Monday, December 31, 2012

Happy 2013

Hye Joy,

 Today is the last day in 2012 and 2013 is coming.  So much things to expect and experience. Praying for the best for all of us:).

Tiada azam yang spesifik.  CR berdoa dapat mebjadi muslimah yang lebih baik dari segenap segi.  Semoga dapat menjadi ibu yang boleh spend lebih masa dengan anak-anak and suami.  Semoga jadi cikgu yang lebih bertanggungjawab dan mangamalkan ciri-ciri Guru Penyayang.


Monday, December 24, 2012

Happy 6th Anniversary

Assalamualaikum,

Yang,


Terima Kasih atas segala yang telah kita kongsi bersama.
Semoga kita sama-sama berusaha membina keluarga muslim yang kita angan-angankan.  Oleh itu Yang, kita mesti berusaha sekuat mungkin supaya kita sekeluarga akan dikumpulkan bersama di Jannah kelak, InSyaAllah.

I love You.

Friday, December 21, 2012

Berpantang selepas C-Section

Salam,

Kali ni CR nak kongsi cara CR berpantang selepas menjalani pembedahan.  Ini merupakan pembedahan c-section kedua bagi CR.

Jika berbicara dengan golongan yang lebih berumur, cara CR ni pasti tidak disenangi. Ulangan, TIDAK DISENANGI.

1.  Selepas keluar dari hospital, lebih kurang hari Ke-3 baru CR Mandi Wajib Wiladah.  CR tak mandi di hospital sbb banyak sangat tempat nak sental dan kurang kekuatan.  Tambahan pula CR akan pastikan air mandian adalah air suam/panas.  Senang sangat kalau ada water heater,kan?
Jangan lupa ye, Mandi Wajib Wiladah berbeza dengan Mandi Wjib Nifas.





 2.  Semasa membersihkan diri ramai yg pesan supaya luka pembedahan ditutup supaya kekal kering.  Namun, CR basahkan je, sbb klu guna plastik nak tutup wound tu, bersih sangat ke plastik tu?  Baik basahkan je, but make sure keringkan sekering mungkin.  haaa, ada blog suggest guna hair dryer, tapi CR xde hair dryer. so, I just use the tissue. tekap je tissue ke sepanjang kawasan luka pembedahan beberapa kali untuk pastikan bahagian luka kering. Betul2 kering. CR juga pastikan akan letakkan tissue paper tadi sebagai alas, jika berpeluh, tissue akan serap:)




3.  Amalkan lauk ikan haruan.  Suka hati lah nak masak ape pun.  Mak and Mama CR masak ape pun CR sediakan tekak nak telan je.  Amalan memakan ikan haruan ni lebih baik berbanding pati ikan yg dijual, kerana lebih fresh, tanpa tambahan herba lain.  Sedap pun iya juga.








4.  CR tak makan jamu semasa berpantang.  Demi nak jaga perut anak yang masih baru, amalan pemakanan jamu mungkin memberi impak yang kurang baik pada bayi yang disusui.  Amalan ini memang mendapat tentangan daripada ibu2, maklumlah kata mereka badan nak pakai lama... betul tu, bukan nak melawan tapi memikirkan apa yang ibu consume akan sampai kepada bayi, tak tergamak nak memperjudikan kesihatan anak.  So, CR tawakkal je dan amalkan pemakanan sihat.

Walaupun CR tak makan jamu, CR consume vitamin yang lebih mesra tubuh badan kerana setiap daripada kita amat memerlukan vitamin.  CR percaya badan CR cepat segar dan bertenaga dengan pemakanan vitamin yang betul.  Sebenarnye CR dah amalkan semasa proses berpantang arwah Aiesya lagi:)  Amalan memakan Vitamin C, Vitamin B complex, Vitalea (untuk sumber zat besi), Kalsium dan Zinc amat membantu menyegarkan dan memberi tenaga pada badan.  CR amalkan set Vitamin daripada SHAKLEE.  lepas ni nak tambah Alfalfa pulak untuk tujuan penyusuan:)

5. Berurut ni memang takkan CR tinggalkan. Walaupun kali ni makcik tukang urut kata nak urut bermula pada hari ke-10.  layankan jugak sebab dah tak jumpa tukang urut lain yang available.  Bersalin kali ke-2 dulu masuk je hari ke-3 dah berurut.  Terpulang pada individu nak berurut berapa kali.  Kali ni CR berurut 5 hari berturut-turut.

Berurut bukan sahaja dapat melancarkan peredaran darah tapi turut membantu meringankan badan (mungkin perasaan je) ringan di sini bermaksud tenang.


Ini je yang CR dapat kongsikan.  Mungkin ada amalan lain yang lebih baik, tapi ini je yang CR amalkan secara istiqamah.
  http://www.naturalnews.com/021797_surgical_procedures_post-surgical_recovery.html

Friday, December 14, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Breastfeeding #1 : Kais Pagi, Makan Pagi

Salam,


betul, update untuk sebulan umur Amsyar.  Kais pagi, makan pagi.

Namun, usaha yang CR buat nampaknye mula membuahkan hasil.  Walaupun tidaklah kais pagi, makan pagi petang malam, tapi rezeki yang makin bertambah sudah cukup membuat Cr senyum.  Alhamdulillah.  Allah pasti akan membantu hambanya yang sentiasa berusaha.

