Salam,
Alhamdulillah hari ni hari Ahad dan saya masih lagi di sini. Maaf sebab menyepi:)
Saya lalui weekend kali ini dengan pantas.
Weekend saya bermula dari hari Khamis, M&FIL datang ke Melaka kerana FIL akan menjalani minor surgery atas sbb2 tertentu. Alhamdulillah Ayah selamat dibedah pada hari Jumaat. Saya pula agak terkilan kerana tak dapat menemani ayah dan mak kerana terpaksa menjalankan kelas tambahan kimia untuk pelajar-pelajar tersayang. Alhamdulillah, harapnya mereka dapat sesuatu dalam kelas tersebut! Best of luck, anak-anak!
Jam 9.30 pm kami sekeluarga bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk menjemput Mama dan Papa yang dijangka sampai 1.10 am di KLIA. Kami terpaksa meninggalkan mak di rumah bersama Suhaimi. Namun, disebabkan flight delay hingga ke 6.40 am kami terus balik ke Kepong. Pada waktu yang sama, adik saya; Hafiz akan konvo...kesian dia konvo tanpa ahli keluarga. Terima kasih pada kawan-kawan yg menemani...
Hari ni, nampaknya ada 2 lagi event...cam ner?
No comments:
Post a Comment