Sunday, September 23, 2012

Berkat Bersedekah kepada Binatang

Salam,

 CR pernah tulis entry bertajuk Berkongsi Rezeki di sini.

Entry ini sebenarnya lanjutan daripada entry di atas.  CR terjumpa article yang dikongsi dalam laman Facebook oleh salah seorang kenalan.  Dalam article ini (di bawah) menceritakan Syaikh Abdul Hadi yang merupakan seorang imam di Syria yang memperoleh kebaikan kerana bersedekah kepada kucing yang sedang lapar.

Kawan-kawan boleh lah copy gambar ini untuk membaca secara lanjut tentang kisah ini.  CR mohon maaf tak dapat besarkan kerana masalah resolusi blog ini:)


Mungkin akan ada yang mempersoalkan kenapa kucing sahaja?  Tidak, bukan itu maksud CR... bersedekahlah kepada sesiapa sahaja yang kita mahu, namun jangan kita lupa binatang juga makhluk Allah dan kadang-kala kita terlupa tentang kewujudan mereka.  Ramai juga yang merasakan memberi makanan kepada binatang akan menyebabkan mereka tetap tinggal di rumah kita dan mengotori rumah kita dengan najis.  Masalah ini boleh diatasi, binatang ni faham apa yang kita katakan...katakanlah dengan baik.

Ini pendapat peribadi CR...kalau ada yang tak bersetuju, CR mohon maaf:)

Take care and have fun lovelies:)

No comments:

Post a Comment