedah pada hari Jumaat. Saya pula agak terkilan kerana tak dapat menemani ayah dan mak kerana terpaksa menjalankan kelas tambahan kimia untuk pelajar-pelajar tersayang. Alhamdulillah, harapnya mereka dapat sesuatu dalam kelas tersebut! Best of luck, anak-anak!

Jam 9.30 pm kami sekeluarga bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk menjemput Mama dan Papa yang dijangka sampai 1.10 am di KLIA. Kami terpaksa meninggalkan mak di rumah bersama Suhaimi. Namun, disebabkan flight delay hingga ke 6.40 am kami terus balik ke Kepong. Pada waktu yang sama, adik saya; Hafiz akan konvo...kesian dia konvo tanpa ahli keluarga. Terima kasih pada kawan-kawan yg menemani...

Hari ni, nampaknya ada 2 lagi event...cam ner?

Thursday, December 2, 2010

Be POSITIVE:)

Maaf,

First of all, saya percaya masing-masing punya pandangan dan cara berfikir yang tersendiri. Alhamdulillah kita dianugerahkan akal fikiran yang waras. Dalam dunia teknologi yang kecanggihannya kadang kala tak mampu tercapai dek tangan ini, internet merupakan salah satu medium perhubungan yang penting.

TAPI:

Boleh tak kalau kita semua cuba
  1. menjadi pembaca yang POSITIF? please.....saya mungkin tak mampu nak berkata-kata di medium yang sepatutnya [melibatkan etika perkhidmatan] namun, saya menyeru pada semua supaya bacalah secara positif dan
  2. terimalah apa yang anda baca secara positif juga
  3. jangan mencari kesalahan penulis lain
  4. amalkanlah sikap berkongsi
  5. amalkan sikap no right or wrong
Sekian, Terima Kasih...

Wednesday, December 1, 2010

Food Additives

Salam,

Selepas terbaca satu shared article in FB di sini maka saya pun terfikir nak surf tentang food additive. Ada banyak jenis Food Additives; berjela-jela senarainya [bukat setakat yang kita belajar tu je tau, anak-anak..]

And the summary of my search are: eat from natural sources
  • tak payah ler nak makan fast food [burgers, canned food, backery products, soda
  • kalau nak minum kopi tu, minum je x payah takut caffeine coz decaffeinated coffee is more dangerous -- substance used to decaffeinated the coffee has carsinogenic effect; sbbkan cancer
  • dairy product -- caused hyperactivity in children...abis anak aku nak minum susu aper? tak boleh dah nak BF sekarang ni...
takutnyer bile baca...so, berpada-padalah bila makan...
sesungguhnya makanlah untuk hidup, bukan hidup untuk makan ye kawan-kawan...

sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_food_additives

http://www.avianweb.com/diseasescausedbytoxins.html

HA#1 : Rapunzel Tangled

apa HA#1 tu?

disebabkan exam saya dah settle smalam, so I here announce that my HOOOOOliday has started! So, HA#1 is Holiday Activity No 1 heheheh

Haa...tengok tajuk pun dah tahu saya wat apa...tgk movie ngan bodyguard tecik saya...
penat jugak layan budak kecik tgk movie ni...dgn hyperactive nyer...xpelah Adam, as long as you enjoy the movie!


So, don't want to make any reviews. I just want to say both me and Adam enjoy it very much! Tapi kalau watching 3D mesti lagi happening! MBO Melaka xde 3D lah.

Tapi kali ni Adam dah x brape stick to his chair lah cam shrek and how to train your dragon... dah kata hero, citer heroin-heroin ni x buat dia duk diam sgtlah... I know my BOY...

layanlah gambar Adam captured ni...Gegau habis:)

yang ni pulak Ibu captured; sorry gambar x brape elok...HP cabuk ku..:)


Korang nak pergi tengok tak?

Tuesday, November 30, 2010

Adil ke AWAK?

Panel:
Terangkan bagaimanakah adilnya seorang guru terhadap semua pelajarnya?

Cikgu:
Pada pendapat saya, adil sebagai seorang guru adalah tidak dipengaruhi emosi semasa menjalankan sesi Pengajaran & Pembelajaran (P&P) ataupun melayan pelajar.
Contohnya, pelajar A didapati bersalah kerana melakukan kes disiplin di asrama
namun
di kelas beliau boleh memberi kerjasama yang baik dan mampu memberi perhatian. Beliau juga tidak mengganggu sesi dengan melakukan kes disiplin lain;
MAKA saya selaku guru
harus melayannya sebagaimana saya melayan pelajar saya yang lain. Saya harus menilai beliau atas usahanya di kelas saya.

Saya akan berusaha untuk terus menjadi guru yang adil!


