Alhamdulillah... genap seminggu umur anak kedua kami. Setelah berbincang, kami sepakat menamakan beliau dengan nama Amsyar Zafri bin Shah Rizal bermaksud Yang Cergas KemenanganKu.
Amsyar dilahirkan secara pembedahan pada jam 12.45 tgh hari, 8 November 2012 bersamaan 23 Zulhijjah 1433 Hijrah. CR ditolak ke operation theater tepat jam 12.30 tgh hari selepas check-up bulanan pada 7 November 2012. Menurut Dr Ishaireen, uri / placenta CR telah terlampau matang sehingga terdapat pembentukan garam [CR kurang faham]. Namun yang pastinya, uri yang terlampau matang mengurangkan efficiency uri tersebut dalam membekalkan zat makanan dan oxygen kepada bayi. Selain daripada itu, amniotic fluid CR juga berada pada tahap minimum, orang kata cukup2 je. Baby weight juga tidak bertambah berbanding check-up seminggu yang lepas. Justeru, Dr tidak mahu mengambil risiko Dr sarankan CR segera melahirkan BOY Jr kami.
Memanglah hasrat hati ingin bersalin normal, tapi inilah yang terbaik untuk kami. CR terima dengan redha memandangkan kedudukan bayi masih transverse pada 37 weeks. Inilah yang terbaik yang Allah tentukan.
Dalam 10 hari ni, Amsyar still have jaundice pada tahap 11mg/dl selepas peningkatan dari 10 mg/dl (Day 5), 11.5 mg/dl (Day 7) dan 13.1 mg/dl (Day 9). Harapnya check-up pada hari ke 12 nanti menunjukkan penurunan juga. Semoga Amsyar will have fast recovery...
Dua hero kami; Adam & Amsyar |
No comments:
Post a Comment