Showing posts with label SCHOOL. Show all posts
Showing posts with label SCHOOL. Show all posts

Wednesday, May 18, 2016

Happy Teacher's Day 2016

Assalamualaikum...
May happiness and greatness be with all of you. 
Alhamdulillah... it has been a great 12 years journey of being an educator. I really hope that one day I'll become not just a teacher, but murabbi, muaddib who touches not only the academic side of my students but also the hearts...InShaaAllah.

Here are some picture of my colleagues celebrating Teacher's Day on 16th May this year. Enjoy the session so much. It is just a simple session yet really meaningful.


Me with my present...Tqvm for the colourful SHARPIE pen set.
My cute Biology Teacher; Mrs Raedah with her stationery set.
My inspiring Physic Teacher; Mrs Rohani with her so called 'Bag Pergi Pasar' hehehe 
My present to special friend (Present Exchange Session)
Us - Some of Science Department Gang... Yeay!!!
Jom Makan-makan Session.
Happy Teacher's Day Ladies.
Our beloved Head of Department Mrs Ruzanah Hussain.
How was your Teachers Day celebrated?

Thursday, March 26, 2015

SCHOOL - Menikmati Terik Mentari...

Salam hari Khamis,

Inilah senarionya bila anak murid datang lewat 30 minit dan waktu teaching and learning hanya 50 minit hari iniπŸ˜‰

Jom anak-anak, CR x kuasa nak menambah kedutan di muka yang nyata tidak ada (kononnya...). Tak mahu marah2, x mahu bebel-bebel.

Marilah kita nikmati suara breezy and sunny day di MRSMTGB. Lawa, kan pepohon yang hijau melambai...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

#sayasayanganakmuridsaya #sayasukajadicikgu

Monday, November 5, 2012

SPM Starts


Specially dedicated to 
HR Delima 1 2011/2012, 
503 & 505 students

Friday, November 2, 2012

SMS dr Students;)

Ikhlas dr 505:
Frst of all..kt0rng nk ckp trime kseh sgt5 n trharu k0wt.k0z x sngke slame nie kt0rng byk wt ckgu mrh tp ckg still sbr ngn prgai kt0rng..hee..btw..kt0rng nk mnx maaf k0z dh mmg 'byk gle2' wt slh kt cg..eh..sdp sgt3 cup cake cg bg..dh abez dh p0wn..ha3..surat cg bg 2 kt0rng nk laminate...n f0t0stat bg sume 0rng..nnt lg 10 ta0n (dgn adnye tndatangan aizat zaffrie)k0mp0m mhl..haha..d0akn kami sume 9a+ n 10a+ wlpn cg dh 2tlis dlm krts 2 tp sje nk ckp lg...n..jgn lupe smpn dlm draft mcg nie..pnt type nie..huu.<3 aizat="aizat" font="font" nbsp="nbsp" tlis="tlis">

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, November 28, 2011

Hari Keluarga 2011 - PD

Hye,

lama sungguh dah basi cerita ni. CR tak sempat and x bermood nak update. Gambar tak banyak hehehhe...
Tapi boleh lah di kala kekontangan idea.

Just nak share Hari Keluarga sekolah kami. Rancang punyalah baik tepi pantai sambil menikmati angin Selat Melaka dan panahan matahari negeri sembilan. Tanpa diduga, langit bukan setakat mendung malah galak mencurahkan titisan H2O bersama rahmat Allah....

The activity was still conducted but indoor lah. Baguslah Golden Straits Villas PD ni. They have all the back-up plan. Bolehlah daripada kami bersidai kat corridor menunggu hujan berhenti,kan:)

Kids game - rebut gula-gula...oh mana anak teruna saya ye?

Lorrr, mengurat anak dara orang kat tepi tangga ye Adam.... Marah aunty Faiz nnt! Adam with Aleeya.

Game untuk Ibu-ibu pula. Terompah gergasi.  Cayalah kami dapat third place walaupun leading pada mulanya.

