Showing posts with label BOY Jr.. Show all posts
Showing posts with label BOY Jr.. Show all posts

Friday, July 8, 2016

Throwback Raya

Salam Aidilfitri,2

Go through picture Gallery di pagi buta ni, memanglah terbukti yang kami laki bini SR ni (Shah Rizal & Siti Rozila) x gemar capture picture 😱 apart from it, mungkin missing in action bila hp rosak, dah transfer pastu hilang dan bermacam alasan lain lagi

Memang x rasa apa pun...tapi bila kita throwback, rasa hilang satu tahun raye 😂 So di kesempatan yang ada ini, CR nak share mana-mana gambar yang CR jumpa

Selamat Hari Raya, friends


Wednesday, July 6, 2016

1 Syawal 1437 H

Assalamualaikum...

It is the day we celebrate our victory. It is the day we hunt for forgiveness. It is the day we strengten our ukhuwah. It is 1st Syawal.

Happy Eid Fitr to all muslims in the whole wide world. May this Syawal brings us happiness and forgiveness. May this barakah month teaches us to maintain the good deed we have been trying to inculcate.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
Drpd

Shah Rizal Ahmad
Siti Rozila Zainuddin
and family

Friday, October 2, 2015

Anak-anak Amanah Allah

Assalamualaikum,

Sesungguhnya anak-anak adalah rezeki daripada Allah. Daripadanya pintu rezeki kita diluaskan, daripadanya juga kita bakal diberi ujian.

Sesungguhnya anak-anak juga adalah pintu kebahagian... Sejauh mana kita
untuk mencorak mereka menentukan pintu mana yang kita pilih untuk mereka...

Semenjak kehilangan puteri kami, CR mmg amat sensitif dgn hal anak-anak. Trauma, mungkin. Bila terfikir tentabg puteri kami, cepat sahaja hati ini terdetik "Ya Allah, janganlah kau uji kami dengan kehilangan lagi Ya Allah..."

Have a great weekend everybody..


Monday, September 21, 2015

Throwback: Hari Malaysia 2015

Assalamualaikum,

Last Wednesday, 16 September CR and family baru menjejak kaki ke The Shore.  Punyelah dah lama shopping mall ni buka... apa nak buat anak-anak, nasib koranglah dapat ibu yang tak kuasa mengukur keluasan shopping mall apatah lagi merayap window shopping hahahahha

Tapi memikirkan dah lama tak bawa anak-anak bujang saya berjalan and having fun...so, we decided to bring our sons to The Ocenarium at The Shore Malacca.

Situated at the 2nd Floor (easier if we park in the parking lot provided at the 3rd Floor.) opposite Mr DIY shop lot.

  • Entry Fees : Adult RM28, Children 3 - 12 years old RM18
  • you will be given a piece of quiz sheet (I love this interactive kind of quiz)
  • hand over the quiz sheet to front counter - you'll be given a piece of The Ocenarium Key-Chain... we got 3 yeehaaa...
  • At the exit, Amsyar POW me BoboiBoy Mini-Figurine cost RM21.60 (GST included)
  • Total duit bagi pada The Ocenarium - almost RM100
So people...di Hari Malaysia ini... Hargailah keamanan dan keharmonian yang kita perolehi.  No rasicm, compromised each other and spread love to everybody...

Take care.. muahhh





Friday, June 19, 2015

2nd Ramadhan

Alhamdulillah...its been a pleasure and bless to be able to fast. Merasai nikmat itu adalah amat membahagiakan...

Our 2nd Ramadhan merupakan hari pertama Adam bersekolah selepas bercuti hampir 4 minggu kerana demam tonsil-operated (to remove the tonsil)-MC period. And today is the Report Card Giving Day. Alhamdulillah, resultnya amatlah merudum. Tepuk dada CR. TAPI... alhamdulillah atas rezeki Allah. Masih ada ruang untuk kami memperbaiki diri sebagai parents dan Adam sebagai seorang pelajar.

2nd Ramadhan kali ini nak balik ke Muar. Dah lama sangat tak melawat anak syurga CR Aiesya Zaffan...



Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang productive dan jom..jom kita tamak pahala....muah muah...

Friday, June 6, 2014

Cuti Sekolah Saya Part 2

Salam,
Panas-panas ni tambahan pula aktiviti cuti sekolah asyik depan tv jer...so decided to have fun with kids dalam kolam...
Nak korek swimming pool cam orang belakang kat tanah tepi ni idak ler CR. Jadi online shopping jerlah kolam plastic yang agak besar. Selera besar pulak tu hihihi comes with electric pump, 2 water gun n 5 plastic balls. Beli dari Little Hijjaz Wardrobe, boleh cari di fb okeh.
Apa yang penting, masa terisi...anak2 seronok... duit air bulan ni confirm naik hahaahahah
Take care....

Posted via Blogaway

Friday, January 18, 2013

BREASTFEEDING #2 : Kenapa guna Milk Storage Bags

Salam,

Entry kali ni CR nak cerita tentang Milk Storage Bags.  Yeah, mestilah untuk simpan susu [expressed breast milk].  Mmm, actually CR beli Milk Storage Bags ni sebab :


  • dah tahu dah Milk Storage Bottle yang CR ada taklah berapa banyak.  Itupun stock masa membekalkan susu untuk arwah Aiesya dulu.
  • memandangkan memang belum ada intention untuk menambah peti ais lagi; nak beli laaagi besar or tambah satu lagi.  Jadi sangatlah sedar diri yang peti ais kat rumah ni memang has limited space.
  • space saving:) lebih kurang cam kat atas.  Just make sure kene keluarkan air bubbles from the bag before sealing it with double zip-lock provided.  Then, during freezing make sure place it horizontally.
  • beli kat Mama and Baby Fair 2012 at MITC Melaka , so harganya konon-konon murah ler. RM50 for 5 boxes.

baringkan macam ni, ye.
tengoklah, freezer rumah saya memang
selalunya penuh. Sangat perlukan
plastic storage supaya jimat space:)
zoom in sikit ye, leh selit-selit kat celah je

Saturday, November 17, 2012

Boy Jr - Seminggu Umurnye

Salam,

Alhamdulillah... genap seminggu umur anak kedua kami.  Setelah berbincang, kami sepakat menamakan beliau dengan nama Amsyar Zafri bin Shah Rizal bermaksud Yang Cergas KemenanganKu.

