Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Wednesday, May 18, 2016

Nasi Ayam Hainan PPC

Recipe kali ni mmg betul-betul versi CR tau.  Berdasarkan kegemaran anak-anak CR.

Bahan-bahan:
A:

Ayam 6 ketul dicuci
Halia dan garlic dicincang halus
Garam
Minyak bijan
(gaul ke ayam dan perap min 1 jam)

B:
Beras basmathi faiza sepot setengah
(dicuci dan direndam 1 jam)
Serai sebatang dititik
Garlis 3 ulas dititik
Ginger seinci dititik
(nak cepat punye pasal)
Daun pandan dicuci dan disimpul
Butter utk menumis

Cara:
STEP 1
On PPC anda ke mode bake vege dan tumiskan bahan-bahan B hingga naik bau.
Masukkan beras yang telah ditos ke dalam PPC anda kacau hingga sebati.
Masukkan pot holder yg berkaki bulat (takut calar) susunkan ayam yang telah diperap tadi atas pot holder... nnt bila masak air ayam akan jatuh ke nasi utk menambah aroma.

Offkan mode bake kemudian set PPC anda ke mode rice. Pastikan vent ditutup / seal.

Sementara menunggu nasi anda masak, sediakan sos cili, kicap dan soup express.

STEP 2
Rebuskan air dalam 750ml bersama seketul kiub ayam knorr, 3 ulas bawang putih dan serai. Agak2 mendidih, masukkan batang cellery (untuk tambah aroma). Renih sekejap hingga masak. Tabur dengan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

STEP 3
Sesenduk sup tadi dicampur dengan minyak bijan dan 2 sudu kicap. Siap kicap utk nasi ayam.
(tuang sebahagian ke atas ayam bila telah masak kemudian ditabur dengan daun bawang)

STEP 4
Sos CR gunakan 4 sudu besar sos thai life campur dengan 2 sudu besar sos cili dan air masak untuk mencairkannya. Sikit je air masak.

Hmmm..
Bau minyak bijan ni sangat menyelerakan... Hidangkan bersama daun salad, timun dan tomato yang telah dihiris. Selamat Menjamu Selera.

Thursday, November 5, 2015

Nasi Beriani Gam Adami PPC

Today is Wednesday and I am cooking Nasi Beriani Gam Perencah Adami served with Mix Veggies yeay for me...Jarang CR masak beria during weekdays.  Ini semua penangan Kak Ju yang baru-baru ni masak nasi beriani... TQVM Kak Ju


Resepi untuk 4 orang (2 dewasa 2 kanak-kanak)

Bahan-bahan:

Ayam 5 ketul

Perencah Adami separuh pack

Minyak sapi sesudu

Garam secukup rasa

Beras Basmathi 1 pot setengah

Daun ketumbar (optional)


*Tumis Perencah Adami dengan Minyak sapi guna Mode Bake Veggies, then tambahkan ayam. Kacau sampai habis 3 min. Tak perlu tutup.

*Cuci beras basmathi rendam dalam 10 min. Toskan dan masukkan ke dalam tumisan ayam tadi. Kacau, tambah air 1 beras:1 air

*Start Mode Rice, tunggu 14 min habis....Jangan lupa release pressure sebelum buka ye...

*Tabur daun ketumbar (optional) Keep Warm sampai masa nak makan

Mix Veggies 


*Diced tomato

*Diced onion

*Sliced japanese cucumber

*Sliced carrot

Mix semua veggies dalam bowl

Tambah sedikit garam, gula, grinded blackpepper, 3 sudu besar olive oil dan 2 sudu besar lemon juice. Kacau, chilled in the fridge.


Mix Veggies ni sesuai makan dengan Nasi Beriani Gam yang agak berminyak sebab ada lemon juice yang akan hilangkan rasa oily nya.  Boleh cuba acar juga. Tapi CR ada bahan-bahan ni saja dalam fridge...so Mix Veggies ajelah...


Selamat Mencuba...Till then, daaaa...