Semoga rezeki Amsyar semakin bertambah dengan demand nya yang semakin tinggi. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 22, 2012

3 tahun yang lalu

Lilypie Third Birthday tickers
22 Nov 2012
Hari ini tiga tahun yang lalu, tepat jam 5.00 pm puteri kami Aiesya Zaffan telah dilahirkan di Hospital Batu Pahat melalui kaedah pembedahan.  Melihat ke dalam mata Amsyar semasa menyusu, mengimbas kenangan bersama Aiesya 3 tahun yang lalu.

Ya, ternyata Ibu sangat merindui Aiesya walaupun dalam diam.  Ibu mengaku kehilangan yang pernah kami rasai tidak akan pernah surut walau apa juga yang berlaku.  Begitu juga kerinduan dan keinginan untuk bersama.  Namun apalah daya Ibu,nak.  Aiesya ditakdirkan untuk dipinjamkan kepada ibu hanya untuk 57 hari sahaja.  Walaupun begitu, ibu sangat hargai waktu kita bersama selama 31 minggu 6 hari iaitu semasa Aiesya masih dalam kandungan Ibu.

Selamat Hari Lahir anakku.  Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu dan ditempatkanNya di kalangan roh orang yang dikasihiNya. 

Al-Fatihah.

Saturday, November 17, 2012

Boy Jr - Seminggu Umurnye

Salam,

Alhamdulillah... genap seminggu umur anak kedua kami.  Setelah berbincang, kami sepakat menamakan beliau dengan nama Amsyar Zafri bin Shah Rizal bermaksud Yang Cergas KemenanganKu.

Amsyar dilahirkan secara pembedahan pada jam 12.45 tgh hari, 8 November 2012 bersamaan 23 Zulhijjah 1433 Hijrah.  CR ditolak ke operation theater tepat jam 12.30 tgh hari selepas check-up bulanan pada 7 November 2012.  Menurut Dr Ishaireen, uri / placenta CR telah terlampau matang sehingga terdapat pembentukan garam [CR kurang faham].  Namun yang pastinya, uri yang terlampau matang mengurangkan efficiency uri tersebut dalam membekalkan zat makanan dan oxygen kepada bayi.  Selain daripada itu, amniotic fluid CR juga berada pada tahap minimum, orang kata cukup2 je.  Baby weight juga tidak bertambah berbanding check-up seminggu yang lepas.  Justeru, Dr tidak mahu mengambil risiko Dr sarankan CR segera melahirkan BOY Jr kami.

Memanglah hasrat hati ingin bersalin normal, tapi inilah yang terbaik untuk kami.  CR terima dengan redha memandangkan kedudukan bayi masih transverse pada 37 weeks.  Inilah yang terbaik yang Allah tentukan.

Dalam 10 hari ni, Amsyar still have jaundice pada tahap 11mg/dl selepas peningkatan dari 10 mg/dl (Day 5), 11.5 mg/dl (Day 7) dan 13.1 mg/dl (Day 9).  Harapnya check-up pada hari ke 12 nanti menunjukkan penurunan juga.  Semoga Amsyar will have fast recovery...

Dua hero kami; Adam & Amsyar

Sunday, November 11, 2012

Alhamdulillah...Meet my Baby Cenonet

Salam,

Alhamdulillah, CR dah selamat melahirkan baby Boy Jr pada 8 Nov 2012 melalui pembedahan.  Same bulannye dengan kakak Aiesya Zaffan (arwah anak kedua kami).  Baby Boy Jr dilahirkan secara pembedahan atas sebab2 tertentu (akan CR update di entry lain, InsyaAllah).

Semoga Allah mudahkan proses berpantang kali ini:)

Day 1 - born @ 12.45 pm , 2.45kg @ 37 weeks

Day 2 - tido je kejenye

Monday, November 5, 2012

SPM Starts


Specially dedicated to 
HR Delima 1 2011/2012, 
503 & 505 students

Sunday, November 4, 2012

My Buchuk Abg Adam


Salam,

@36w. Abg Adam pun semakin lah manja n quite emosional. Sikit je dah terasa. Hehehe tapi makin pandai bwk diri. Very proud of you my baby boo...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 2, 2012

SMS dr Students;)

Ikhlas dr 505:
Frst of all..kt0rng nk ckp trime kseh sgt5 n trharu k0wt.k0z x sngke slame nie kt0rng byk wt ckgu mrh tp ckg still sbr ngn prgai kt0rng..hee..btw..kt0rng nk mnx maaf k0z dh mmg 'byk gle2' wt slh kt cg..eh..sdp sgt3 cup cake cg bg..dh abez dh p0wn..ha3..surat cg bg 2 kt0rng nk laminate...n f0t0stat bg sume 0rng..nnt lg 10 ta0n (dgn adnye tndatangan aizat zaffrie)k0mp0m mhl..haha..d0akn kami sume 9a+ n 10a+ wlpn cg dh 2tlis dlm krts 2 tp sje nk ckp lg...n..jgn lupe smpn dlm draft mcg nie..pnt type nie..huu.<3 aizat="aizat" font="font" nbsp="nbsp" tlis="tlis">

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 1, 2012

Berkorban dan Terover Berkorban

Salam,

Salam AidilAdha buat semua umat islam yang sudi membaca (ada kut, InsyaAllah:))

Macam mana sambutan aidiladha anda? CR harapkan semuanya ceria menyambut hari yang mulia ini.  Ada melaksanakan ibadah qurban?  Bagi CR belum tercapai lagi hasrat tu. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memudahkan nya suatu hari nanti, InsyaAllah.