Amsyar dilahirkan secara pembedahan pada jam 12.45 tgh hari, 8 November 2012 bersamaan 23 Zulhijjah 1433 Hijrah.  CR ditolak ke operation theater tepat jam 12.30 tgh hari selepas check-up bulanan pada 7 November 2012.  Menurut Dr Ishaireen, uri / placenta CR telah terlampau matang sehingga terdapat pembentukan garam [CR kurang faham].  Namun yang pastinya, uri yang terlampau matang mengurangkan efficiency uri tersebut dalam membekalkan zat makanan dan oxygen kepada bayi.  Selain daripada itu, amniotic fluid CR juga berada pada tahap minimum, orang kata cukup2 je.  Baby weight juga tidak bertambah berbanding check-up seminggu yang lepas.  Justeru, Dr tidak mahu mengambil risiko Dr sarankan CR segera melahirkan BOY Jr kami.

Memanglah hasrat hati ingin bersalin normal, tapi inilah yang terbaik untuk kami.  CR terima dengan redha memandangkan kedudukan bayi masih transverse pada 37 weeks.  Inilah yang terbaik yang Allah tentukan.

Dalam 10 hari ni, Amsyar still have jaundice pada tahap 11mg/dl selepas peningkatan dari 10 mg/dl (Day 5), 11.5 mg/dl (Day 7) dan 13.1 mg/dl (Day 9).  Harapnya check-up pada hari ke 12 nanti menunjukkan penurunan juga.  Semoga Amsyar will have fast recovery...

Dua hero kami; Adam & Amsyar

Sunday, November 11, 2012

Alhamdulillah...Meet my Baby Cenonet

Salam,

Alhamdulillah, CR dah selamat melahirkan baby Boy Jr pada 8 Nov 2012 melalui pembedahan.  Same bulannye dengan kakak Aiesya Zaffan (arwah anak kedua kami).  Baby Boy Jr dilahirkan secara pembedahan atas sebab2 tertentu (akan CR update di entry lain, InsyaAllah).

Semoga Allah mudahkan proses berpantang kali ini:)

Day 1 - born @ 12.45 pm , 2.45kg @ 37 weeks

Day 2 - tido je kejenye

Sunday, November 4, 2012

My Buchuk Abg Adam


Salam,

@36w. Abg Adam pun semakin lah manja n quite emosional. Sikit je dah terasa. Hehehe tapi makin pandai bwk diri. Very proud of you my baby boo...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 4, 2012

@32 weeks

Salam,

Usia kandungan dah menginjak ke 32 minggu.  CR hanya nak update apa yang telah dan akan berlaku pada CR sepanjang tempoh hamil kali ini.
  • Setiap bulan check-up di Klinik Ibu Anak bermula dari usia kandungan 8 minggu
  • Memulakan check-up di Klinik Pakar Sakit Puan Hospital Putra Melaka [Dr Ishaireen Dalib] semenjak sebelum hamil lagi [lihat entry ini]
14 W - 20 W
  • Hb jatuh ke 9.8 
  • Jalani ulangan Ujian Blood Count -Keputusan 10.4 
  • Mula consume Iberet Folic
  • Hb naik sedikit ke 11.3, Alhamdulillah
25 W -26 W
  • Alhamdulillah, dapat berpuasa cukup sebulan
  • Jalani Maternity Glucose Tolerance Test 
  • reading before 4.3 after 7.3
  • need to repeat the test at 32 W
  • Weight gained is 2.2 kg/month [exceed the limit by 0.2 kg]
  • need to have biweekly Blood Pressure check-up 5 times [in 2 weeks time]
27 W
  • Mula buat checklist baby
28 W
  • need to get the betamethasone injection at Putra Hospital Melaka 2 dose/24 hours
  • because have history of premature baby
  • the betamethasone is to develop the baby lungs
  • alhamdulillah, tak sakit macam dexamethasone dulu.
30 W - 32 W
  • Siap jahit barut, burp-cloth
  • Basuh baju baby Adam, beli sikit tambahan baju for baby
  • Mula kumpul Cloth Diapers
  • Attend the antenatal and Breastfeeding Class held by Hopital Putra Melaka
  • Alhamdulillah, uri dah ke ataskepala bay pun dah turun ke bawah
  • baby growth is normal, Estimate Fetus Weight is 1.739 kg
  • Jalani Maternity Glucose Tolerance Test again
  • reading before  after 
33 W - 36 W
[To Do List]
  • siapkan hantaran Apis
  • Masukkan barang baby and Ibu ke hospital
  • siapkan gunting kain & jahit bantal, bolster beserta sarungnya plus sarung tilam
  • beli matress cover
37 W - 40 W
[To Do List]
  • lengkapkan kelengkapan baby [toiletteris, wet wipes, nappy liners]
  • assemble cot, jemur matress
  • 10th/11 Nikah Apis-Nadia
  • 13th/11 Majlis Resepsi Nadia
  • 24th/11 Majlis Resepsi Apis
  • 29th/11 Expected Due Date

Oh Allah, permudahkanlah segala urusan ku..Amin:)
Pray for me too lovelies:) Take care.