Wednesday, June 30, 2010

Demam n Cerita Ibu

Salam and Hye Joy...



Lama tak ngadu, kan? Hari ni nak mengadulah... sangat lama saya tak demam, saya akui semenjak bersalin anak kedua saya tak pernah lagi demam, selsema mahupun batuk. Kalau setakat pening, angin tu biasa lah kan? kadang-kadang.

Saya yakin dengan vitamin consumption yang berterusan saya dapat rasai kebaikannya. Tq to Shaklee Vitamins and Food Supplement Dari Kak N.

Tapi, haa ada tapinya, semenjak musim durian yang melanda ni, saya stopkan my vitamin consuption...di sinilah silap saya, saya ingat kalau kita makan ubat termasuk vitamin2, x elok dicampurkan dengan durian...fakta mana saya pakai ni agak nya?

So, nak dijadikan cerita saya rasa sakit tekak, demam dan selsema serentak...haaa..rasakan!!!

Adoi, tak leh jadi camni...I have to take the vitamins back, in order to be healthy..for my Boy...Smalam, nak harapkan Hubby buchuk ku itu, anak ku jamah 2-3 suap je bubur nasi pasar malam...sian Adam....
Xpelah, ayah dah penat sangat tu nak...
I'm getting better, alhamdulillah...
Insyaallah, ada kudrat untuk masak for the family..:)

I'm Happy:)

Tuesday, June 22, 2010

Nangis???

Salam...

yeah, this is the first time saya nangis disebabkan student saya. seriously, saya pernah terasa, bukan sekali dua...tapi banyak kali macam entry ini tapi bukan macam kali ini...
penat saya tahan air mata yang nak keluar dari empangan ni...actually, saya bukan sedih sangat dia tak hargai apa yang saya buat, ada saya kesah? gaji saya kene potong ker? tapi, menahan marah yang tak leh nak tanggung lagi menyebabkan saya menangis...saya rasa sangat tidak dihargai, sangat tidak dihormati..
kalau pun tak suka, hormatilah saya sebagai orang yang lebih tua....

x tahulah...saya nak bercerita panjang, tapi saya rasa ada follower saya mungkin mengenali dia...nnt saya fikirkan...may be saya akan sambung semula entry ni....

Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day..:)

Salam,

Hye Joy...first of all, Happy Father's Day to all the fathers in da world...specially to my dear Hubby:) [ Best tak hadiah saya??? heheheh] and beloved Papa Zainuddin Hussin aka Tok Pa..:)
Semoga hidup kalian sentiasa dirahmatiNya...amin.

erm, di samping entry yang belated ni, saya juga nak update that this is my first day of school...[after the 2 weeks school holiday..:)] wahh...penat sungguh!

Happy to see my anak-anak HR, but Aqmar still on holiday...Aii Aqmar, tak sudah2 Europe Tour lagi ke? Activity Hr harini... Mari bercerita bersama Cikgu Rozila hehehhe..Summary...anak2 HR saya semuanya jenis duk umah, bangun lambat, layan bola....

but some of them had an adventure in their life...Putri ke Sumatra [Pagar Ruyung for Jamboree Pengakap Udara] Thumb up!!!
Ane ke Thailand [Hadyai-jalan2 cari makan...anak HR saya nih tak eleborate cerita]
Asma balik ke kg, odw g rumah Iri [Eng teacher's Wedding Ceremony]

while Zaidi having a lost...his grandfather passed away during the school holiday..Al-Fatihah...

mmm...that's my first day of school...love the students around me..although they always make me stress!!

daaa...

Tuesday, June 15, 2010

Tiba-tiba...

Salam,

Sudah agak lama saya tidak blogging tentang Aiesya,
suddenly tonight saya rasa sangat rindu...I do everything to keep me busy...
and at last...I still remember her...
Oh Aiesya...dah 2 minggu ibu tak jenguk Aiesya sayang...bukan ibu lupa, tapi ada kewajipan yang perlu ibu laksanakan...
I miss you..I miss you so much....

Ibu syukur, ibu still ada abg Adam...Adam still remember his sis, he said that his sis name is Aiesya and Aiesya has gone to stars....
Aiesya, semoga kita sekeluarga akan bersatu juga satu hari nanti,sayang...
Salam rejab daripada Ibu....

Trip to Zoo Negara

Salam,

Terimalah entry bergambar....to update this blog :)










daa...Sampai jumpa lagi..:)

Wednesday, June 2, 2010

Holiday at Cameron Highland Part 2

Hye again:)
Kita sambung semula, ye...

Starting the 2 day with a great breakfast; roti telur panas with a mug of tea...best! Maklumlah, tengah sejuk...
Lepas makan, kami terus cari bengkel, nak check my Mr OOzy...haa..tgk Adam ni, seronok jer dia...maklumlah, kat melaka jarang ada group of birds yang jinak2...:)Nampak tak Mr OngGedek dia? kat tangan kanan pula, Ultraman.

Oh ye, disebabkan kami buat tilikan logic akal [yang akan berlaku jammed yang maha hebat heheh] maka we choose to continue our journey using a motorcycle...tengok lah Adam and Mr Hubby. Ibu? tak yah le letak gambar, tak sempat snap gambar pun:)Besar tak helmet Adam? Kami cari satu Tanah Rata, tak de kedai jual child's helmet...terpaksalah...