Apa yang Terover berkorban tu?  Haa, terdengar sembang-sembang pagi di ERA bersama JOHARA.  Almost 50, 000 of young people in Malaysia telah diistiharkan muflis.  Uish satu angka yang sangat menakutkan.  Daripada pemanggil yang menelefon, CR dapat maklumat bahawa ramainya adalah golongan di bawah 30-an.  Apakah sebab sehingga situasi ini berlaku? [macam pengulas edisi siasat lah pulak..]


  • Penggunaan credit card yang tidak terkawal - no comment sebab CR sendiri pernah mengalaminya.  Akhirnya, ku gunting saje card tu. Now, kalau ada duit, baru beli.
  • Pinjaman persendirian yang melampaui had kemampuan untuk membayar - yelahkan skrg ni, nak kawen pinjam, nak kereta pinjam, lepas kawen terus nak beli rumah, pinjam lagi...tak kira pinjaman PTPTN yang sedia menanti tu,kan?
So, betullah kata org nak buat apa pun mesti berpada-pada dan besederhanalah dalam semua aspek kehidupan. Wallahu a'lam:)

Thursday, October 18, 2012

Gestational Diabetes

Salam,

I have to undergo Maternity Glucose Tolerant Test (MGTT) at 32 weeks.  Unfortunately my glucose level are at the border line which is 7.8 mmol/L.  Boleh dikatakan CR ni mempunyai aras gula yang agak tinggi dalam darah.

I have to go for Blood Sugar Profile test and Alhamdulillah, past semua lah.  but still CR perlu menjaga dan mengawal kadar pengambilan carbohydrate sehari.  It is for the safety of my baby.

So, kali ni CR  nak kongsi sedikit info tentang Diabetes pada Wanita Mengandung yang dikenali sebagai Gestational Diabetes (GDM).

GDM ni memang common pada wanita mengandung walaupun sangat rendah percentage wanita yang menghidapinya. Antara wanita yang berisiko tinggi untuk menghidapi GDM adalah:


  • obese [saya tak]
  • have gestational dibetes in previous pregnancy [saya tak jugak]
  • mengandungi gula dalam urine [saya tak]
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetes [yeah, my father!]
Selain tu, wanita itu juga dikatakan mempunya faktor risiko menghidap GDM sekiranya:


  • pernah melahirkan baby yang besar 4 hingga 4.5 kg [saya tak]
  • pernah lahirkan bayi yang kurang sempurna atau kematian bayi dalam kandungan [mita jauhkan lah]
  • mempunyai high blood pressure.
  • umur semasa mengandung adalah 35 dan ke atas
Walaupun pada mulanya CR tak pernah ambil berat pun tentang GDM ni, tapi rupanya kesannya terhadap bayi dalam kandungan amat bahaya.

Moga diberi kekuatan untuk CR mengawal pemakanan dlm keadaan sekarang ni...

take care.

Thursday, October 4, 2012

@32 weeks

Salam,

Usia kandungan dah menginjak ke 32 minggu.  CR hanya nak update apa yang telah dan akan berlaku pada CR sepanjang tempoh hamil kali ini.
  • Setiap bulan check-up di Klinik Ibu Anak bermula dari usia kandungan 8 minggu
  • Memulakan check-up di Klinik Pakar Sakit Puan Hospital Putra Melaka [Dr Ishaireen Dalib] semenjak sebelum hamil lagi [lihat entry ini]
14 W - 20 W
  • Hb jatuh ke 9.8 
  • Jalani ulangan Ujian Blood Count -Keputusan 10.4 
  • Mula consume Iberet Folic
  • Hb naik sedikit ke 11.3, Alhamdulillah
25 W -26 W
  • Alhamdulillah, dapat berpuasa cukup sebulan
  • Jalani Maternity Glucose Tolerance Test 
  • reading before 4.3 after 7.3
  • need to repeat the test at 32 W
  • Weight gained is 2.2 kg/month [exceed the limit by 0.2 kg]
  • need to have biweekly Blood Pressure check-up 5 times [in 2 weeks time]
27 W
  • Mula buat checklist baby
28 W
  • need to get the betamethasone injection at Putra Hospital Melaka 2 dose/24 hours
  • because have history of premature baby
  • the betamethasone is to develop the baby lungs
  • alhamdulillah, tak sakit macam dexamethasone dulu.
30 W - 32 W
  • Siap jahit barut, burp-cloth
  • Basuh baju baby Adam, beli sikit tambahan baju for baby
  • Mula kumpul Cloth Diapers
  • Attend the antenatal and Breastfeeding Class held by Hopital Putra Melaka
  • Alhamdulillah, uri dah ke ataskepala bay pun dah turun ke bawah
  • baby growth is normal, Estimate Fetus Weight is 1.739 kg
  • Jalani Maternity Glucose Tolerance Test again
  • reading before  after 
33 W - 36 W
[To Do List]
  • siapkan hantaran Apis
  • Masukkan barang baby and Ibu ke hospital
  • siapkan gunting kain & jahit bantal, bolster beserta sarungnya plus sarung tilam
  • beli matress cover
37 W - 40 W
[To Do List]
  • lengkapkan kelengkapan baby [toiletteris, wet wipes, nappy liners]
  • assemble cot, jemur matress
  • 10th/11 Nikah Apis-Nadia
  • 13th/11 Majlis Resepsi Nadia
  • 24th/11 Majlis Resepsi Apis
  • 29th/11 Expected Due Date

Oh Allah, permudahkanlah segala urusan ku..Amin:)
Pray for me too lovelies:) Take care.


