Salam Joy,
Usia makin bertambah, masa hidup makin berkurang....terngiang-ngiang kata-kata kami [me and Shah] pagi tadi. Ye sayang, umur ku dah bertambah setahun lagi. Sedar tak sedar, sudah 29 tahun aku diberi nikmat mengecap kehidupan daripada Allah swt. Dan dalam masa 29 tahun ini wajar aku kata kan sungguh tak terhingga ihsan yang telah Allah berikan pada ku....Ya, Allah aku bersyukur dan aku redha atas segalanya.
Menginjaknya usia ke tahap ini, aku menyedari hidup harus dinikmati dan dihargai. Masa yang telah berlalu tak mungkin berulang kembali... Sangat bersyukur kerana dikurniakan insan-insan yang sangat menyokong bukan sahaja ketika gembira, tapi juga semasa duka.
Aku juga menyedari, apa yang Allah anugerahkan itu, memang ada hikmahnya. Yang paling aku sedar dan bersyukur, aku dianugerahkan seorang suami, peneman di waktu sunyi, penyokong di dalam susah dan rakan tersenyum di saat gembira...Ya, tidak dinafikan dia juga manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan, sama juga seperti aku. Namun kesabarannya, toleransinya, pengertiannya menyempurnakan hidup selama dengannya.
Aku juga menyedari, tanpa kedua ibu bapa ku siapalah SITI ROZILA. Terima Kasih Mama and Papa who raised me up. I want to be like them, so that my child will thank me for what i've done to them...Insyaallah.
I'm totally grateful.....Hari ini sangat bermakna, tenang dan menggembirakan....Semoga hari esok, lusa dan seterusnya akan segembira malah lebih gembira berbanding hari ini. Amin.....
HAPPY BIRTHDAY SITI ROZILA!!!
cikgu! happy birthday! :)
ReplyDeletesemoga panjang umur dan murah rezeki.
moga cikgu selalu kuat dan sabar. :)
rindu lah kat cikgu! ;p
Ila, happy belated birthday...Hope tak terlambat nak wish Ila....Bz sangatlah sejak akhir2 nih....nak blogging pon tak sempat...Semoga panjang umur murah rezeki kay!:)
ReplyDeleteHappy Birthday Ila =)
ReplyDelete