Wednesday, November 3, 2010

Anak mangsa perceraian

Salam,

hari ni baca blog member lama. Entrynya hari ini berkisar tentang contoh mengapa kes perceraian yang makin lama main meningkat. Sedih memikirkan suami yang dihormati dan dipercayai boleh berubah bila berada di belakang kita. Saya tak berniat nak menghuraikan situasi ini, tapi saya teringin berkongsi kesan perceraian ke atas anak-anak. Specifically, anak remaja.

Kesian memikirkan anak remaja yang sememangnya sedang mencari identiti terpaksa melalui dugaan sebagini. Bagi golongan dewasa, perceraian memang menyakitkan namun mungkin merupakan jalan penyelesaian bagi masalah mereka. Saya tak berniat untuk menghukum, tapi anak-anak adalah mangsa sebenar perceraian walau apapun alasannya.

Kes 1
Pelajar saya membesar dalam keluarga yang berpecah akibat perceraian. Dia tidak dapat berikan tumpuan, walaupun pada zahirnya baik anak ini sering memikirkan bagaimana ibunya, apa yang berlaku pada adik-adiknya, mana ibunya akan tinggal... Kebetulan dia adalah anak sulung. Makin lama, dia dilihat makin hanyut dengan kerisauannya dan seperti sampan yang hilang dayungnya.

Kes 2
Kenalan saya juga membesar dalam keluarga yang berpecah. Alhamdulillah dia dibesarkan oleh neneknya dan ayahnya. Walaupun kini beliau berjaya, namun adik-adiknya tetap kelihatan menerima tempias kehilangan. Seingat saya, ada dia bercerita "pergi rumah mak, ayah kata itu ini...pergi rumah ayah, mak pulak bebel macam-macam. Buat apa pun serba serbi salah." Kesian,kan berada dalam serba salah sentiasa.

Sebenarnya, kes 1 tu ada lah masalah biasa di sekolah saya kerana selalunya mereka menjadikan rakan-rakan sebagai pendamping yang rapat. Jika pelajar didapati bermasalah samada masalah disiplin ataupun pelajaran; keluarga yang berpecah adalah penyebab yang paling ketara.

"Ya Allah, peliharalah rumahtangga kami. Serikanlah rumahtangga kami dengan cahaya kebahgiaan...Amin."

p/s: Entry ini adalah pendapat peribadi saya, tiada kaitan dengan mana-mana individu.

No comments:

Post a Comment