Friday, September 28, 2012

Attractive Belly

Salam,

Usia kandungan yg dah masuk 31 minggu bermaksud saiz perut yg agak obvious. Lebih-lebih lg kali ini saiz perut CR agak besar, saiz badan yg kecil membuatkan perut CR sangat jelas kelihatan.

Ceritanya begini. CR mengendalikan kelas tambahan yg dihadiri 100 org pelajar di library sekolah. Sambil menunggu pelajar menyelesaikan latih tubi yg diberikan, CR meronda untuk memudahkan pelajar bertanya soalan.

CR dipanggil oleh sekumpulan pelajar lelaki untuk bertanyakan soalan. Kerana kebanyakan ahli kumpulan ini ada dalam kalangan yg agak lemah, CR berasa bertuah kerana mereka bertanya soalan. CR menerangkan dgn panjang lebar.

Usai menerangkan, CR pun bersedia untuk beredar.
"Cikgu..."
"Ada apa lagi?"
"Erm.. Boleh tak saya pegang perut cikgu"
Alangkah terkejutnya CR. Pelajar lelaki berusia 17 tahun berani bertanya begitu. Dengan muka yg merah, CR berlalu dgn tekad tak nak meronda ke bahagian itu lagi.

Yeah, i think i have an attractive belly, and i'm scared.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 24, 2012

SPM Chemistry Tips #3 STATING VARIABLES - How to identify it from questions?

Salam,

I think most of form five students have finish their trial examination by now:)
How is your Chemistry mark students?  Hope that the mark gives good motivation to you as the SPM 2012 examination is coming.

So, during marking my students answer sheets, I've found out that there are still students unable to write and stating variables correctly.  As you know, In SPM Chemistry Paper 3, stating variables is one of construct that will be asked.  This type of question will bring you 6 to 9 marks all together.

In order to solve these students weakness, I've shared some tips.  If you think this tips are applicable, then you are welcomed to use this tips.

to apply this tips you NEED a red, blue and green pen
[you may use your highlighter too but must be in different colour]


  1. Read the question carefully.
  2. Now, UNDERLINE using Red pen the variable that changes in the experiment ---> MANIPULATED VARIABLE
  3. UNDERLINE using Blue pen the variable that being observed in the experiment --> RESPONDING VARIABLE
  4. UNDERLINE using Green pen the variable that being fixed in the experiment --> CONSTANT VARIABLE
  5. Write the identified variable specifically to the experiment being done.
Now, let us try to do it using this example.

EXAMPLE 1 - Paper 3 Essay [SPM TRIAL 2012 - Perak]

MANIPULATED VARIABLE : Type of metal coiled to Iron nail
RESPONDING VARIABLE : Presence of blue spot (that shows corrosion of Iron nail)
CONSTANT VARIABLE : Iron nail / Jelly solution mixed with potassium hexacyanoferrate (III) solution


EXAMPLE 2 - Paper 3 Structure [SPM TRIAL 2012 - Kedah]


MANIPULATED VARIABLE : Type of acid / hydrochloric acid, ethanoic acid
RESPONDING VARIABLE : heat of neutralisation
CONSTANT VARIABLE : volume and concentration of sodium hydroxide solution

Now, you can try this tips in your Paper 3 practice... Selamat Mencuba.



Sunday, September 23, 2012

Berkat Bersedekah kepada Binatang

Salam,

 CR pernah tulis entry bertajuk Berkongsi Rezeki di sini.

Entry ini sebenarnya lanjutan daripada entry di atas.  CR terjumpa article yang dikongsi dalam laman Facebook oleh salah seorang kenalan.  Dalam article ini (di bawah) menceritakan Syaikh Abdul Hadi yang merupakan seorang imam di Syria yang memperoleh kebaikan kerana bersedekah kepada kucing yang sedang lapar.

Kawan-kawan boleh lah copy gambar ini untuk membaca secara lanjut tentang kisah ini.  CR mohon maaf tak dapat besarkan kerana masalah resolusi blog ini:)


Mungkin akan ada yang mempersoalkan kenapa kucing sahaja?  Tidak, bukan itu maksud CR... bersedekahlah kepada sesiapa sahaja yang kita mahu, namun jangan kita lupa binatang juga makhluk Allah dan kadang-kala kita terlupa tentang kewujudan mereka.  Ramai juga yang merasakan memberi makanan kepada binatang akan menyebabkan mereka tetap tinggal di rumah kita dan mengotori rumah kita dengan najis.  Masalah ini boleh diatasi, binatang ni faham apa yang kita katakan...katakanlah dengan baik.

Ini pendapat peribadi CR...kalau ada yang tak bersetuju, CR mohon maaf:)

Take care and have fun lovelies:)

Friday, September 21, 2012

Hadiah habis marking :p

Salam,

Sebenarnya mmg sgt menantikan hari ini sebab today is d due date for us to enter MARA Trial Exam marks. Terlepas beban 10 hari menanda saban malam.

Tapi, tengoklah hadiahnya... Siapalah yg baik hati menghadiahkan CR ciuman pada si Oozy. Sungguh mulia sbb x beritahu pun. Jadi dalam kawasan sekolah tau. Yang pastinya bukan angkara students. Itu CR agak pasti. Minda CSI CR mengatakan ini kerja kenderaan berwarna putih.

Berapalah ongkos nak make up si Oozy semula ye?