Semangat tu, dengan Kak Rosni yang sentiasa energetic:)

Game ayah-ayah pula.  Lari dalam guni. HubbySayang ku ni dapat second place. heheheh ringannye dia melompat :P

Tengok isterinya pulak, tak terlompat tapi laju gak lari [dah nama game pun lari dalam guni, watpe nak melompat -- ye dak? we won first place yeeeehaaa:) 
Kesimpulannya, CR balik kepenatan.  Dah lama tak bersenam ni.  Tandanya HubbySayang, kita kene banyakkan berjalan ni...JOM SHOPPING..heeeeeeeeeeeeeeeee

Thursday, August 25, 2011

CERITA BASI #1 : Makan-Makan Turkish Style di Belanda

Salam,

Haaa...memandangkan bulan Ramadhan ni semua orang/kebanyakan orang sibuk cerita pasal food. Jomlah layan cerita basi CR ni.

Actually, program makan ni happen during our trip to Utrecht, Netherlands from 26th June to 1st July tempoh hari [3rd International Environment Scientific Project Olympiad].

So, jom layan our eating activity..:P

Super waffle - 2 Euro. Itu je rupanya. Cuba tukar currency ke RM. How much this thin waffle have cost us? RM8.50. Taubat tak beli hahhahha... Tapi ni je food yang leh makan and dari sumber yang diyakini masa tu. Well it taste like biscuit, very crunchy and soooo sweet, kalau makcik ada diabetes, tok sah lah makan ye...

Turkish Kebab. Its kind of familiar. Yelah, food in Malaysia have been influenced by middle east food. And here in Europe, there are large community of Turks. And most important, they are muslims. So layanlah kebab for lunch.

Buruk perangai...Tapi dah kedainya begitu. They just have 5-6 chairs and a long table. Kind like a kiosk. But I like the taste of kebab. Juicy and full with veges. Oh CR is a veggie lover tau.

Tengok semua orang gembira sebab perut dah kenyang. CR only able to eat half of the kebab. Oh ya, the Turkish Kebab - 4 Euro Mineral Water - 1.5 Euro [kiraler berapa harga lunch kami hari tu,ye]

Dinner on the 2nd day we arrive. BBQ is sponsored by a Turkish School at lupa lak name nye. Khemah dia cool! Agak2nya, kalau Malaysian yang tinggal oversea buat gathering, camnilah rasanya,kut..:)

Hambik kau...atas meja jer lah pinggannya. Roti beralaskan meja. Roti nilah santapan berhari-hari hehehhe masa kat sana ingat balik Malaysia, tak tengok roti dah...:)

Tu dia...the bbq meat. Satay giant, tak tau Turk community ni panggil apa. [Lupa nak catit pulak] Again, we eat those meat with super fresh salads and I really love it. The salads are crunchy and the tomatoes are yummy:) But for a true Malaysian like CR, I need to eat those meat with ketchup and mayos. Tawar...seasoning dia tak macam kat Malaysia. Masuk tempat orang, kita layan je.

Haa..senyum simpul sebab dah tak sabar nak makan lah tu...

So, Till then...kalau ada masa lagi, CR akan share Cerita Basi lain pulak ye...:)


Tuesday, August 16, 2011

Trial SPM 2011 has started

Salam,

I am blogging from my beloved SCHOOL. By looking @ the pictures, probably I'm in the lab rite now..of course!

Actually, the Trial SPM 2011 has started since 4th August 2011. Today is the last paper. But this time it is the Practical Session. The real Writing Trial Examination is on September. Best wishes boys and girls. May Allah help you and surely you have to work harder to get good results:)

Jom kita skodeng anak-anak murid CR ni:)
Apa agaknya kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam gambar 1 dan 2?

Gambar 1


Gambar 2

Gambar 3

Khusyuknya pelajar-pelajar ni buat amali ye...Cuba teka dalam makmal apa ni?

.
.
.

nak tahu tak jawapannya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar 1
Bak kata prof di U dulu...tengah guna burrette, gajah bertenggek di atas nya...hehehhehe you will get inaccurate reading if there are excess solution in the filter funnel:)
.
.
.
.
.
.
.
Gambar 2
Hebat sungguh pelajar ini. Kalis bahan kimia ni...Pegang je burette while pouring the solution. Kalaulah asid tu agak pekat, kurang mas kahwin nanti. Tak guna filter funnel pulak tu.
.
.
.
.
.
.
Itulah dia anak-anak murid kesayangan. Bila kita buat amali di kelas, tak semua yang suka nak ambil tahu cara yang betul dan selamat. Bila terpaksa buat sendiri, mahu berpeluh tapak tangan.