Monday, September 28, 2015

Selamat Ulangtahun, Anakku

8 tahun dulu,
Hadirmu anakku,
Membuka pintu kebahagiaan,
Menyinari hidup kami dengan cahaya,
Mengajar kami akan erti pengorbanan.

Adam Zikry,
Kami namakan diri mu,
Sempena manusia pertama di muka bumi,
Sebagaimana kepertamaan mu dalam hidup kami,
Dan semoga kamu anakku menjadi ikutan
Dan contoh terbaik bagi manusia di sekeliling mu

Wahai anakku,
Apa sahaja pencapaian mu,
Amat membanggakan ku...
Kerana kamulah anakku,
Pengubat rinduku,
Penghibur laraku,
Peneman ku yang setia...

Maka ibu dengan ikhlas hati mendoakanmu Adam Zikry...
Semoga kamu beroleh kesihatan yang berpanjangan,
Kemurahan rezeki yang berkat,
Kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun akhirat...

Selamat Ulangtahun, Anakku....
25 September 2015


Sunday, September 20, 2015

Chicken Curry PPC

Hye Everdearest Recipe Searcher,

Yeah, today (Sunday ; 8.27 am) I have finished preparing my breakfast. Sunday is family day for every mom out there I guess...

Our breakfast meals for today is just Roti Canai (Frozen made by my colleague) just heat it using The Grease multicooker. The Roti Canai will be served with Chicken Curry (Recipe from Azie Kitchen). 

May be some will say, apalah CR ni...you want to cook curry mehhh, still you want to google the recipe? Hahahaah... This is me, I like to try different recipe for even just for one kind of meal... Apa nak buat...


Ingredient:
Chicken (normal cut)
1 onion, chopped
3 garlics also chopped
1 inch ginger
5 teaspoons Curry powder
Asam keping (english word?)
Potatoes
Salt
Cardamom, star anise, cinnamon, clove

How to:

Menggunakan PHILIPS Pressure Cooker
1. Set the cooking option to BAKE VEGE and START.
Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dengan  3 sudu besar minyak masak sehingga naik bau.
Tambahkan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis. Gorengkan hingga bawang agak perang.
Tambahkan 5 sudu kecil serbuk kari. Kacau sehingga pecah minyak.
BAKED VEGE option should set off automatically by this time.
2. Set cooking option to CHICKEN and START.
Tambahkan ayam dan kentang. Tambah juga air sedikit sebelum tutup Pressure Cooker dengan penutupnya. Make sure tombol berada dalam keadaan SEAL
4. Keadaan kari ayam anda selepas pressure is released.
Set cooking option to BAKE VEGE and START
Masukkan santan dan asam keping. Biarkan mendidih dan kacau, sebelum ditambahkan garam dan gula.

Within 30 minutes you Chicken Curry is ready.


Selamat mencuba, till then JOY...

Saturday, April 4, 2015

Aku Sebuah Papan Gosok

Namaku Si Biru; diberi oleh tuan ku sempena kulit asalku yang kebiru-biruan. Telah lama aku berkhidmat untuk tuan ku...rasanya hampir 9 tahun lamanya. Sejak tuanku masih muda bergaya, sehingga kini patutnya sudah beranak tiga.

Aku memerhati dan menjadi penunggu setia di rumah ini. Untuk pengetahuan semua, partner ku telah 2 kali berganti. Dulu yang pertama, si genit National berwarna merah hati, kini aku dipasangkan bersama Si hitam Panasonic yang beratnya, Ya Ampuun...kepalang. Adakalanya, terpeleot kaki ku yang pernah dipateri ini dibuatnya.

Iya... Selama umurku di rumah ini, kaki ku pernah patah akibat komitednya aku terhadap tugasku. Alhamdulillah, aku tidah dicampak ke tepi rumah sebagaimana pengakhiran hidup barang-barang kelengkapan rumah yang rosak. Ku fikir, berakhirlah khidmatku dalam hayat ini apabila patahnya kakiku... Namun, kerana sifat berjimat tuan ku, aku dihantar hingga ke Masjid Tanah untuk dipateri. Dibengkel pertukangan kereta Kolej Kemahiran Tinggi MARA; sempat aku menjeling di pintu masuknya. Lalu aku masih dapat berdiri dan masih utuh memberi khidmat bakti kepada tuan ku. Akan ku balas kepercayaannya kepada ku ikrar ku dalam hati.