Takpelah, CR redha je... Sabar sebahagian dr iman, x gitu?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia


Mama & Baby Fair 2012 MITC Melaka : Hasil Tangkapan

Salam,

Haa, cam yg CR cakap semalam...hari ni misi mencari diteruskan.  Almaklumlah, selepas puas survey harga online heheheh:)

Jom layan gambar hasil tangkapan kami...
  • Set of newborn bodysuit - Jenama Carter's, set of 5 satu package lengan panjang satu lagi short sleeves
  • Online Price : RM35.90/ set of 3        
  • Expo Price : RM39.00 set of 5
  • Total : RM78.00 FOC Booties n Mittens

  • Breast Milk  Storage - Autumnz 12oz [pack of 25] x 5 kotak [haaa...pikirlah sendiri ye]
  • Online Price : RM11.60  
  • Expo Price : RM10.00
  • AUTUMNZ Reusable Ice Pack - memikirkan one of my MLO Reusable Ice Pack dah bocor, ku sambar lah sekotak:)
  • Online Price : RM23.00  
  • Expo Price : RM17.00
  • Total : RM67.00 Get RM10 Autumnz Voucher



  • Receiving Blanket - told you yang beli ni just untuk stock my flannel fabric heheheh
  • Online Price : RM39.90 / set of 3 - Rm49.90 / set of 4
  • Expo Price : RM10 / pcs
  • Total : RM50.00

  • Swaddle Pod by Gugu - Ku angkut 2, as addition to kain bedung traditional yang dah ada
  • Online Price : RM35.00
  • Expo Price : RM35.00 
  • Total : RM70.00 dapat free briefing on how to use this moden bedung

  • Whoopee Diapers - orang kirim 3 packet, ku angkut 4 sebab nak wooven bag heheheh buy 2 for 1 wooven bag
  • Harga Kedai : RM30.00 ++
  • Harga Expo : RM25.00 
  • Total : RM100
  • Drypers DD - beli sebungkus NB and sebungkus S size for 3rd JR
  • Harga Kedai : RM30.00 ++
  • Harga Expo : RM25.00  
  • Total : RM50.00 FOC Drypers Members, Receiving Blanket and Trial Pack Libbress



  • TOTAL MONEY SPENT : RM415.00

Saturday, September 15, 2012

Mama & Baby Fair 2012 MITC Melaka : Aim ape?

Salam,

haaa, 14 - 16 Setember ni [starts today:)] Mama & Baby Fair 2012 will be held in Melaka and the most important thing is MITC is only 10 mins from our home:)  heheheh nampak tak kegedikkan di situ?

Memula tu CR pk malas nak pergi and takde intention pun nak menghabiskan masa sangat kat tempat ramai-ramai org ni:)  Until one of my colleague ask me to buy few packet of disposable diapers for her little one.  Haa di situlah datang perasaan serampang dua mata:)  Yelah, dah alang-alang kita pergi boleh lah survey apa2 yang patut.

Actually, CR dah pergi tadi...and sebenarnye tak ramai org lagi coz dah malam and this is the first day. BUT... awang gode ku [si Adam] ni dah kelaparan pulak...asik jerit nak makan, nak makan... cam mak ayah dia tak bagi makan dari rumah pulak... so, masa untuk mata merewang tu terhad...just survey booth mana yang akan terus ku tuju esok, InsyaAllah.

CR dah senaraikan barang yang harus ditengok beserta prices comparison which is


  1. Set of newborn bodysuit - just nak survey je.  Kalau beli pun sebab cute kut...baju abang Adam still ada yang boleh guna. May be nak tambah 2-3 pasang untuk baby lagi.
  • Online Price : RM35.90        
  • Expo Price : ada beberapa jenis brand, tak perasan pulak harga, but still in that range

  1. Breast Milk  Storage - ramai yang suka beli bottle storage tapi bottle sangat consume tempat.  Fridge kat rumah ni dah ler sederhana je, so its better to have plastic storage so that boleh susun secara meleper.
  • Autumnz 12oz [pack of 25] - yang ni kira ok sebab ada double zip-lock.  satu lagi brand lagi murah but kene ikat pulak guna getah:(
  • Online Price : RM11.60  Expo Price : RM10.00

  1. Receiving Blanket - saje nak beli buat simpanan stock kain flannel.  Sebab comel-comel.  Kalau rajin leh jahit jadi burp cloth.  Tapi tak jumpa pulak dalam set.  Dia dah jual loose and the print not so attractive.
  • Online Price : RM39.90 / set of 3 - Rm49.90 / set of 4
  • Expo Price : RM10 / pcs

  1. Swaddle Pod by Gugu - Baru terbaca kat google.  Cara baru membedung baby, so that tak delah tercabut je bedungan.  Kalau tengok kainnya ok, just nak beli 2 je kut.  Bedung Moden ni guna zip, and the zip boleh pergi 2 arah.  Dari atas ke bawah / bawah ke atas ikut keperluan.
  • Contohnya:  Kalau nak tukar diapers baby, buka zip dari bawah so that tangan dia still terbedung:) dan vice versa
  • Harga Online : RM35.00
  • Harga Expo : tak jenguk boothnye lagi, tapi dah ternampak tadi...