Sunday, November 28, 2010

I'm meeting her! [29th Nov 2010]

hye...

Siapa her tu yek? My old friend! Actually, memang xde kaitan ngan korang, tapi saja saya nak bercerita hehehhe... Macam lah orang lain tak jumpa kawan lame yek? Takpelah, saya nak jugak cerita:P

Kawan saya Ada ada meeting at King's Hotel Ayer Keroh Melaka... So, we plan to see each other.

Actually, Asrul Shuhada Mohd Salleh is my old best friend since 1993. Dah lama lah, Ada! Kami sama-sama belajar kat SMA**, sama sekelas, 1 dorm kat asrama... banyaklah samanya. Eventhough our friendship as classmate last only for 3 years, but the relationship never ends...Alhamdulillah... Actually, ramai lagi yang kalau boleh nak jumpa...tapi still belum berkesempatan.

Back to Ada story, she is so nice and cute and vouge hehehhe... even now, she is mommy with 2 heroes! Go mommy!
Eventhough it's a short meeting, dapat juga melepas rindu. Had a chance knowing aiman. Handsome boy! Adam pulak, mula lah tunjuk perangai ler...:)

I don't know how to elaborate, short of ideas..jom layan gambar-gambar!

Pic from ADA fbMasa tengah muda-muda dulu


Both pics are captured by my amatuer phographer Adam Zikry...tu yang muka muncul celah-celah kerusi tu, gelap gelita walaupun dalam terang hehehhe...Apa-apalah Adam...

Friday, November 26, 2010

Kene PAU RM80

Selesai menikmati SRChocholate Mud, creamy mushroom soup with my fav ice lemon tea untuk minum petang yang indah dengan HERO tersayang, saya menunaikan janji kepada Adam untuk HANYA melihat-lihat toys department.... Maklumlah, saya sebagai ibu yang kononnya bertimbang-rasa ni, tak mahulah diingati sebagai ibu yang tak menepati janji,kan?

Lalu kami pun menaiki lift untuk ke tingkat 1. Keluar sahaja dari lift, anak saya yang bertuah ini terus meluru ke arah toys department...[tu lah, lain kali jangan ajar anak hafal plan of shopping mall ye, kawan-kawan] Lalu tibalah dia ke kawasan LEGO yang sekarang ni dah bermacam-macam inovasi ada...saya pun tak tahu sebenarnya.

Al-kisahnya, ayah Adam yang juga sangat bertuah itu telah berjanji untuk membelikan lego-panggilan biasa untuk small bricks la [bukan jenama LEGO tu la] Tapi, anak saya yang naif ni manalah tau lego jenama ke, lego made in china ke,kan? Maka yang menaggung bahananya...SAYAlah ibu yang bertuah ini....

Pujuk punya pujuk, terPAUlah RM80 duit saya........Inikah petang saya yang indah??

gambar dari pak cik google

Thursday, November 25, 2010

Stress!

Aaaaghhhhh...

Stress tau tak...stress sbb otak asyik blur je... Macam mana nak sambung blajar, kalau setakat nak siapkan assignment PTK yang 10 pages pun bagai nak pengsan aku memerah otak...

Dah kata cikgu sains...manalah aku reti nak buat ayat berbunga-bunga ni...

Encik Pemeriksa,

Tersiksanya saya buat tugasan ni... tak tahulah saya, idea saya tersekat-sekat je dari semalam...kalau ayat saya kelam kabut, Encik Pemeriksa anggaplah ayat saya tu sempurna,ye?

Haa lagi satu Encik Pemeriksa, janganlah strict sangat, kan ni tahun terakhir PTK...bagi jelah markah...mudah-mudahan Encik Pemeriksa murah rezeki...Aminnn

Aci tak kalau buat foot note cam ni? Kan students kalau tak tahu jawab exam selalu wat foot note... boleh tak kalau cikgu buat jugak???

Wednesday, November 24, 2010

Adam Rindu Ibu

haa...sejukkan hati dengar anak cakap macam tu pagi-pagi.... Alhamdulillah, semoga Allah memberi peluang untuk saya menikmati ayat manis ini setiap hari. Amin.

Sebenarnya, Adam tak ke mana, cuma nak ke Taska Ummie dalam 5 km dari rumah kami. Hari ni hari kedua Adam ke taska. Perubahan positif, Adam tak menangis lagi. Pergi dengan ceria dan siap cakap "hari ni Adam nak salam Ibu kat sekolah..." coz semalam he refused to shake hand with me.... sayu nak kene tinggal. But today, dengan senyum dan ceria Adam melangkah masuk ke Taska.

On the 1st day, selepas puas berperang nak mandikan anak BERTUAH Ibu ni..