Sebenarnya sepanjang tempoh perkhidmatan ku, sarung ku sudah beberapa kali diganti. Yang pertama dulu, alasannya aku tidak gebu, susah untuk menggosok katanya. Lalu aku disarungkan dengan alas Biru 'heat absorber' yang kononnya berfungsi menambah nilai kualiti gosokkan ku. Namun, mmg indah iklan daripada hakikat....alas Biru masih pada tahap ok-ok saja kata tuan ku. Namun disebabkan telah dibeli, alas Biru masih kekal menjadi sarungku. Yang kedua, alas Kelabu 'built-in metal heat reflector' katanya. Mmm ku risik2 getus hati tuan ku, akhirnya aku tahu tuan ku agak berpuas hati dan merasa berbaloi mengeluarkan RM 25.00 di Jusco membeli alas Kelabu. Masa menggosok berkurang sedikit katanya... Maka jadilah aku Si Biru yang dibaluti alas Kelabu selama hampir 3 tahun.

Namun minggu ini, ku dengar2 kata hati tuan ku ingin menukarkan alas Kelabu. Kesian, alas Kelabu telah lama berjasa, terkoyak sudah permukaannya. Nampaknya, x lama dah masa si alas Kelabu ni, kataku di dalam hati. Namun, untuk kesekian kalinya sifat berjimat dan 'do it yourself' tuan ku memungkinkan si alas Biru, si alas Kelabu dan aku Si Biru masih mampu menjalankan peranan kami... Ini kerana, aku yang masih disaluti si alas Biru pada lapisan pertama dan si alas Kelabu pada lapisan kedua akhirnya disaluti si Fabric IKEA. Maksudnya, kami bertiga masih diperlukan di rumah ini, masih diperlukan untuk terus menabur bakti, masih boleh menemani tuan ku menggosok baju-bajunya....alhamdulillah, kerana aku adalah Si Papan Penggosok yang kini berwajah baru.

Wednesday, March 25, 2015

Scrapbooking - My Baby Boo

Assalamualaikum,

On the 1st of March 2015, CR has received new nephew...yeah cousin of Adam and Amsyar. We feel very grateful and full of happiness to welcome our new family member.

CR has made a flipped door sign for this baby boo...

Actually, this baby scrapbooking set is bought from POPULAR. Nice one, isn't it? CR just adds some creativity and accessories to this masterpiece and tadaaaa...

This is a dua by Prophet Ibrahim... a very beautiful dua. May Aish Al-Kauthar become a pious muslimin...


Take care, peeps. Muah!

Thursday, January 10, 2013

Make Over JOY

Dah lama sangat rasanya guna background yang sama, kalau manusia pun nak kene make over... apatah lagi blog tempat saya mencurah perasaan ni,kan?

I'm using ShabbyPrincess free downloaded digital scrapbooking materials as header.  Nak tengok boleh klik sini.  Tapi CR and the family nak enter-frame jugak heheheh. Tapi rasanya tak lama kut gambar tu... I kan low profile:)

Yang background pulak guna background dari ShabbyBlogs. Ada bermacam-macam background  di sini.  Yang CR boleh cakap, agaknya si Shabby ni suka yang classic.  Tu yang banyak pattern jenis tu. But I like it:)


Wednesday, January 9, 2013

RESEPI : Daging Burger Homemade

Salam,

CR ni mmg lah buat sesuatu ikut mood.  Haa, ni mood menggodek resepi google dah datang.  So, terajinlah nak buat daging burger homemade.  Awal-awal CR nak ngaku dulu ye, resepi ni bukan resepi CR, tapi diceduk dr beberapa blog.  CR hanya gabungkan ikut barang2 yang ada di dapur je.

