Wednesday, November 11, 2015

Selamat Ulangtahun Sayang

6 tahun dulu,
Kamu dilahirkan, anakku
Saat itu Ibu pasrah...
Kerana Ibu yakin bukan rezeki Ibu untuk mengandungkanmu sehingga masa yang sepatutnya

6 tahun dulu,
Kamu dilahirkan, cukup 32 minggu dan 1 hari...
Telah tertulis diluh mahfuz, itulah ketika nya kamu harus Ibu lahirkan

6 tahun dulu,
Pengalaman itu Ibu rasakan bagaikan semalam
Saat ibu mengharung waktu pantang sambil berulang beratus kilometer jauhnya
Demi seorang anak
Seorang anak yang dahagakan susu Ibu

Ibu x pasti,
Banyak mana titis susu Ibu melalui tekak mu, nak...
Mungkin lebih banyak ubat2 yang memasuki tubuh kecil mu...
Kuatnya Ibu ketika itu,
Ibu rasakan...
Hanya demi mu anakku, puteri sulung ku,
Bidadari syurga ku..

Kalaulah hari ini kamu ada
Pasti Ibu dan Ayah akan sibuk membeli
Tahun depan kamu akan masuk Darjah 1 nak...
Kalaulah hari ini kamu ada
Pasti kamu pantas berlari
Memenuhi rumah kecil kita dengan gelak tawa mu
Bersama Abang dan Adik...
Meriahnya rumah kecil kita
Kalaulah hari ini kamu ada nak
Pada kamulah Ibu mengadu agaknya
Kerana kamulah Puteri sulung ku....

Kalaulah kalaulah....
Beribu KALAULAH boleh ibu katakan...
Namun, yang pasti
Peraturan Allah paling bijaksana
Kamu telah dijemputnya pada petang khamis itu...
Berjujuran air mata ibu
Walau jauh disudut hati
Pasrahnya hati kami suami isteri

Telah Allah mudahkan urusan kamu
Serta urusan kami hari itu
Kerana kamu anakku
Adalah penghuni syurga...
Ibu percaya dan yakin
Kamu berada dalam jagaan yang paling baik

Wahai anakku, puteri sulungKu
Doakanlah datang ikhlas dalam diri Ibu
Untuk menerima kepergianmu
Sungguh Ibu redha
Namun Ibu masih mengutip...
Butir2 keikhlasan
Supaya satu hari nanti....
Ikhlasnya redha Ibu itu sebanyak kasih sayang dan cinta Ibu kepadamu
Aiesya Zaffan Binti Shah Rizal

"Kehidupan Yang Gemilang"


Sunday, November 8, 2015

Happy 3rd Birthday, Amsyar

Happy Birthday my Baby Boo...
3 tahun sudah awak rupanya, anakku...
Namun selamanya, awak adalah baby Ibu...

Tidak kira apa sahaja yang berlaku
Kamu tetap Ibu sayangi dan kasihi
Kamu tetap Ibu terima dengan redha

Semoga Allah merahmatimu Anakku..
Semoga Allah memeliharamu...
Semoga Allah mempermudahkan urusanmu di dunia dan akhirat, pengubat lukaku....

Ibu Sayang Amsyar Zafri selamanya....
8th Nov 2015



Thursday, November 5, 2015

Nasi Beriani Gam Adami PPC

Today is Wednesday and I am cooking Nasi Beriani Gam Perencah Adami served with Mix Veggies yeay for me...Jarang CR masak beria during weekdays.  Ini semua penangan Kak Ju yang baru-baru ni masak nasi beriani... TQVM Kak Ju


Resepi untuk 4 orang (2 dewasa 2 kanak-kanak)

Bahan-bahan:

Ayam 5 ketul

Perencah Adami separuh pack

Minyak sapi sesudu

Garam secukup rasa

Beras Basmathi 1 pot setengah

Daun ketumbar (optional)


*Tumis Perencah Adami dengan Minyak sapi guna Mode Bake Veggies, then tambahkan ayam. Kacau sampai habis 3 min. Tak perlu tutup.

*Cuci beras basmathi rendam dalam 10 min. Toskan dan masukkan ke dalam tumisan ayam tadi. Kacau, tambah air 1 beras:1 air

*Start Mode Rice, tunggu 14 min habis....Jangan lupa release pressure sebelum buka ye...

*Tabur daun ketumbar (optional) Keep Warm sampai masa nak makan

Mix Veggies 


*Diced tomato

*Diced onion

*Sliced japanese cucumber

*Sliced carrot

Mix semua veggies dalam bowl

Tambah sedikit garam, gula, grinded blackpepper, 3 sudu besar olive oil dan 2 sudu besar lemon juice. Kacau, chilled in the fridge.


Mix Veggies ni sesuai makan dengan Nasi Beriani Gam yang agak berminyak sebab ada lemon juice yang akan hilangkan rasa oily nya.  Boleh cuba acar juga. Tapi CR ada bahan-bahan ni saja dalam fridge...so Mix Veggies ajelah...


Selamat Mencuba...Till then, daaaa...


Tuesday, November 3, 2015

Bersyukurlah Kita

Hye Joy,

Semalam (lama dah semalamnya ni) dapat 'me time'. Dapatlah layan drama di TV3 berjudul Cermin Kasih. Tak nak cerita panjang-panjang ttg cerita ni. Memang best utk ibu-ibu yang dah lama tak tengok tv kan.

Habis sesi nangis-nangis during the telemovie, CR pun berfikir panjang... "Ya Allah, bersyukurnya aku...nikmatmu melimpah-ruah... Masih ada Mama dan Papa yang sentiasa mendoakan dan menumpang kasih, ada Mak dan ayah yang boleh dirujuk kalau ada masalah....bersyukurnya aku Ya Allah..."

"Masih dipinjamkan suami tempat mengadu dan berkongsi kasih sayang, walaupun tak mewah, tapi cukup dan mendamaikan. Dia sentiasa fikirkan kami, dia sebolehnya melunaskan tanggungjawabnya. Dia bantu semampu kudratnya."

"Diberikan lagi anak-anak penyambung rezeki. Anak-anak yang juga ujian tapi turut menjadi penenang masa kekusutan...Ya Allah beruntung nya hamba mu ini..."

"Dan yang paling utama Ya Allah, ko tetapkan lagi iman dan kepercayaan kami. Dan teguhkanlah keimanan ini, perkasakanlah lagi keislaman ini... Semoga kami sekeluarga akan dikumpulkan kelak dalam syurga mu bersama-sama puteri kami, Amin...."

Monday, November 2, 2015

AFC 2015 - Luaskan KuasaMu Johor


Assalamualaikum,

I need to write this entry today! On this date, 1st November 2015... Aas today is the day where Jajahan Johor have their one day holiday. This holiday is one of celebration to the rakyat, when the Johor Darul Takzim Team won the AFC 2015 CUP yesterday.

The JDT won by 1 - 0 to Istiklol Team from Tajikistan. Congratulation Johor Darul Takzim Team. LUASKAN KUASAMU JOHOR.

Actually, I am not the fans of JDT,  just sharing the great moment of Malays ian football. I am proud on behalf of my husband who is a Johorean...haahaha Should give him a credit maaa...

So, on this beautiful sunny day, we have had a chance to site seeing with my in laws families... Have great day today, me my kids and hubby...

Every day is a great day, Alhamdulillah...
Till then, see ya.