  1. Whoopee Diapers - Ni yang paling utama sebab diamanahkan oleh orang untuk membelinya:)
  • Harga Kedai : RM30.00
  • Harga Expo : RM25.00 [belilah seberapa banyak yang larat, but tolong jangan tanya kenapa jenama ni jadi pilihan sebab bukan CR yang guna, ye:)]


okeh, nantikan entry berkenaan hasil tangkapan ye...kut-kut bertambah ke....ataupun tak mencapai target:)

Wednesday, September 12, 2012

Emosional dan Rasional

Salam,

Entry kali ni memang nampak tajuknye cam nak meluahkan perasaan.  Adalah lebih kurang begitu bunyinya. Memang emosi dan mood seseorang ada pasang surutnya.  Sama juga seperti iman yang ada masanya sangat utuh, namun ada masanya sedikit goyah, nauzubillah...moga iman dan kepercayaan kita sentiasa teguh amin.

Itulah pasang surut manusia.  Namun, bagaimana caranya kita mengatasi kemunduran dan kemeruduman itu dengan sebaiknya adalah ujian sebenar seseorang manusia.  Lebih-lebih lagi emosional ni ada sangkut pautnya dengan insan paling hampir dengan kita.  Ya, CR masih mampu bersifat rasional, tapi ada harga yang harus dibayar.  Masa.  Masa memang menjadi ubat paling mujarab untuk mengubati penyakit emosi.  Sebab lama kelamaan, kita sendiri penat melayan emosi lalu melupakannya begitu sahaja.  Adakalanya, masih banyak perkara penting yang perlu kita fikirkan daripada terus melayan perasaan.

Tapi ia tetap merbahaya, kerana seolah-olah kita menyimpan bom jangka yang 50% akan padam, 50% lagi akan meletup.  Langkah yang terbaik ialah berterus terang dan meluahkan perasaan.  Buat masa ini, itulah jalan terbaik................

Namun...

Sunday, September 9, 2012

Project September

Salam,

Selepas mengodek-godek kain dan google apa yang patut, inilah project yang bakal dibuat [harapnye siaplah:)] bulan ini:)

Project #1 Baby Burp Cloth

Project ini dah siap sebahagiannya.  Tiba-tiba penyakit M melanda pulak.  CR gunakan flannel at one side and prefold cloth diaper (kain lampin putih je) for the other side.  Banyak blog and website suggest guna chennile fabric (cam kain tuala), printed cotton untuk attractive effect.  Tapi kain lampin ada banyak sangat.  Almaklumlah, kalau kain lampin zaman Adam, zaman Ateh and Acu pun ada lagi Mama CR simpan...so kita gunalah apa yang ada.

Pattern used is from Cloud9Fabrics.  Ada step by step methods lagi.





Project #2 Baby Tummy Binder aka Barut Bayi

Still gunakan fabric flannel yang same dengan burp cloth, cuma inner sidenya CR nak gunakan white plain cotton so that lembut pada kulit baby and kurang effect terlipatnya apabila digunakan.

Tapi...project ni baru 20% je kut.  Still in the stage gunting kain flannel.  Yang putih dalam gambar tu Abang Adam punya, as pattern:)

Kebetulan dah ada 5 barut lama dari zaman Adam, CR nak tambah 4 cukuplah:)

Pattern nya adalah dari buatan MIL masa zaman Adam dulu:)

Flannel fabric ni daripada receiving blanket yang
CR pernah beli tahun lepas

p/s: ada tips dari Dilla from a woman's life on how to sew baby tummy binder:) tq Dilla

Project #3 Pillow Cover utk Abang Adam

Sibuk menjahit dan menggunting kain untuk baby, Abang dia nak juga.  baru jahitkan pillow cover masa Ramadhan lepas, tapi Adam dah request for the new one yang almost the same cam burp cloth baby.  Cari punya cari, adalah lagi kain flannel tapi memang tak cukup untuk 2 bantalnye.  So, kita improvise sikit, asal ada almost same printed with baby...:) ---> cadangnya

[yang ni baru pilih kain...hehehe]

Project #4 Cushion Cover

Haa...nilah antara project tertunda, aim nak buat lima.  Tapi yang siapnye 2 je, lagi 3 tak cukup benang pulak nak top-stitch.  Siap sepenuhnya dalam bulan September [that's why I assume this is September Projects']

For this cushion cover, CR guna fabric dari IKEA LILLIVI Fabric RM25.90/m combine with plain fabric [tak ingat pulak nak tgk namenye:) I use red and black plain fabric]

LILLIVI Fabric from IKEA
Front view with Adam

Back view - Itulah rupanye kalau tak cukup kain,ye:)

Nanti kalau ada tambahan project, I'll update ye.  Hasil mutlak akan dipost dalam entry akan, akan, akan datang....InsyaAllah.

Take care lovelies:)

Saturday, September 8, 2012

Berkongsi Rezeki

Salam,

Pernah x korang dengar atau terbaca tentang rezeki yang tak disangka? Dan yang lebih lagi, rezeki yang x terjangka itu diperolehi selepas kita berkongsi rezeki dengan yg lain?


CR sentiasa percaya setiap kebaikan yang kita lakukan akan dibalas kebaikan oleh Allah. Namun janganlah kita terlalu berharap, kerana ia bakal mengurangkan keikhlasan.

Tapi kawan-kawan, andai kita merasakan tiada yg boleh diklasifikasikan dengan rezeki tak terjangka, jangan pula kita membuat kesimpulan Allah tidak mempedulikan kita. Rezeki Allah ada dalam pelbagai bentuk. Mudah menjalankan pekerjaan, beribadah, tenang mental, sihat fizikal, keluarga yg sentiasa support dan banyak lagi. Nikmat iman, nyawa juga adalah rezeki yg x ternilai harganya.