Bahan-bahan:
  • Daging cincang (CR guna brand Ramly)
  • 1/2 biji Bawang besar (dipotong dadu)
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk paprika
  • Seasoning Maggi
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • telur sebiji
Cara nak buat:
  1. Daging cincang dicarik-carikkan (supaya senang nak gaul nanti)
  2. Masukkan bawang besar, sebuk lada putih, lada hitam dan serbuk paprika
  3. Gaulkan sehingga sebati. Segala serbuk tu, masukkan agak-agak ikut taste masing-masing.
  4. Setelah sebati, masukkan seasoning maggi dalam 2 sudu besar dan garam secukup rasa. Gaulkan lagi.
  5. Daun bawang dan daun sup yg telah dihiris dimasukkan akhir sekali.
  6. Pukul telur sebiji dan masukkan kedalam adunan sebagai bahan untuk menyatukan adunan tadi. Gaul sehingga boleh dikepal.
  7. Bentukkan patty daging mengikut saiz yang diingini.
  8. Masukkan ke dalam feezer sekurang-kurangnya sejam. Lagi lama lebih baik.
Burger yang dah siap:)

Sunday, September 9, 2012

Project September

Salam,

Selepas mengodek-godek kain dan google apa yang patut, inilah project yang bakal dibuat [harapnye siaplah:)] bulan ini:)

Project #1 Baby Burp Cloth

Project ini dah siap sebahagiannya.  Tiba-tiba penyakit M melanda pulak.  CR gunakan flannel at one side and prefold cloth diaper (kain lampin putih je) for the other side.  Banyak blog and website suggest guna chennile fabric (cam kain tuala), printed cotton untuk attractive effect.  Tapi kain lampin ada banyak sangat.  Almaklumlah, kalau kain lampin zaman Adam, zaman Ateh and Acu pun ada lagi Mama CR simpan...so kita gunalah apa yang ada.

Pattern used is from Cloud9Fabrics.  Ada step by step methods lagi.





Project #2 Baby Tummy Binder aka Barut Bayi

Still gunakan fabric flannel yang same dengan burp cloth, cuma inner sidenya CR nak gunakan white plain cotton so that lembut pada kulit baby and kurang effect terlipatnya apabila digunakan.

Tapi...project ni baru 20% je kut.  Still in the stage gunting kain flannel.  Yang putih dalam gambar tu Abang Adam punya, as pattern:)

Kebetulan dah ada 5 barut lama dari zaman Adam, CR nak tambah 4 cukuplah:)

Pattern nya adalah dari buatan MIL masa zaman Adam dulu:)

Flannel fabric ni daripada receiving blanket yang
CR pernah beli tahun lepas

p/s: ada tips dari Dilla from a woman's life on how to sew baby tummy binder:) tq Dilla

Project #3 Pillow Cover utk Abang Adam

Sibuk menjahit dan menggunting kain untuk baby, Abang dia nak juga.  baru jahitkan pillow cover masa Ramadhan lepas, tapi Adam dah request for the new one yang almost the same cam burp cloth baby.  Cari punya cari, adalah lagi kain flannel tapi memang tak cukup untuk 2 bantalnye.  So, kita improvise sikit, asal ada almost same printed with baby...:) ---> cadangnya

[yang ni baru pilih kain...hehehe]

Project #4 Cushion Cover

Haa...nilah antara project tertunda, aim nak buat lima.  Tapi yang siapnye 2 je, lagi 3 tak cukup benang pulak nak top-stitch.  Siap sepenuhnya dalam bulan September [that's why I assume this is September Projects']

For this cushion cover, CR guna fabric dari IKEA LILLIVI Fabric RM25.90/m combine with plain fabric [tak ingat pulak nak tgk namenye:) I use red and black plain fabric]

LILLIVI Fabric from IKEA
Front view with Adam

Back view - Itulah rupanye kalau tak cukup kain,ye:)

Nanti kalau ada tambahan project, I'll update ye.  Hasil mutlak akan dipost dalam entry akan, akan, akan datang....InsyaAllah.

