salam kerinduan buat anak Ibu; Aiesya Zaffan.
Salam Maal Hijrah Ibu ucapkan. Ibu menulis untuk mengurangkan rasa rindu... Alhamdulillah, Ibu dapat meluangkan masa melawat pusara Aiesya di hari yang mulia ini. Sepi dan hening keadaannya.
Anak Ibu,
kenapa kita meraikan awal muharam? 1 muharam merupakan detik pertama Hijrah umat Islam ke Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w. Rasulullah melaksanakan hijrah untuk memastikan syiar Islam terus berkembang.
Sempena 1 Muharram 1432H ini kita disarankan melaksanakan hijrah dalam pelbagai bentuk,nak. Bagi Ibu, Ibu berazam untuk mengawal Abang Adam dengan lebih baik. Semenjak Abang Adam masuk taska ni, perangai Abang Adam agak berubah dengan drastik. Maklumlah, mula dapat kawan... Ada perkara baik dan yang tak berapa baik yang Abang Adam absorb... Semoga Ibu dapat mendidik Abang Adam dengan cara yang betul, Insyaallah...
Aiesya sayang,
tak lama lagi tahun 2011 bakal menjelang. Ibu takut nak menghadapai 7 Januari sekali lagi... Semoga Allah berikan Ibu kekuatan dan ketabahan,nak.
Salam Maal Hijrah daripada Ibu...
InsyaAllah Ibu akan menulis lagi walaupun Ibu tahu warkah ini hanya kekal di sini....
Al-fatihah buat Aiesya Zaffan binti Shah Rizal
No comments:
Post a Comment