Monday, November 22, 2010

Kalaulah Aiesya...: Setahun sudah

Assalamualaikum anak Ibu,

Apa khabar anak Ibu yang sangat Ibu rindu. Tak tertanggung rasa rindu ini kalau bukan kerana sabar...

Aiesya, Ibu yakin Aiesya sekarang mesti bergembira dengan kawan-kawan Aiesya di sana. Aiesya mesti tengah belajar bertatih, mulut Aiesya mesti dah dapat mengucapkan beberapa patah perkataan, gelak tawa Aiesya mesti dah galak kedengaran dan senyuman Aiesya mesti semanis senyuman abang Adam. Alhamdulillah... walaupun Ibu hanya berimaginasi, tapi Ibu yakin janji Allah itu benar bahawa pemergian Aiesya adalah yang terbaik buat kita semua, walaupun terbaik itu amat menyakitkan,nak....

Aiesya sayang,
Ibu, Ayah dan Abang Adam sentiasa bercakap tentang Aiesya. Abang Adam cakap nak kumpul duit banyak-banyak sebab nak beli kapal terbang. Abang Adam kata sebab Adik Aiesya dia ada dekat bintang... Wahai anak Ibu, walaupun kami takkan dapat jumpa Aiesya selagi hayat dikandung badan, kalau ada kemungkinan, Aiesya datanglah melawat kami,nak...

Mungkin Ibu, Ayah dan Abang Adam tak dapat nampak Aiesya, tapi datang lah jenguk kami...

Aiesya kehidupan Ibu,
ketahuilah nak, bahawa Aiesya tetap hidup dalam hati Ibu. Tiada apa yang dapat menggantikan empty space yang Aiesya tinggalkan dalam hati Ibu. Ia tetap milik Aiesya. Ibu sentiasa berdoa, nak semoga kita akan dipertemukan... mungkin bukan di dunia ini, tapi di akhirat kelak... Ibu mohon, Aiesya juga berdoa yang sama juga kerana Ibu yakin doa Aiesya doa yang makbul.

Aiesya,
Ketahuilah nak, pada tanggal 22 November 2009, pukul 4.25pm, Ibu telah melahirkan Aiesya melalui ceaserean method di Hospital Batu Pahat selepas Ibu dipindahkan dari Hospital Melaka. Dan pada tanggal 22 November 2010 ini Ibu bukan meraikan ulangtahun kelahiran Aiesya yang pertama, tetapi merintih dan menangis bila Ibu tahun ini keseorangan tanpa Aiesya. Maafkan Ibu kalau Ibu menangis, maafkan Ibu kalau Ibu merintih, maafkan Ibu nak bila Ibu tak mampu untuk tersenyum seikhlas hati Ibu... bukan Ibu tak sayang, bukan Ibu tak suka... tapi hati Ibu tak mampu nak menghadapi hari ini.

Aiesya,
Ibu tak mampu untuk menulis panjang lagi, Ibu tak mampu menakung air mata Ibu lagi, Ibu tak mampu nak menahan tangis Ibu lagi....maafkan Ibu,nak.

Dihari yang bersejarah buat Ibu ini, Ibu teringin mengucup dahi Aiesya, Ibu teringin mendakap tubuh Aiesya, Ibu teringin mengusap ubun-ubun Aiesya, tapi apakan daya Ibu,nak....

Selamat Hari Lahir buat puteriku Aiesya Zaffan; semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah swt.

3 comments:

  1. salam,.
    buat k.ila,.
    tabah la hadapi hidup,.
    pasti ada bnyk hikmah yg terselit disbalik pemergian aiesya,.
    semoga aiesya bahagia disana,.
    sy doakan,.
    amin...

    ReplyDelete
  2. ila,

    menitik-nitik air mata aku baca entri ni.

    insyaallah aiesya sentiasa berada dalam rahmatNya. doakan dia selalu.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu.
    cikgu tabah yeh.
    saya pon teringin nak tengok aiesya :)
    mesti comel mcm cikgu :))
    tp xde rezeki.
    hope she'll be fine up there.
    mesti die nak tgok cikgu hepi, so smile ok cikgu :)
    syg cikgu, ALWAYS :)

    ReplyDelete