Nampak tak bangunan yang sayup-sayup mata memandang tuh...that is a cafe on the hill top surrounded by tea plantation...About 5-8 km from main road...but!!! Jalan dia sempit and jammed sebab jalan 1 lane cramped jadi 2 lane...tepi dia gaung pokok tea...huh...Untung we choose to ride on a motorbike...
Clever HUBBY sayang...hehheh...
Kesian yang stuck kat selekoh-selekoh tu...
Yang sengsaranye, Ibulah..I admit, saya tak reti naik motor, Mama saya tak bagi ye..

Berbaloi tak, after a motorbike ride yang jammed dan mencelah-celah antara kereta dan bas serta bukit bukau yang terbetang luas...duduk menikmati secawan teh cameron and a slice of moist chocolate cake memang tak mungkin dilepaskan...


Dalam cuaca yang sejuk dan nyaman, di kelilingi kebun teh yang saujana mata memandang.......waaaaa Like I said, we are surrounded by mountains of tea trees....Can you feel the cool air breezing...:)

Family potrait, bak kata Pink...but mine is happy family Potrait

Oh ya, If you have a chance, please don't miss to capture a pic in the tea plantation,ye....
Nampak tak perut buncit Adam? dan Ibu juga...Adoiiiii

Cinta hati saya...Adam memang susah nak capture gambar dia....
sampai kami naik angin...oh ya, time ni hujan lebat tak hingat punya...nak tak nak, terpaksa berhenti di SMokeHouse Country House.Terasa lah kepayahan sesiapa yang bawak motor yang terpaksa duduk bawah jambatan tunggu hujan berhenti,kan?
Alhamdulillah, kami ada kereta...Syukur ye, kawan-kawan...

Gelandangan di Berinchang....kesian tak, dah hujan nak jalan jugak, now you can call me as Gelandangan, coz duduk kat depan kedai atas kotak...waiting for Hubby fetching the rent motorbike.

tak pernah pakai overall rain coat cam ni...best lah...bag semua cover...coz size dia besar...

Kaki je yang basah sikit, sebab tu Ibu still can give a big smile...

Dapat jugak captured his face...senyum lebar, sbb Ibu kata kalau tak ambil gambar, nanti tak leh balik Bukit Katil...He misses his bed so much!!!
Senyum sampai keluar air liur...:)

Ended the day with a plate full of Yong Tau Fu ala Cameron; just like KL style. If Malacca style, the Yong Tau Fu will be served with soup, ya.
Cukup? tak...tambah 10 cucuk sate ayam and 2 cups of hot tea...Sejuk sungguh malam ni, maklumlah...petang tadi hujan sampai ke senja...
Malam yang penat, yeah!!! esok balik BUKIT KATIL..:)

Akhirnya, kalau saya ada masa, saya sambung next time pulak ye...:)

Tuesday, June 1, 2010

Holiday at Cameron Highland Part 1

Salam...

Entry kali ni panjang sungguh....kalau tak larat, tak payah lah baca..:)
Just nak abadikan cerita percutian kami...betul, dah lama sangat tak pergi bercuti....
dan, tempat yang kami pergi adalah Cameron Highland.

Started the journey at 9.45 am on 28th May. Adam was so excited...kami kata kita nak pergi tempat sejuk, and he keep saying "tak sejuk pun...:)"


Belum apa-apa, dah jammed...ni dekat Lebuhraya Utara-Selatan antara Jalan Duta hingga ke Rawang, belum sampai 5 minit dalam jammed, Ibu dah terlelap. Sedar-sedar dah sampai Behrang, Ayah nak cari Masjid for Solat Jumaat.

Haaa...dah masuk jalan ke Cameron Highland dari Tapah. Kami still ikut jalan lama juga. Udara nyaman jer walaupun baru tiba di kaki banjaran ni.

Tadaa...Ini gambar captured from the car; Bharat Tea Plantation.

Lepas check-in di Hotel yang demand giler harganya [maklumlah long weekend, harga hotel budget melambung hampir 200%] kami solat dulu di Masjid Daerah Cameron Highland. Oh ya, kami menginap di Tanah Rata. Air di masjid ni, sejuk and best...kalau panas, pelik lah pulak, ye dak?

Posing dulu ye...sebenarnya ni, tengah jam giler. About 4 km to Berinchang

Haa..kan saya kata jammed giler...Adoi!!!

And, disebabkan jammed yang tak hengat tu...keta saya berasap tau! Maunya tak, takat bawak Mr OOzy [Myvi saya] dah lah asek main gear 1- break, gear 1-break...siap ada orang kat tepi cakap "hah! keta dia lagi banyak asap" heheheh itulah bahana tak perasan...[actually, keta nih berasap kat bukit and ada dalam 7-8 keta lain pun alami benda yang sama] PENGALAMAN:)

So,while waiting for Mr OOzy to cool down, kami pun merayaplah ke Pasar Malam Berinchang [penyebab jammed hari itu]. oh! Strawberry di mana-mana, yang boleh dimakan, yang boleh dipeluk, yang boleh tampal kat fridge...semua ada...

Ramainya orang....

Uncle ni buat ice-cream using traditional method. Dalam bekas cam periuk tingkat tuh ada ice yang bercampur garam, container filled with flavoured mixture are immersed into those periuk.

Ais Goreng?