Take care lovelies:)

Friday, December 16, 2011

Lekat sendiri Stamp Label

Salam jumaat,

been resting from sewing quite long.  dah dekat setengah tahun tak buat projek baru.  projek sendiri2 pun tak berupload.  Try to start my hobby again seriously, InsyaAllah.

haaa..have you seen this before? Jauh CR beli ni. dekat sebulan baru arrive.  Tq My Botang:)

These are the outcome:)

Happy weekend uoolls:)

Sunday, December 11, 2011

Lighting Rooms ideas - Lighting - IKEA

Wah, imagining My Crafting Corner just like this hahahhahaah
Actually, my sketch of My Crafting Corner in this entry is 60% like this, rite. I think I have to save money for the lighting:)

daaa...enjoy the pic:)

Lighting Rooms ideas - Lighting - IKEA: Lighting Rooms ideas

Friday, December 2, 2011

My Crafting Corner : The Sketches

I live in 3 rooms single-storey terrace house. And of course it is space limited to have my own space.  The master bedroom for me and hubby.  The middle room is used by Cdeq my brother [he is using Adam's room for the time being] and the back room is for everything you can name it.

My tiny spaces to craft is in this back room.  The problem is I couldn't fine the things i want to use in a split second.  It is really in-organized.  So, I have decide to spend part of my money [i really don't want to...] to solve my problems and at the same time I could share the spaces with my little brother things systematically.

Here is the sketches.  Wish me luck, peeps:)
Hope to finish this by mid of January.  Will update the process and the final look:)

UPDATE : Called the "Uncle Cabinet" yesterday.  He decided to make the hanging cabinet at full height.  Furthermore the wide has been shortened to 6'.  CR have made wrong measurement hahaha...silly me:)
Will be complete middle of Dec.  We'll see the result soon, ya!

Monday, November 28, 2011

sedih pulak...

sampai je dari muar berkejar on tv....ohhhhh tetiba rasa sayu and sedih pulak.  tak lah sampai menangis, tapi ntah tak pernah pulak CR sedih semata-mata sebab sukan ni... CR bukannya ada bayang atlit pun hehehehe

tapi rasa ini merupakan something new to me.  Memang tak munasabah, tapi dah berlaku. Kalah 2-3 pada 6 minit terakhir selepas mendahului 2-0.  apa agaknya headline esok?

Tak nak kutuk-kutuk. Mereka bermain dengan baik. Tapi over confident terlalu awal dan lalai menjadi pemusnah. macam tu agaknya bila main depan penyokong sendiri yek???



Monday, November 21, 2011

Tribute to MALAYSIA!!!

Salam, Sempena Sukan SEA yang ke-26 yang hampir melabuhkan tirainya CR nak abadikan Theme Song "Kita Bisa" dan "Gemuruh Suara" Malaysia's Theme Song.  Actually, kini sedang berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.  CR sangat-sangat berdoa Malaysia akan mengekalkan Pingat emas 2009 pada malam ini.




UPDATE :
Akhirnya EMAS itu milik MALAYSIA.  Kerana tak tertanggung gemuruhnya CR tak dapat nak menghabiskan entry ni malam tadi. Alhamdulillah MALAYSIA MENANG 5-4 Tendangan penalti.  Cayalah Harimau Muda. Terbaikkkk:)

Today [22/11/11] was a great day. Senyum sampai ke telinga masing-masing hehehhehe...happy tuesday peeps:)



Monday, October 31, 2011

PANDUAN - Grillling [Mix & Match Menu - Grilled Lamb] ;)

 Mix and Match??? Usually people use this terms in fashion.  Selalu terbaca di majalah. Tapi kali ni CR nak guna dalam MEMASAK pula. Boleh?

Bukan apa, sometime untuk menjimatkan masa yang sangatlah berharga we have to do something that will cut the time to half [bukan sebab penyakit M ke CR?:)]

HOW?
STEP 1 :
Belilah marinated Lamb [apa sahaja bahagian yang anda suka]
Grill the lamb sehingga masak dengan kegaringan yang anda suka kerana you don't have to ask for it, sebab anda sendiri yang memasak:)
Untuk process grilling, CR sangat rasa beruntung kerana membeli Grill Pan from IKEA. Grilling sangatlah mudah, mencucinya juga hanya menggunakan sponge, tak perlulah nak beli iron wool yek.
 
