Salam Joy,
Hari ni telah 52 hari Aiesya pergi meninggalkan Ibu. Ibu semakin kuat Alhamdulillah. Namun setiap kali membaca kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi, Ibu marah! Ibu sedih! Ibu benci! Apalah dosa si kecil itu???
Setiap anak yang dilahirkan pasti akan dikandungkan oleh ibunya sekurang-kurangnya 8 bulan atau lebih [secara purata]. Tidakkah terjalin rasa kasih, rasa sayang, the connection between the mother and the baby??? Ibu amatlah gembira bila merasa gerakan bayi Ibu pertama kali, seolah-olah baui Ibu mengerti apabila Ibu berkongsi perasaan dengannya...Ibu sentiasa ternanti-nanti gerakan bayi Ibu yang seterusnya....
Mana perginya kasih dan sayang itu wahai perempuan??? Allah jadikan wanita penuh dengan sifat belas dan kasih sayang, kerana itulah kita wanita diberi penghormatan untuk mengandungkan, untuk melahirkan. Mengapa tergamaknya mereka membuang zuriat yang tidak berdosa sehingga menjadi santapan haiwan, gigitan serangga, membakar bayi yang suci??? Ibu merasakan sakitnya, Ibu merasakan pedihnya, kerana Ibu pernah berdepan dengan bayi yang berada dalam sakaratulmaut...[itulah bayi Ibu Aiesya Zaffan]...
kini kita digemparkan pula dengan perginya seorang lagi kanak-kanak suci berumur 3 tahun; Syafia Humaira Sahari akibat tindakan tidak berperi kemanusiaan. Ibu kutuk si pembunuh! Ibu mungkin tidak berada di tempat Nurhanim Aziz, tapi tiadakah tempat yang lebih terjamin untuk si kecil itu selain bersama org yang bukan muhrimnya, tiada pertalian dengannya???
Terfikir Ibu, keluarga Nurhanim Aziz tak pernah ambil tahukah tentang anak mereka, tentang cucu mereka??? Sehingga terbongkarnya perhubungan haram yang telah melahirkan anak luar nikah? Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang maha tahu. Mungkin hikmahnya kau ingin keluarga itu dan kami di sekeliling mengambil iktibar...
Namun, apakah salah si kecil itu??? tergamak si pembunuh melakukan sedemikian?
No comments:
Post a Comment