Take care. Jaga keselamatan anda di mana anda berada:)

Monday, July 25, 2011

SukanRia Homeroom


Dah lama x bersukaneka ni. First game main tarik upih version mengoyakkan kain (ganti upih dgn kain) sian budak2 habis kain solat dah nk terkoyak. Xpela nnt cikgu belikan kain pelikat cap gajah duduk ye...sure x koyak lagi.
Second game main lari dlm kain batik, sbb x cukup org, CR pulak bidan terjunnya. Dah la x menang...sbb terlebih pusingan. Kesian HR Delima 1. Just for fun ye anak-anak CR.
Apa cerita esok? Nantikan update Minggu Aktiviti kami,ye.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 17, 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Salam and hye,Selamat Hari Guru terutamanya kepada semua guru.... Adanya sambutan Hari Guru harapnya bakal menyuntik semangat baru untuk semua guru supaya semakin tabah dan tegar seperti alloy dalam mendidik dan seperti mangkin seperti Copper (II) sulphate [dalam tindak balas Zn and HCl] dalam menghasilkan pelbagai inovasi dalam PnP.

CR mengingatkan diri CR sendiri bahawa saban hari CR memegang amanah ini dengan sehabis baik. CR akan cuba positifkan diri walaupun kadangkala semangat agak teruji
dengan sikap pelajar mahupun pihak pengurusan. Namun, amanah ini adalah untuk kita Guru-guru menjaga dan melaksanakannya.

Dikesempatan ini CR ingin sekali mengucapkan Selamat hari Guru kepada individu istimewa pada CR;

Salam Hari Guru kepada Guru-guru di
  1. Tadika Islam Hidayatul Mustaqimah, Taman Beringin - di sinilah CR mengenal huruf dan alam persekolahan.
  2. Tadika Bellie, Jinjang Utara - I love Maths since I am still in kindergarten.
  3. SK Sri Delima, Batu 5 - Oh, di sinilah CR pernah kene tampar dengan Puan V masa Darjah 1, dan kejadian itu menjadikan CR lebih rajin buat HW. Juga kepada Mrs Lee [teaching me in 4 Anggerik], dan Cikgu Hazman yang dah lost contact... Cikgulah paling sporting and sayaaaang Cikgu [dari 5 Anggerik hingga 6 Anggerik]. Harap usaha Haslin berjaya untuk cari Cikgu Hazman for our reunion.
  4. SMAKL, Manjalara Kepong - Walaupun hanya 3 tahun I enjoy and treasure those memories untuil today. Di sinilah jati diri CR dibentuk. I miss my Mathematics teachers so much... I love Mathematics. Juga Ustazah Haliza yang sangat comel:) I bet her child comel macam dia juga.
  5. MRSM Jasin, Melaka - inilah sekolah yang paling banyak peraturan. hehehhe semua tak boleh saja... tapi di sinilah segalanya bermula. TQ Cikgu Hikmah (BM), Cikgu Ahadiah (SEJ), Miss Har (ENG), Cikgu Roslen n Cikgu Zulhakim (M3), Cikgu Baharum Paigo (+M3), Cikgu Mariam Atan (Chem), Cikgu Rohani Mohd (Physic), Cikgu Raedah yang comel (Bio), Ustaz Marwan n Ustaz Sabri (PAI). Sayang Cikgu semua:)
  6. KMS, Seremban - Sekejap sangat kat sini tapi still remenber Miss Roth and Cikgu Shaharir (Chem)
  7. UKM, Bangi - Oh saya adalah orang Chemistry....TQ all lecturers.
  8. tak lupa kepada nenek yang ajar ngaji....saya tak tahu nama betul nenek sbb saya panggil nenek, NENEK je....rindu sangat Nenek

Tuesday, April 19, 2011

Basketball again

Salam Joy.

It's all about my Basketball Team again [can i say that?] After trying my best, we still cant found any coach available... but still, we are hoping for any miracle to happen...miracle when there a coach who have free time this week to share any strategy with us. oh ya, the tournament will be held next week. And i believe in my team. They are willing to give all out for the team.

Have our practice yesterday and there I can see a full body spirits in their eyes. But then there are clear sign of underdog deep down their minds. I can see that too...

Please wish us all the best....

Wednesday, April 13, 2011

Need a Basket Ball Coach, please...

Hye Joy...

Dengarlah jeritan hati CR ni...

1. I don't know how to play Basket Ball
2. I don't even know the rules...
3. I was introduced to Basket ball by comic which is Slam Dunk...haha
4. The basket ball team in my school doesn't exist yet...we just have the Basket Ball Club..
5. I am the Team Manager starting from yesterday.
6. The state tournament will be on 25th April.

