Sunday, February 28, 2010

Apa salah si kecil itu?

Salam Joy,

Hari ni telah 52 hari Aiesya pergi meninggalkan Ibu. Ibu semakin kuat Alhamdulillah. Namun setiap kali membaca kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi, Ibu marah! Ibu sedih! Ibu benci! Apalah dosa si kecil itu???

Setiap anak yang dilahirkan pasti akan dikandungkan oleh ibunya sekurang-kurangnya 8 bulan atau lebih [secara purata]. Tidakkah terjalin rasa kasih, rasa sayang, the connection between the mother and the baby??? Ibu amatlah gembira bila merasa gerakan bayi Ibu pertama kali, seolah-olah baui Ibu mengerti apabila Ibu berkongsi perasaan dengannya...Ibu sentiasa ternanti-nanti gerakan bayi Ibu yang seterusnya....

Mana perginya kasih dan sayang itu wahai perempuan??? Allah jadikan wanita penuh dengan sifat belas dan kasih sayang, kerana itulah kita wanita diberi penghormatan untuk mengandungkan, untuk melahirkan. Mengapa tergamaknya mereka membuang zuriat yang tidak berdosa sehingga menjadi santapan haiwan, gigitan serangga, membakar bayi yang suci??? Ibu merasakan sakitnya, Ibu merasakan pedihnya, kerana Ibu pernah berdepan dengan bayi yang berada dalam sakaratulmaut...[itulah bayi Ibu Aiesya Zaffan]...

kini kita digemparkan pula dengan perginya seorang lagi kanak-kanak suci berumur 3 tahun; Syafia Humaira Sahari akibat tindakan tidak berperi kemanusiaan. Ibu kutuk si pembunuh! Ibu mungkin tidak berada di tempat Nurhanim Aziz, tapi tiadakah tempat yang lebih terjamin untuk si kecil itu selain bersama org yang bukan muhrimnya, tiada pertalian dengannya???
Terfikir Ibu, keluarga Nurhanim Aziz tak pernah ambil tahukah tentang anak mereka, tentang cucu mereka??? Sehingga terbongkarnya perhubungan haram yang telah melahirkan anak luar nikah? Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang maha tahu. Mungkin hikmahnya kau ingin keluarga itu dan kami di sekeliling mengambil iktibar...
Namun, apakah salah si kecil itu??? tergamak si pembunuh melakukan sedemikian?

Kali Pertama...

Salam Joy,

Salam Maulidur Rasul pertama kalinya. Entry kali ini aku ingin berkongsi apa yang berlaku sepanjang weekend ini yang relevant with KALI PERTAMA.Last friday, pertama kalinya...diulangi pertama kalinya kami berjoging semenjak berkahwin...ish ish ish...tak sihat sungguh ayah and ibu ni...
sronok sangat sbb dapat keluarkan peluh, Adam pun happy and enjoy the activity. Kami juga sempat singgah di Kg Buku [yang dikatakan PERTAMA seumpamanya di Maalysia, kelima di Asia dan ke-33 di dunia] Nice place. but children section tak berapa banyak buku lah...yang paling best, we can bring our child together, even he or she is a baby...wow...

Petangnya kami berkesempatan menziarahi Batu Pahat. Pertama kali selepas Arwah Aiesya meninggalkan kami. Menyoroti kembali kenangan menziarahi Aiesya, sangat menggembirakan, seakan-akan anak kami masih berada menunggu kami di sana. Namun, kami harus terima hakikat yang bayi kami telah tiada....
Namun, aku tetap gembira berjumpa dengan Dr Azaliah [Dr yang merawat Aiesya]. Gembira juga dapat masuk untuk kali terakhir [may be] ke NICU aka SCN di Hospital Batu Pahat. Tak perlulah rasanya aku kongsikan tujuan kami ke sana. Cukuplah sekadar aku katakan sebagai melawat. Alhamdulillah, dapat juga kami laksanakan niat kami itu. Alhamdulillah juga kerana Allah mengizinkan.Perkarangan Jabatan Forensik - Rumah Mayat
[Aiesya dimandikan dan dikafankan di sini]


Esoknya hari Sabtu, hari yang sangat menggembirakan. Adam bangun awal and he insist nak ikut kami. Jadi buat pertama kalinya kami bawa Adam menziarahi pusara Adiknya. Alhamdulillah Adam setia menunggu kami membacakan Yaasin untuk arwah.
Anak-anak kami


Ayah & Ibu : Adik Aiesya dah pergi jauh, ni rumah baru adik Aiesya. Bagi salam untuk adik Aiesya
Adam : Ikum (adam masih belum dapat
memberi salam dengan penuh). Rumah Adik Aiesya jauh, eh?
Ayah & Ibu : haah. Bacakan doa untuk Adik Aiesya, ye. Semoga Allah rahmati Adik Aiesya.
Adam hanya mengikut sambil memandang kami.

Alhamdulillah, harapnya kami dapat membawa Adam ke pusara Aiesya dengan lebih kerap. Doaku semoga apabila kami telah tiada kelak, Adam masih setia mengunjungi pusara kami dan menyedekahkan doa buat roh kami. Amin....