Maka, kita haruslah selalu bersyukur dan sentiasa berazam untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Allah Maha Tahu yang terbaik buat kita

Entry ini sempena kehilangan Diamond (kucing CR). Semoga Diamond berada di tempat yang lebih baik. CR akan sentiasa merindui penyambut CR ketika pulang dr sekolah...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 6, 2012

List Barang Bayi

Asaalamualaikum,

ye, inilah perkara wajib...SHOPPING!
Tapi sebelum shopping, haruslah ada perancangan terlebih dahulu.  Menginjak usia kandungan 24 minggu CR dah mula membuat sedikit list [ye ke sedikit....cam berjela-jela je!] ye, walaupun ini bukan kandungan pertama, namun sedikit persediaan mental dan budget perlu ada.

Kesimpulan CR, bukan semua barang yang ada dalam kebanyakan baby checklist yang ada di g**gle tu adalah keperluan.  Ada benda yang tak dan nak guna pun.  CR katakan begitu based on pengalaman dengan My Boy dulu.

Ihsan GOOGLE

This list adalah yang CR dah ubahsuai berdasarkan pengalaman CR.

Diapering and Clothing
  • Disposable diapers [at least for the first week]
  • Cloth Diapers [at least 10 untuk selang seli guna ngan disposable diapers]
  • Wet wipes [beli packet sangat berbaloi]
  • Nappy liners [beli je Anakku sekotak dulu]
  • Diaper rash cream [CR tak pernah guna, dari Adam kami guna Eubos Med Sensitive Skin Lotion]
  • Receiving Blanket / Bedung [tambah dalam 2-3 helai -- nak kelainan, boleh jahit sendiri]
  • Barut baby / tummy binder [memang tak banyak sejak Adam sbb hari2 basuh kain,kan...so perlu tambah beberapa helai lagi] CR jahit di sini
  • Baju lengan pendek, panjang, mitten and booties [akan perincikan kemudian]
  • Toiletteries [just buy the basic one, as for me kalau bukan Johnson, pilihannya adalah Eubos top to toe wash]
  • Bathtub [Adam punye still elok, just nak kene cari je mana CR letak heheh]
Feeding Equipment / Nursing
  • Breastpump [hantar service]
  • Breast Milk Storage [boleh start beli dalam cuti berpantang,ye. Online shopping je senang]
  • Cooler Bag and Cooling aid [dah ada, to first time mommy kalau beli online masa cuti bersalin pun ok]
  • Warmer and Sterilizer [tak beraper penting, boleh beli masa cuti pantang ikut keperluan dan budget]
  • Feeding bottle, teat, bottle brush, pacifier, thermos, bottle warmer [if nak fully breastfeed, tak perlu beli lagi.  Ajar diri untuk bagi direct feed juga pada baby]
  • Burp Cloth [boleh guna towel kecil / cantikkan dengan jahit sendiri] CR jahit di sini
Furniture and Beddings
  • Changing Table and Changing Mat [kalau terasa perlu baru beli, nak kene pk banyak lagi ni]
  • Crib and Matress [guna Adam punya--jimat]
  • Matress cover [perlu sebab guna matress lama]
  • Matress sheet, pillow and bolster cover [rasa perlu menggunakan khidmat mesin jahit CR ni]
  • Dresser [bakul je sudah, senang nak capai]
  • Towel
Gear
  • audio / monitor [co-sleeping, no need the gadget]
  • Baby sling / carrier [belum perlu lagi]
  • bathtub [still elok Adam punye]
  • car seat [perlu sebab Adam punye dah lama sangat]
  • clothing hanger and diaper pail [guna yang ada kat rumah je, takkan korang tak de penyangkut bulat nak sidai anak2 dan dalam-dalaman?]
  • Stroller [kene g tengok atas cabinet, ok lagi ke tak stroller ni?]
Ihsan GOOGLE
Basically, these are the things yang perlu CR pertimbangkan, untuk mommies lain mungkin ada beberapa item tambahan.  Walaubagaimanapun, kalau dah ada basic item cam list CR ni dah kira cukup dah:)

Saturday, September 1, 2012

Jimat Macam Hagemaru?

Salam,

Sempena cuti Merdeka Day semalam, CR dah mula memunggah kain baju lama Adam.  Ada yang masih berbau wangi lagi, sebab dicuci masa menanti kelahiran arwah Aiesya.  Memang banyak baju-baju Adam yang masih elok, tapi banyak juga yang dah hilang partner.

Sedang CR sibuk melihat-lihat, Adam pun datang meninjau dan bertanya itu dan ini.

Ibu:  Tengok ni, ni semua baju Adam masa baby. Banyak,kan?
Adam: Ibu nak buat apa ni? O, ni baju Adam ye?
Ibu: Baju Adam kan elok lagi, nnt boleh bagi baby. Boleh jimat sikit,kan?
Adam: Ibu pun nak jadi macam mama Hagemaru ye?
Ibu: heheheh same ke?

Adui anak bujang ku dah pandai menyamakan pulak......


Friday, August 31, 2012

Antenatal Check-up

Salam,
Alhamdulillah, usia kandungan CR telah pun masuk 6 bulan lebih dan menghampiri 7 bulan. Alhamdulillah, setakat ini semuanya dipermudahkan Allah dan CR berdoa semuanya berjalan lancar dan rezeki kami dimurahkan lagi kali ini.