So, from the above points...Ireally need a coach for my none exist team...[baru nak cari player, okeh]
Be strong CR...You have to stay calm:)


[If I had Shohoku Team for my school..hahhaha...impian semata-mata]

Thursday, March 24, 2011

Saya perlu kerja keras!


Salam,

Result SPM dah selamat sampai ke tangan pemiliknya. Dan kami selaku guru-guru juga selamat menerima analisa subjek masing-masing.

First of all, ALHAMDULILLAH kerana result tahun ni melonjak dengan saujananya:) Bukan senang nak capai percentage A sebanyak 81% iaitu seramai 358 orang daripada 438 orang pelajar.
Seronok tengok slip masing-masing dengan huruf A+, A dan A-. So anak murid sekelian, subjek yang korang fobia tu harapnya tidak lagi menjadi subjek yang dibenci,ye!

Tujuan entry ini ditulis untuk mengingatkan CR tentang prestasi kelas CR. Daripada 73 orang pelajar, yang terbahagi kepada 3 kelas seramai 58 orang pelajar mencapai gred A, 12 orang mencapai gred B, 2 orang gred C dan seorang D.
Mmmm. Itulah CR kene kerja keras lagi ni how come pelajar yang datang dengan 8A membawa pulang C dan D dalam SPM.
Tapi students sekalian, CR tak pernah membezakan pelajar... semuanya diajar dengan adil selagi semua student mahu mengambil kesempatan. Usaha daripada sebelah pihak sahaja tidak akan bermakna.

Diharap students CR tahun ini lebih berusaha. CR juga akan terus berusaha membantu!

Tahniah kepada anak Homeroom Delima 1 yang diingati. Semoga akan teliti memilih course di peringkat yang lebih tinggi!

Wednesday, January 12, 2011

It is now STARTED

Salam,

hmm hari-hari sibuk CR semakin bermula. banyak kerja-kerja dokumentasi yang perlu dilakukan memandangkan azam thn 2011 ni tinggi menggunung. Maklumlah, selagi nyawa dikandung badan, biarlah CR terus berjasa hehhehe.... haaa tinggi harapan tu!

Minggu pertama persekolahan dimulakan dengan baik. Adam pun sporting membantu meringankan kekabutan CR. Kelas formal juga telah dimulakan. Ada muka-muka yang hadir dengan penuh semangat. Syabas! Namun masih ada muka-muka dengan attitude yang sama, SO... Tugas CR lah membantu mereka.

Persekitaran di sekolah masih sama... tidak banyak menaikkan semangat, tetapi Alhamdulillah kawan-kawan dan anak murid sentiasa sedia membantu.
Kawan-kawan, semoga kita dapat sentiasa sokong menyokong antara satu sama lain:)

Haaa... ada satu lagi yang sudah bermula----semoga semuanya berjalan lancar. Akan CR khabarkan sekiranya keadaan mengizinkan dan Allah memudahkan segalanya...

Till then, Assalamualaikum....Doakan CR,ye:)

Monday, December 6, 2010

SPM 6/12/2010 - Chemistry 4541

Selamat menjawab peperiksaan SPM Chemistry 4541. Semoga semua berjaya dgn cemerlang, Amin.

Yummylious cookies for 503, 507 and 515
Lots of love from CikguRozila
p/s : tqvm nadisa:)

Tuesday, November 30, 2010

Adil ke AWAK?

Panel:
Terangkan bagaimanakah adilnya seorang guru terhadap semua pelajarnya?

Cikgu:
Pada pendapat saya, adil sebagai seorang guru adalah tidak dipengaruhi emosi semasa menjalankan sesi Pengajaran & Pembelajaran (P&P) ataupun melayan pelajar.
Contohnya, pelajar A didapati bersalah kerana melakukan kes disiplin di asrama
namun
di kelas beliau boleh memberi kerjasama yang baik dan mampu memberi perhatian. Beliau juga tidak mengganggu sesi dengan melakukan kes disiplin lain;
MAKA saya selaku guru
harus melayannya sebagaimana saya melayan pelajar saya yang lain. Saya harus menilai beliau atas usahanya di kelas saya.

Saya akan berusaha untuk terus menjadi guru yang adil!


