Saturday, September 1, 2012

Jimat Macam Hagemaru?

Salam,

Sempena cuti Merdeka Day semalam, CR dah mula memunggah kain baju lama Adam.  Ada yang masih berbau wangi lagi, sebab dicuci masa menanti kelahiran arwah Aiesya.  Memang banyak baju-baju Adam yang masih elok, tapi banyak juga yang dah hilang partner.

Sedang CR sibuk melihat-lihat, Adam pun datang meninjau dan bertanya itu dan ini.

Ibu:  Tengok ni, ni semua baju Adam masa baby. Banyak,kan?
Adam: Ibu nak buat apa ni? O, ni baju Adam ye?
Ibu: Baju Adam kan elok lagi, nnt boleh bagi baby. Boleh jimat sikit,kan?
Adam: Ibu pun nak jadi macam mama Hagemaru ye?
Ibu: heheheh same ke?

Adui anak bujang ku dah pandai menyamakan pulak......


No comments:

Post a Comment