Promo sikit:)
Lively look, berkilat2 permukaannya, that is the reason why it is easy to clean:)

during the process

STEP 2 :
Mix and Match Grilled Lamb anda dengan apa sahaja yang anda suka. As for me, CR beli je Whipped Potato and Coleslaw dari KFC yang berhampiran.  Di mix lagi dengan tomato slice, cucumber, and some fresh salad yang crispy.

Tadaaa. Siap dah menu makan tengah hari:)

SELAMAT ber 'MIX &;MATCH'



Friday, June 3, 2011

Saya Berangan lagi - Sewing Machine; Mana satu pilihan hati?

salam,

CR memang suka berangan. Tak nak mental-block... tapi tulah, tak nak juga dikategorikan sebagai MatJenin pulak,kan.

Angan-angan terbaru adalah untuk memiliki Sewing Machine (SM) baru. Walaupun dah ada basic SM, tapi my Singer 8280 adalah sangat basic. Tapi tak melupakan bahawa si dia sangat berharga dan membantu CR yang dulunya buta jahit ni.

Kenapa CR nak SM baru? I want to explore new things in sewing. Sebenar-benarnya nak yang boleh wat alphabet embroidery... Naaak sangat2.

So, ada 2 choice...
1st is Brother NV50 RM1499
Features
* 135 stitch types
* F.A.S.T needle threading system
* 1 step automatic buttonhole
* 7 Point feed
* Drop feed lever
* LCD display screen
* LED sewing light
* Quick start bobbin
* Stitch length/width adjustment
* Automatic bobbin winding
* Hard casing

NV50 / Innovis 50 computerised sewing machine will inspire you to be creative.

The NV50 / Innovis 50 is the perfect choice for those of us who want to get more creative. It is feature packed with 135 built in stitches, including 10 buttonholes that you can quickly and easily at the touch of the pad. The built in lettering can be used to create labels or monogrammes - you can combine up to 35 different stitches to create your own stitch patterns.

yang 2nd is 988 Singer Computermatic SM RM1999

Features
Computermatic sewing machine
156 Built-in stitches
8 styles of one step buttonholer
7 direct-stitch button selection
Stitch width 7mm – zig-zag & decorative stitches
Automatic needle threading
One touch start/stop/reverse operation
Adjustable sewing speed
Stitch width & length control
Operates with or without foot controller
Complete with extension table & walking foot -great for quilting

Sunday, May 15, 2011

How to make Simple Magnetic Craft for Teacher's Day

Salam,

CR nak kongsi tutorial ni dengan anda semua. Harap membantu anda dapat idea. Tutorial ni CR ambil dari my craft blog tau, tak ciplak dari sesiapa. Selamat mencuba:)

Since the Teacher's Day is just around the corner and this year is my boy 1st year in school, I decided to introduce to him alternative way to please his teacher:)

Just a simple craft that you can produce with your child:)

You need:
from left to right:
  • different colours of glittered foam [it is very nice]
  • a pair of scissors to cut
  • ladybug shape paper
  • pine wooden stick
  • paint marker [preferred colour]
  • magnetic button
  • hot glue gun with the glue stick
Step 1 - Write the special wishes to the teacher on the pine wooden stick. You can shadowed the phrases using black ink pen.


Step 2 - Pinned the ladybug shape at the back of black glittered foam.
Cut it according to shape. Do the same for the red glittered foam.
Paste the red and black glittered foam together using hot glue.
Paste the ladybug shape glittered foam to pine wooden stick.

Step 3 - Paste magnetic button at the back of the pine wooden stick.
Make sure the button are stable enough to hold the craft.
Your end product is ready!
[size : 18 cm x 8 cm]


You can make variety of shapes with different wishes. Look how cute the ladybug on my Teaching Time Table:)

HAPPY CRAFTING!!


