Tuesday, June 1, 2010

Holiday at Cameron Highland Part 1

Salam...

Entry kali ni panjang sungguh....kalau tak larat, tak payah lah baca..:)
Just nak abadikan cerita percutian kami...betul, dah lama sangat tak pergi bercuti....
dan, tempat yang kami pergi adalah Cameron Highland.

Started the journey at 9.45 am on 28th May. Adam was so excited...kami kata kita nak pergi tempat sejuk, and he keep saying "tak sejuk pun...:)"


Belum apa-apa, dah jammed...ni dekat Lebuhraya Utara-Selatan antara Jalan Duta hingga ke Rawang, belum sampai 5 minit dalam jammed, Ibu dah terlelap. Sedar-sedar dah sampai Behrang, Ayah nak cari Masjid for Solat Jumaat.

Haaa...dah masuk jalan ke Cameron Highland dari Tapah. Kami still ikut jalan lama juga. Udara nyaman jer walaupun baru tiba di kaki banjaran ni.

Tadaa...Ini gambar captured from the car; Bharat Tea Plantation.

Lepas check-in di Hotel yang demand giler harganya [maklumlah long weekend, harga hotel budget melambung hampir 200%] kami solat dulu di Masjid Daerah Cameron Highland. Oh ya, kami menginap di Tanah Rata. Air di masjid ni, sejuk and best...kalau panas, pelik lah pulak, ye dak?

Posing dulu ye...sebenarnya ni, tengah jam giler. About 4 km to Berinchang

Haa..kan saya kata jammed giler...Adoi!!!

And, disebabkan jammed yang tak hengat tu...keta saya berasap tau! Maunya tak, takat bawak Mr OOzy [Myvi saya] dah lah asek main gear 1- break, gear 1-break...siap ada orang kat tepi cakap "hah! keta dia lagi banyak asap" heheheh itulah bahana tak perasan...[actually, keta nih berasap kat bukit and ada dalam 7-8 keta lain pun alami benda yang sama] PENGALAMAN:)

So,while waiting for Mr OOzy to cool down, kami pun merayaplah ke Pasar Malam Berinchang [penyebab jammed hari itu]. oh! Strawberry di mana-mana, yang boleh dimakan, yang boleh dipeluk, yang boleh tampal kat fridge...semua ada...

Ramainya orang....

Uncle ni buat ice-cream using traditional method. Dalam bekas cam periuk tingkat tuh ada ice yang bercampur garam, container filled with flavoured mixture are immersed into those periuk.

Ais Goreng?

No comments:

Post a Comment