Harapan Ibu semoga Adam dapat belajar berkawan. Yelah, kita ni hidup bukan depends on ourself sahaja. But we live in community, mesti terapkan rasa kekitaan dan bekerjasama pada anak-anak kecil. Semoga Adam faham satu hari nanti, bukan Ibu tak nak habiskan masa cuti Ibu bersama Adam....:)

Oklah, tak boleh cerita ceriti panjang-panjang. Still have my assignment to be completed...
Take care

psst: Happy Holiday Zety Zin:)

Monday, November 22, 2010

Kalaulah Aiesya...: Setahun sudah

Assalamualaikum anak Ibu,

Apa khabar anak Ibu yang sangat Ibu rindu. Tak tertanggung rasa rindu ini kalau bukan kerana sabar...

Aiesya, Ibu yakin Aiesya sekarang mesti bergembira dengan kawan-kawan Aiesya di sana. Aiesya mesti tengah belajar bertatih, mulut Aiesya mesti dah dapat mengucapkan beberapa patah perkataan, gelak tawa Aiesya mesti dah galak kedengaran dan senyuman Aiesya mesti semanis senyuman abang Adam. Alhamdulillah... walaupun Ibu hanya berimaginasi, tapi Ibu yakin janji Allah itu benar bahawa pemergian Aiesya adalah yang terbaik buat kita semua, walaupun terbaik itu amat menyakitkan,nak....

Aiesya sayang,
Ibu, Ayah dan Abang Adam sentiasa bercakap tentang Aiesya. Abang Adam cakap nak kumpul duit banyak-banyak sebab nak beli kapal terbang. Abang Adam kata sebab Adik Aiesya dia ada dekat bintang... Wahai anak Ibu, walaupun kami takkan dapat jumpa Aiesya selagi hayat dikandung badan, kalau ada kemungkinan, Aiesya datanglah melawat kami,nak...

Mungkin Ibu, Ayah dan Abang Adam tak dapat nampak Aiesya, tapi datang lah jenguk kami...

Aiesya kehidupan Ibu,
ketahuilah nak, bahawa Aiesya tetap hidup dalam hati Ibu. Tiada apa yang dapat menggantikan empty space yang Aiesya tinggalkan dalam hati Ibu. Ia tetap milik Aiesya. Ibu sentiasa berdoa, nak semoga kita akan dipertemukan... mungkin bukan di dunia ini, tapi di akhirat kelak... Ibu mohon, Aiesya juga berdoa yang sama juga kerana Ibu yakin doa Aiesya doa yang makbul.

Aiesya,
Ketahuilah nak, pada tanggal 22 November 2009, pukul 4.25pm, Ibu telah melahirkan Aiesya melalui ceaserean method di Hospital Batu Pahat selepas Ibu dipindahkan dari Hospital Melaka. Dan pada tanggal 22 November 2010 ini Ibu bukan meraikan ulangtahun kelahiran Aiesya yang pertama, tetapi merintih dan menangis bila Ibu tahun ini keseorangan tanpa Aiesya. Maafkan Ibu kalau Ibu menangis, maafkan Ibu kalau Ibu merintih, maafkan Ibu nak bila Ibu tak mampu untuk tersenyum seikhlas hati Ibu... bukan Ibu tak sayang, bukan Ibu tak suka... tapi hati Ibu tak mampu nak menghadapi hari ini.

Aiesya,
Ibu tak mampu untuk menulis panjang lagi, Ibu tak mampu menakung air mata Ibu lagi, Ibu tak mampu nak menahan tangis Ibu lagi....maafkan Ibu,nak.

Dihari yang bersejarah buat Ibu ini, Ibu teringin mengucup dahi Aiesya, Ibu teringin mendakap tubuh Aiesya, Ibu teringin mengusap ubun-ubun Aiesya, tapi apakan daya Ibu,nak....

Selamat Hari Lahir buat puteriku Aiesya Zaffan; semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah swt.

Saturday, November 20, 2010

Biar mati anak, Jangan mati adat

Gila! Itulah perkataan yang sesuai pada saya. Ada ke anak yang dah susah2 kita mengandungkan, besarkan dibiar mati semata-mata nak bagi adat tu diikuti... Memang gila!

Adat tu adalah ciptaan manusia, tapi kalau biar mati anak, jangan mati agama, InsyaAllah saya boleh terima. Sebab anak tu pinjaman dari Allah yang maha utama.

Erm, bukan apa; hari ni saya meneman Mak [panggilan pada mak mertua saya] ke rumah bakal biras untuk membincangkan aturcara majlis perkahwinan adik ipar saya yang akan berlangsung March nanti. Keluarga pihak perempuan inginkan Majlis Nikah diadakan selepas Asar dan Bersanding keesokan harinya. Mungkin untuk memberi ruang diadakan Majlis Berinai pada sebelah malam [after akad nikah]. Adatlah tu...

