Gila! Itulah perkataan yang sesuai pada saya. Ada ke anak yang dah susah2 kita mengandungkan, besarkan dibiar mati semata-mata nak bagi adat tu diikuti... Memang gila!
Adat tu adalah ciptaan manusia, tapi kalau biar mati anak, jangan mati agama, InsyaAllah saya boleh terima. Sebab anak tu pinjaman dari Allah yang maha utama.
Erm, bukan apa; hari ni saya meneman Mak [panggilan pada mak mertua saya] ke rumah bakal biras untuk membincangkan aturcara majlis perkahwinan adik ipar saya yang akan berlangsung March nanti. Keluarga pihak perempuan inginkan Majlis Nikah diadakan selepas Asar dan Bersanding keesokan harinya. Mungkin untuk memberi ruang diadakan Majlis Berinai pada sebelah malam [after akad nikah]. Adatlah tu...
Namun, Mak mohon jasa baik pihak perempuan supaya Majlis Perkahwinan ini dimudahkan dan dibuat dalam 1hari sahaja untuk memudahkan pihak kami dari Muar [supaya tidak perlu bermalam]. Lagipun, pakcik makcik ramai yang dah tua dan sakit. Tak sesuai rasanya meninggalkan atok semalaman di Muar.
Alhamdulillah, keluarga pihak perempuan mengamalkan diplomasi dan bukannya memegang pepatah "Biar mati anak, Jangan mati adat" permohonan kami dipersetujui....Alhamdulillah.
Korang amalkan pepatah ni ker?
No comments:
Post a Comment