Daa, take care

Thursday, February 25, 2010

Tuesday, February 23, 2010

Mengadu...ish ish





Salam Joy,

Smalam masa jemput Adam dari rumah Baby Sitter,

Adam : Ibu, Adam nangis
Ibu : Nape nangis?
Adam : Adam nangis kat rumah Mak. Mak marah Adam.
[amboi anak ku dah pandai mengadu..hehheh]
Ibu : Nape Mak marah Adam?
Adam : Adam tak nak tukar baju. Adam lawan Mak.
Ibu : Adam mana leh lawan Mak, dosa tau, Allah tak suka....

teringat semula, senyum sendirian...Adam, oh Adam...


Friday, February 19, 2010

Program Kecemerlangan Akademik & Sahsiah 2010

Salam Joy,

Hari ni kat sekolah dah berlangsung Pelancaran Program Kecemerlangan Akademik & Sahsiah for students. Alhamdulillah, semuanya berlangsung smoothly. Harapnya kami tidak hanya melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, tetapi turut gemilang sahsiahnya, IsyaAllah...

Daa, Take care

Wednesday, February 17, 2010

Apa Cerita Minggu Ini?

Salam Joy,

First of all, this weekend is really a long weekend. Banyak sangat benda berlaku.

Sabtu - Perjalanan pulang ke Muar agak awal [macam lah Muar tuu jauh sangat..] About 9.00 am we have arrived at Muar. Lepas breakfast, terus melawat kubur arwah Aiesya....Alhamdulillah, Ibu masih sempat meluangkan masa. Aiesya, Ibu tak pernah lupa.

Ahad - Memulakan perjalanan ke Senawang seawal jam 9.00 am. Aim nak sampai sebelum 12.30 pm...eh, awalnya bertolak...[Alhamdulillah, pukul 11.00 am dah selamat tiba] Majlis berlangsung dengan penuh adat but simple...nice ceremony, I like :)
Habis jer program, bermulalah episod geram..hehhehe...time makan, Hubby Buchuk ku itu telah membuatkan aku geram tahap GABAN...ada ke patut dia tinggalkan aku makan sorang-sorang...[actually sebelah menyebelah tuh ada makcik-makcik] tapi seems like malu jer nak duduk dengan isteri..AMBOI...masa lom kawin, kan main nak duduk rapat-rapat...dah beranak sorang duduk ngan isteri pun dah tak ingin ke bang...Aku mmg geram giler lah...
Tapi kalau dah nama pelakon terbaik tuh...belakon jer lah...Yang lebih menyakitkan hati, derang dah nak balik aku tak siap-siap makan lagi, mana taknya, Adam buat hal pulak...nak suap Adam, nak suap mulut Ibu lagi...lapar tau...
Belum sampai kereta, aku dah perli Hubby, cakap kat adik Ipar "Sukri, nnt dah kawen jgn jadi cam Along, belum kawin duk rapat-rapat, baru ada anak seorang dah tak nak duduk dengan isteri"
Pastu cakap lah kat Hubby lak," Yang, saya nak beranak banyak2 biar nanti saya duduk dengan anak-anak jer, awak nak duduk jauh-jauh pergilah..." GERAM!!!!!

Memang Allah tu maha tahu, dijadikan cerita kereta rosak pulak on d way balik, terus hilang episod geram...yelah ngan Shah memang tak leh nak merajuk lama-lama...
Bermulalah pulak episod penat...hahhaha
Kesimpulannya, sampai hari ni kereta still x ok lagi and terpaksa ditinggalkan di Senawang. Balik ke Melaka dihantar oleh adik kesayangan Kak Long [aku lah tu]...

Pagi tadi pulak, nak g keje OOzy aku lak kekeringan minyak, terpaksalah pinjam Wira Mama...Sorry Ma...Sorry Yang, kali ni memang saya yang salah...

Kesimpulannya sekali lagi...this weekend, memang weekend yang full of emotional...

Da...gambar-gambar nya, postpone dulu yeh...
take care..

Thursday, February 11, 2010

Subhanallah!!!

Salam Joy,

It's been a while since I've blogged about something educational. Last time was on December mentioning about Zinc.

So, today wants to share some interesting fact, which is....

there is one thing that we consume everyday
, without it we will be miserable, without it there are no sparks in life...cehhhhh... what is it??? Sodium Chloride aka table salt. LOL!!! heheheh


Sodium chloride is formed from Sodium ion and Chloride ion through ionic bond... don't want to mention about formation of the bonds, quite complicated and lots of explanation except for form 4 student, Insyaallah... the interesting point here is, Sodium is very reactive substance that could produce red flame if reacted with water. Sodium also can easily reacted with the oxygen from the air resulted these substance must be kept in the Parafin Oil.

Beside that, Chlorine is also very poisonous gas. If we inhale just 1000 ppm, it can cause us to death. These substance also has been used in
a war gas in 1915.
but SUBHANALLAH....when Sodium atom give its one valence electrons to chlorine atom, Sodium Chloride is form ; the substance that we consume everyday, no harm, all the poisonous characteristic is changes to one useful substance in life.... just by donating a single valence electron....