Namun, Mak mohon jasa baik pihak perempuan supaya Majlis Perkahwinan ini dimudahkan dan dibuat dalam 1hari sahaja untuk memudahkan pihak kami dari Muar [supaya tidak perlu bermalam]. Lagipun, pakcik makcik ramai yang dah tua dan sakit. Tak sesuai rasanya meninggalkan atok semalaman di Muar.

Alhamdulillah, keluarga pihak perempuan mengamalkan diplomasi dan bukannya memegang pepatah "Biar mati anak, Jangan mati adat" permohonan kami dipersetujui....Alhamdulillah.

Korang amalkan pepatah ni ker?

Thursday, November 18, 2010

TAG : November

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?

orang...sebab saya suka mengadu:P

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

pagi tadi beli mee goreng 4 bungkus, sbb maleh nak wat breakfast
sedap pulak tengok mee goreng ni

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

alamak, mak cik dah kawen lah.....xnak berangan pasal ni dah...sayang pak cik hubby!

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?

every day I fall in love with him heheheh

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

hingga hujung nyawa, InsyaAllah... Moga Allah perkenankan Aminnn


6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

kat umah ler...umah kami bersama, kekadang dating berdua TAMBAH satu [bukan cam lagu Suhaimi Meor Hassan n Anna Raffali tau] satu lagi tu, anak ku ler

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?

Men are from Mars, Women are from Venus by John Gray

8. apakah nama penuh korang?

Siti Rozila Zainuddin

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

Mama

but I love them both

10. namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?

Aiesya Zaffan, tgk sekejap pun jadilah...

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?

Mestilah!

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Dari dulu, bila cik abang nak bawa saya pergi, ye? Niagara Falls


13. pilih salah satu, peluk atau cium?

Hugs, biar absorb sikit kasih sayang [kata dah halal,kan?]

14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?

di tag oleh anak murid Faizah
dia becok
dia pandai, aminnnn
dia suka buat-buat comel hehhe

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?

My Oozy Orange
My tepon buruk, banyak jasa tu
My engagement Ring
My Black HyPpo
My everdearest Singer 8280 sewing machine:)


16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?

alamak, saya xde fav song, but selalu dengar Senyum by Malique Fea Najwa

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?

9th February 1981
Kat umah with Hubby and Adam

18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.

ZZ
Akma Azlin
Myzatun Husna {Anak HR tercinta}
Sis Baya
MamaElly

You are invite to do this tag, it is not compulsary:D

Penilaian Tahap Kecekapan [PTK]

mmm, bagi penjawat awam, istilah ini mungkin sudah biasa didengar. Tapi, percaya tak tahun ni kali pertama saya nak menduduki PTK ni. Walaupun PTK akan dimansuhkan tahun hadapan, sebab kami dah mendaftar untuk mendudukinya....harung juga lah...

Bukan saja-saja nak berkongsi...nak mengadu pada korang semua sebenarnya....
SAYA MALAS NAK BUAT TUGASAN!!!! Ada 4 paper tau!

2 aneka pilihan --- saya suka!
1 assignment --- saya tak suka!
1 presentation --- lagi saya tak suka!

Adoi, terpaksalah saya jadi budak sekolah semula dalam 2 minggu ni...Doakan saya ye kawan-kawan!

Aidiladha Kami

Salam Aidiladha,

Tahun ni seperti biasa aidiladha disambut simple je. Yang agak berbeza ialah tahun ni saya sebagai tuan rumah. Maklumlah, Mama n Papa mengerjakan haji di mekah. So, I am the one who take incharge di rumah nenek saya. Jangan tanya kenapa, bukan tak de pakcik makcik lain tapi mereka tak berkesempatan pulang awal. Banyak sangat komitmen lain. Jadi, kamilah cucu yang setia ni korbankan masa bersama nenek yang tinggal berseorangan.

Aidiladha saya dimulai dengan menyediakan persiapan adik-adik dan suami untuk ke solat hari raya.

Kemudian, usai solat...kami breakfast makan nasi goreng, rendang ayam pencen dan rebusan tulang yang saya sendiri sediakan. Saya mengaku saya memang x pandai masak. tapi sebab terpaksa....
Meaning, aidiladha kami, makan-tunggu tetamu-makan lagi-borak...sampai malam:)

So, macam mana aidiladha korang?

Sebenarnya ada benda yang nak saya kongsikan, namun risau kepantasan teknologi bakal menggugat silaturrahim...so, biarlah saya saya yang ambil iktibar...