Thursday, November 18, 2010

Penilaian Tahap Kecekapan [PTK]

mmm, bagi penjawat awam, istilah ini mungkin sudah biasa didengar. Tapi, percaya tak tahun ni kali pertama saya nak menduduki PTK ni. Walaupun PTK akan dimansuhkan tahun hadapan, sebab kami dah mendaftar untuk mendudukinya....harung juga lah...

Bukan saja-saja nak berkongsi...nak mengadu pada korang semua sebenarnya....
SAYA MALAS NAK BUAT TUGASAN!!!! Ada 4 paper tau!

2 aneka pilihan --- saya suka!
1 assignment --- saya tak suka!
1 presentation --- lagi saya tak suka!

Adoi, terpaksalah saya jadi budak sekolah semula dalam 2 minggu ni...Doakan saya ye kawan-kawan!

Saturday, November 13, 2010

Hari terakhir sekolah?

Sebenarnya dah beria menanti hari ini. dah berbulan-bulan lamenye. Kalau students dah beria-ia nak pulang ke rumah masing-masing, Cikgu pun same jugak...dah tepu rasanya dengan kerja-kerja sekolah yang tak berkesudahan.

Mesti korang kate jadi cikgu ni beruntung,kan? Boleh cuti lame2 dengan budak sekolah. Tul tak? betul,kan????
Lenkalilah saya cerita apa yang cikgu rasa pula...InsyaAllah.

Tapi hari ni nak cerita tentang hari terakhir yang tak menjadi....SEBAB, esok sekolah lagi. Walaupun students dah selamat sampai ke rumah. Cikgu still have to work. Sebab banyak laporan yang perlu disiapkan. So, Esoklah hari terakhir persekolahan semester ini......

Akan merindui students form 5 yang akan tamat persekolahan selepas 17 Disember nanti. So, kononnya Hari Jumaat yang mulia ni, berduyun-duyunlah pelajar saya datang memohon maaf, nak periksa lah katakan...I'll miss this moment. Sangat!

Thursday, November 11, 2010

Fuh!! Akhirnya

oh akhirnya siap juga. as usual menanda, menanda dan terus menanda....
stress! penat! tapi kena ikhlaskan hati....
Kalau markahnye macam ni, kan seronok menanda...


Tapi, kalau macam ni?


Cikgu yang sama, kenapa ada budak 8As in PMR leh dapat result cam ni????

Nampaknya, tugas berat menanti saya tahun depan....

Monday, October 18, 2010

K.E.P.E.N.A.T.A.N

Salam,
I'm back...sorry sebab tak sempat nak update yang saya terpaksa meninggalkan JOY selama 4 hari:) Can't wait to update! Actually saya ditugaskan mengiringi my beloved stidents to PERKHEMAHAN PANDU PUTERI MRSM SE-MALAYSIA KE-7 di MRSM Kuala Lipis, Pahang. Oh, all the activities can be summarize in one word which is EXHAUSTED.

Mana tak penat, tunggul kayu pun kene angkat

Betul, sangatlah penat! Of all the activities, my weight is still the same. That is the bad news hahhaha. Oklah JOY, will update bout the camping later. Layan gambar dulu ye:)

lepas Cikgu yang memasak, makan ramai-ramai

Makan ukhuwah ye, coz the students forgot to bring the plates:P

tapi Cikgu mesti makan dalam pinggan

In front of our camp site

On the last day, just before the closing ceremony

Wednesday, October 13, 2010

Annual Dinner 2010

Salam,

siapa punya annual dinner yeh? Anak murid kesayangan saya lah.... [tiap-tiap tahun anak murid kesayangan,kan? apalah cikgu ni...tapi memang, ada ke cikgu yang tak sayang anak murid dia?]

Back to the topic. Anak murid kesayangan saya, this year form 5 students have arrange an annual dinner; their batch annual dinner. Apa yang tak sabarnya, the event cost is almost RM22,000.00. Iyer! dengan vanue design, makan, gooddies and etc...

Tak sabar nak tengok dinner budak2 yang makan RM22,000 ni...[makan-makan kenduri kawen aku pun tak sampai RM20,000.00]

Bukan apa, sbb vanuenya dalam dewan kat sekolah je...main dish is nasi hujan panas je...Rasa cam tak logik sampai cecah RM20,000.00.

Nanti InsyaAllah saya update lagi,ye...

Adakah ala yang ni?
Gambar ihsan sini

atau yang ala-ala macam ni?Gambar ihsan sini

Cikgu tunggu ya, anak-anak...:)