So, the point that I want to share with you is by donating we also could change people life. If it is not by money donation, may be we could start by donating our sweet precious SMILE.

Sodium chloride crystal



daa...take care.

Wednesday, February 10, 2010

Anak Bujang Ku

Salam Joy,

Seronok jer rasa pagi ni...Tenang and gembira seperti semalam. Mmmm apa cerita anak bujang ku itu? Last night Adam dah tidur seorang diri and tak merengek. Alhamdulillah dia tak jatuh dari katil, coz the bedrail didn't arrive yet.

So, next project is to set up child's room for Adam. Sekarang nih more like temporary room jer, sian anak Ibu, bilik penuh kene sumbat barang jer....

Beside that I also want to teach him to dicipline himself...bab tengok TV nih masalah sikit. Memanjang tengok ultraman, chipmunks, bob the builder, and only 1 cd of baby geniuses....tak leh jadi nih....So, Adam you better watch out!!

Till then, daaa
Take care.

Tuesday, February 9, 2010

Usia makin bertambah....

Salam Joy,
Usia makin bertambah, masa hidup makin berkurang....terngiang-ngiang kata-kata kami [me and Shah] pagi tadi. Ye sayang, umur ku dah bertambah setahun lagi. Sedar tak sedar, sudah 29 tahun aku diberi nikmat mengecap kehidupan daripada Allah swt. Dan dalam masa 29 tahun ini wajar aku kata kan sungguh tak terhingga ihsan yang telah Allah berikan pada ku....Ya, Allah aku bersyukur dan aku redha atas segalanya.

Menginjaknya usia ke tahap ini, aku menyedari hidup harus dinikmati dan dihargai. Masa yang telah berlalu tak mungkin berulang kembali... Sangat bersyukur kerana dikurniakan insan-insan yang sangat menyokong bukan sahaja ketika gembira, tapi juga semasa duka.
Aku juga menyedari, apa yang Allah anugerahkan itu, memang ada hikmahnya. Yang paling aku sedar dan bersyukur, aku dianugerahkan seorang suami, peneman di waktu sunyi, penyokong di dalam susah dan rakan tersenyum di saat gembira...Ya, tidak dinafikan dia juga manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan, sama juga seperti aku. Namun kesabarannya, toleransinya, pengertiannya menyempurnakan hidup selama dengannya.

Aku juga menyedari, tanpa kedua ibu bapa ku siapalah SITI ROZILA. Terima Kasih Mama and Papa who raised me up. I want to be like them, so that my child will thank me for what i've done to them...Insyaallah.

I'm totally grateful.....Hari ini sangat bermakna, tenang dan menggembirakan....Semoga hari esok, lusa dan seterusnya akan segembira malah lebih gembira berbanding hari ini. Amin.....
HAPPY BIRTHDAY SITI ROZILA!!!

Gambar dari cik Google

Sunday, February 7, 2010

Hari ini 7 Feb

Salam Joy,

Hari ini 7 Feb. Genap sebulan Aiesya Zaffan meninggalkan kami di dunia; medan perjuangan untuk hamba Allah. Seperti minggu-minggu yang sudah, aku masih meneruskan rutin mengunjungi pusara puteri ku. Masih kuat semangat ini untuk terus berkunjung ke sana. Mungkin orang akan berkata, aku membuang masa, biarlah...aku yang mengandungkannya, aku yang melahirkannya dengan susah payah, aku juga yang menanggung rindu ditinggalkannya. Biarlah....aku redha, Ya Allah...tak pernah sekali aku menyesal, sentiasa ku pohon dalam solatku agar Allah menganugerahkan kekuatan menempuhi dugaan ini. Alhamdulillah....

Tapi, hari ni aku agak terasa dengan Shah. Benarlah kata orang, luka di hati mereka cepat sembuh. Shah meminta agar kami tidak lagi melawat ke pusara Aiesya sekerap sekarang. Maafkan saya awak...saya masih belum mampu...berikan saya sedikit masa lagi. Luka c-sect ni pun masih terasa ngilunya. Susu pun masih mengalir, tidak secepat ini untuk meninggalkan Aiesya.

Ya, bukannya aku jumpa Aiesya di pusaranya. Tapi cukuplah melihat pusara anakku itu, buat aku rasa aku dekat dengannya...Maafkan saya,awak.

Take care.

Friday, February 5, 2010

tadaaaa!!

Salam Joy,

Still ingat lagi entry ini? I've mentioned about adding build in cabinet to our small heaven, right?
Tadaaaa...

The job started and finished completely today as the contractors are in the mood of holiday...hahhaha...they are chinese and wanna get ready for their big day....
Alhamdulillah, I'm satisfy with the job; quality and looks too...
So, enjoy the pics...tapi quality gambar nih kureng sket...stakat guna hp cikai jer kan...

Hall kecil kami

the TV cabinet

the small wardrobe