Thursday, February 24, 2011

Bow pulak

Salam,

haaa...cepatlah next week. Tak sabar CR nak masuk sekolah semula. Dah lama mulut tak ngomel2 ni, rasa sengal-sengal je otot mulut hehhehe
Lagipun exercise mulut ni kurang sikit lough lines hahahha....sapa nye theory lah CR guna ni...

Anyway, InsyaAllah hari ni last cuti, sebab esok ada appointment ngan ObGyn. So, selain menghabiskan masa dengan kemas rumah [ye ke kemas rumah?] CR buat lah mende-mende yang InsyaAllah akan mendatangkan hasil.

Haaa..jom lah tengok lots of Bow Ribbon in d Blog:)

Boleh nak di buat hair clips ataupun shawl clips...kan sekarang adik-adik muda prefer pakai shawl...Actually, belum 100% siap lagi, still in progress...

Layan gambar lah ye
http://cutplusew.blogspot.com/

Bright colour gitu...:) Kalau letak kat hairband pun comel gak,kan?


I like nunnn yang di belakang, stripy pink,blue,orange tu...rasa nak makan lolipop pulak:)

So, take care korang:)

Monday, February 21, 2011

Hobby:Macam mana nak baca ni?

Salam petang Isnin...

Haaa...dah petang baru ada idea nak membecok pasal apa. Actually nak mengadu ni, mengadu pasal ke'tidak panjang pikiran' haaaa...paham tak agak-agaknye?

CR ni sebenar-benarnye suka sangat membaca. Disebabkan minat sangat menjahit sekarang ni, CR belilah buku crafting and sewing ni... Memang tahu, buku-buku ni bukan menggunakan bahasa standard, tapi ingat senanglah difahami daripada gambar-gambar nye.

Tapi korang tengok lah sendiri... CR kene study betul-betul buku ni dulu, macam masa belajar dolu-dolu...
Bila lah agaknya boleh study buku ni...Menung panjang CR...

Buku ni best, banyak gambar bag yang menarik...x caye? tengok kat bawah tu...

Kan dah kata, menarik...

Tapi tengoklah instruction dia...berpinar mata...CR nak cari nombor je...
sbb for sure it shows the measurement...tul tak?

Janganlah terkejut pulak, hari ni banyak gambar nak share ngan korang...Asik ayat je, bosan...macam jawab essay SPM lak hehehhe


Haa..ni pulak buku kedua, tulah..orang tua kata tamak nnt rugi...[tapi x rugi kut, jimat postage hehhehe, ilmukan leh disampaikan macam-macam cara...]

Antara household yang diajar dalam buku kedua, bib baby... anak patung bagai pun ada...

tengok instruction nak wat baby's bib ni pulak...secoet je...pk ye...


Apapun, tolonglah layan aduan CR hari ni yeh:)

tqvm and have a nice Monday!

Wednesday, December 15, 2010

Refashion

Salam,

haa..nilah kerja org yang x cukup kerja hehhehe... Actually, bercuti ni kadang-kadang bosan juga ye? Asyik buat mende yang sama je...kemas, kemas makan masak etc... Sebab tu Allah x jadikan CR surirumah agaknya.

Bukan itu yang CR nak cerita. Disebabkan sentiasa ada masa extra [buat masa ni] CR pun gatal tangan mengerjakan T-shirt lama, T-shirt free hehehhe

haa, nilah lambangnya? Ada sape2 yang kenal? kalau sape2 kenal, T-shirt ni x best...
see through panas-panas ni, tak kuasa nak berinner bagai...


lalu setelah CR kerjakan, romponglah ia seperti ini. Kesian ko T-shirt:P


selepas, disambung dan ditokok tambah dengan polka dot fabric lalu, ting!!

jadilah seperti ini:
jadilah short untuk anak CR...
kalau ada t-shirt2 yang nak buang tu, korang trylah buat sluar macam ni. Kalau berimaginasi sikit, leh buat skirt too for your little daughter:) Korang ikut tutorial dari Rookiemoms ni ye

till then:)