Untuk pregnancy kali ini muka CR ni mmg muka g klinik tuk check-up. Kami ambil keputusan untuk hadiri check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak selain daripada pemantauan Doktor Pakar di hospital swasta. Kenapa? Pengalaman lepas membuatkan CR lebih berhati-hati memandangkan masih ada trauma di sudut hati. Lagipun, CR percaya Allah akan bantu andainya kita lebih berikhtiar,kan?

So, entry kali ni CR nak banding-bezakan apa yang berlaku during antenatal check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) serta Klinik Oby-Gyn.

Rutin Check-Up:
Di KKIA, kita perlu daftarkan diri dan buat buku pink sebelum usia kandungan mencecah 12 minggu.  Lagi awal, lagilah baik,kan supaya perkembangan janin dapat dipastikan seawal mungkin.  Bagi CR untuk kali ini, CR menyerah diri seawal 8 minggu mengandung.
Setiap kali lawatan [3-4 minggu sekali check] berat badan, blood pressure, urine test and Hb test akan dilakukan. Lepas tu masuk bilik nurse check tinggi perut [lepas 16 minggu] and jantung baby [lepas 20 minggu].  Then jika perlu dirujuk kepada Peg Perubatan aka Dr untuk scan atau pemerhatian.  Kali pertama Dr scan, and akan beri appoinment utk scan yang berikutnya [20 minggu] dan perancangan berdasarkan rekod pregnancy lepas.

Buku Pink KKIA - ada makluman untuk kita ambil perhatian:)

CR memulakan sesi dengan Oby-Gyn ni sejak sebelum pregnant kerana pregnancy kali ni memang dirancang selepas lebih 6 bulan berusaha dan mengambilkira previous history.  As stated in this entry, CR menggunakan bantuan hormone untuk meningkatkan kesuburan.  Jadi 6 minngu selepas consume hormon tersebut, check-up mendapati ada tanda CR mengandung. Lalu series of check-up pun bermula hingga sekarang

Check up di Klinik Oby-Gyn hanya merekodkan berat badan, blood pressure dan urine test.  Selain itu, ultra-sound dan consultation dari Oby-Gyn sendiri.  Kiranya setiap kali check up dapatlah bertanya terus apa-apa yang merisaukan dan boleh request for extra appoinment jika ada keganjilan yang berlaku [such as extra discharge dll]

Appointment Card - Ni jelah yang kita bawa, no rujukan, ingat je,ye

Perasaan:
Kita di Malaysia patutnya bersyukur kerana diberikan banyak subsidi tentang perubatan.  Walaupun pelbagai aduan dan complaint, kita harus terima kerana perkhidmatan yang diberikan adalah percuma dan mereka mencuba sehabis baik.  Cuma ketegasan petugas-petugas ni adakalanya membuatkan kita agak stress.  Pelbagai protokol perlu diikuti.  Namun, CR ambil pendekatan, senyum sahaja supaya mereka pun tak menyampah, CR pun tak stress.

Mungkin sebab CR sentiasa mendapatkan details and consultation dari Oby-Gyn, jadi kerisauan dapat dikurangkan.  Kalau anda pernah dengar, yeast infection in pregnant women is common.  Dan situasi ni dah 2 kali melanda CR.  Ya, ia agak merisaukan kerana yeast and bacteria infections during pregnancy merupakan salah satu sebab kepada kelahiran bayi pra-matang dan penyebab kebocoran amniotic fluid.  Jadi dah 2 kali CR terpaksa consume antibiotic and undergoes HVS test [High Vaginal Swab].

Dan sehingga saat kelahiran kelak, Oby-Gyn telah menyenaraikan series of test and precautions yang perlu diambil berdasarkan past pregnancy history CR which is


  1. @28 weeks - CR perlu ambil betamethasone injections 1 cycle [2 injections]
  2. @32 weeks - CR akan jalani HVS sekali lagi
  3. pemantauan kedudukan uri/placenta [i've history with placenta previa and bleeding during pregnancy]


Bayaran:
Pastilah KKIA yang menerima subsidi daripada kerajaan mengenakan bayaran yang murah.  Kalau anda penjawat awam semuanya FOC.  Alhamdulillah...

Tapi jika di Klinik Specialist bayarannya berbeza mengikut tempat dan bandar yang kita bermastautin.  Bagi CR minimum charge adalah RM80 setiap kali pertemuan.  Jika ada ujian-ujian tertentu yang perlu dilakukan, charge tambahan akan dikenakan.

So, kawan-kawan buatlah pilihan yang tepat ketika memilih tempat untuk antenatal check-up berdasarkan budget, keperluan dan kemudahan masing-masing.

Take care lovelies:)




Published with Blogger-droid v1.7.4

Salam Kemerdekaan 55 Tahun


Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-55 tahun

"Merdekakan minda, diri dan perbuatan dari masih lagi dijajah.  Kita masih perlu untuk maju dan bergerak kehadapan sambil mengekalkan nilai-nilai murni keislaman dan ketimuran" 

Tuesday, August 28, 2012

Rangkuman Aidilfitri 2012 Kami


Ist Syawal
Our small family in Earth Tone Raya costume:)

With Tok Mad and Toh Mah

2nd Syawal
4 cousins at Pantai Leka

AidilAdha 2002 [Ten years ago]
Capture this picture coz Adam said, "kurus nye Ibu....kurus sangat... Sekarang Ibu gemuk sangat-sangat..." Hahahahaha...

Our small family Kuala Lumpur 2002

7th Syawal
@IKEA...waiting for his turn to get into Smaland.
Senyum meleret lagi:)