Showing posts with label My Girl. Show all posts
Showing posts with label My Girl. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

3 tahun yang lalu

Lilypie Third Birthday tickers
22 Nov 2012
Hari ini tiga tahun yang lalu, tepat jam 5.00 pm puteri kami Aiesya Zaffan telah dilahirkan di Hospital Batu Pahat melalui kaedah pembedahan.  Melihat ke dalam mata Amsyar semasa menyusu, mengimbas kenangan bersama Aiesya 3 tahun yang lalu.

Ya, ternyata Ibu sangat merindui Aiesya walaupun dalam diam.  Ibu mengaku kehilangan yang pernah kami rasai tidak akan pernah surut walau apa juga yang berlaku.  Begitu juga kerinduan dan keinginan untuk bersama.  Namun apalah daya Ibu,nak.  Aiesya ditakdirkan untuk dipinjamkan kepada ibu hanya untuk 57 hari sahaja.  Walaupun begitu, ibu sangat hargai waktu kita bersama selama 31 minggu 6 hari iaitu semasa Aiesya masih dalam kandungan Ibu.

Selamat Hari Lahir anakku.  Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu dan ditempatkanNya di kalangan roh orang yang dikasihiNya. 

Al-Fatihah.

Tuesday, July 10, 2012

Doa Adam


Salam,

"Sesungguhnya DOA adalah senjata orang mukmin."

Bagi CR ini mungkin hanya cara supaya Adam sentiasa ingat adiknya; Aiesya.  Ya, Adam tak pernah ada memori bersama Aiesya, maklumlah hidup Aiesya yang selama 57 hari hanya dihabiskan di NICU Hospital Batu Pahat,Johor.  Jadi, CR sangat berharap suapaya doa yang kami sama-sama amalkan ini menghubungkan adik-beradik ini....

Almost setiap hari sebelum tido, selepas membaca al-fatihah dan doa tidur, Adam dengan sendiri akan berdoa 

"Ya Allah, rahmati Adam, Ibu, Ayah, Adik Aiesya dan Baby dunia akhirat"

[Doa tu kami baru tambah dengan kehadiran rezeki yang masih di alam rahim, Alhamdulillah]

Amin....

Friday, January 7, 2011

Hari yang SENDU

Ada tak hari yang SENDU dalam hidup korang?

Hari ni 7 Januari, memang hari yang penuh SENDU. Pagi-pagi yang hening dengan hujan yang renyai-renyai memang menambah keSENDUan. Tambah pulak Hot FM radio penghangat ni memainkan lagu yang penuh nostalgic buat CR. Lagu PERGI by Aizat... Sungguh-sungguh CR memang keSENDUan. Meleleh-leleh air mata.

Kenapa hari ni SENDU sangat? Sebenarnya pada tarikh ini, CR kehilangan AIESYA. Genap sudah setahun CR kehilangan dia. Rindu rasanya, tak tercerita. CR tahu... entry seumpama ini dah banyak kali. klise bak kata wartawan-wartawan kat Malaysia ni. Tapi apakan daya, itulah yang CR rasakan. CR cuba untuk menukar haluan entry ini supaya tidak menyebabkan mana-mana pembaca mengalirkan air mata. Mungkin lebih santai...

CR yakin, AIESYA akan sabar tunggu CR di sana, sebagaimana CR cuba bersabar dengan dugaan ini. CR pun yakinkan naluri keibuan ini bahawa AIESYA memang ditempat yang sangat membahagiakan dia. Allah pasti memberi kegembiraan padanya....

AIESYA, Ibu takkan pernah melupakan Aiesya kerana tempat yang Aiesya tinggalkan tetap ada nama Aiesya.... Semoga Allah satukan kita sekeluarga satu masa nanti...Amin.
Al-Fatihah buat puteri Ibu....

Monday, January 3, 2011

Kami bersama

Pernah tak korang ada gambar yang korang suka? As for me, inilah gambar yang saya paling sayang....mesti yang kata CR ni tak de taste betul. Bukan sebab kecantikan dan keunikan gambar, tetapi its sentimental value. Sebenarnya dalam gambar ni menyatukan kami sekeluarga. CR, Hubby, cheecky Adam dan yang sangata dirindui arwah Aiesya [x nampak,kan? sebab memang tak pernah ada gambar Aiesya bersama kami melainkan yang dalam perut ni lah] That is why this picture is so meaningful to me...

Apa yang CR ada adalah bunyi CTG Aiesya subuh sehari sebelum CR melahirkan Aiesya... Itu sahaja. Jumaat ini genaplah setahun anak perempuan yang kami nantikan meninggalkan kami. Al-fatihah buat yang sangat dirindui Aiesya Zaffan binti Shah Rizal

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

salam kerinduan buat anak Ibu; Aiesya Zaffan.

Salam Maal Hijrah Ibu ucapkan. Ibu menulis untuk mengurangkan rasa rindu... Alhamdulillah, Ibu dapat meluangkan masa melawat pusara Aiesya di hari yang mulia ini. Sepi dan hening keadaannya.

Anak Ibu,
kenapa kita meraikan awal muharam? 1 muharam merupakan detik pertama Hijrah umat Islam ke Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w. Rasulullah melaksanakan hijrah untuk memastikan syiar Islam terus berkembang.

Sempena 1 Muharram 1432H ini kita disarankan melaksanakan hijrah dalam pelbagai bentuk,nak. Bagi Ibu, Ibu berazam untuk mengawal Abang Adam dengan lebih baik. Semenjak Abang Adam masuk taska ni, perangai Abang Adam agak berubah dengan drastik. Maklumlah, mula dapat kawan... Ada perkara baik dan yang tak berapa baik yang Abang Adam absorb... Semoga Ibu dapat mendidik Abang Adam dengan cara yang betul, Insyaallah...

Aiesya sayang,
tak lama lagi tahun 2011 bakal menjelang. Ibu takut nak menghadapai 7 Januari sekali lagi... Semoga Allah berikan Ibu kekuatan dan ketabahan,nak.

Salam Maal Hijrah daripada Ibu...
InsyaAllah Ibu akan menulis lagi walaupun Ibu tahu warkah ini hanya kekal di sini....

Al-fatihah buat Aiesya Zaffan binti Shah Rizal

Monday, November 22, 2010

Kalaulah Aiesya...: Setahun sudah

Assalamualaikum anak Ibu,

Apa khabar anak Ibu yang sangat Ibu rindu. Tak tertanggung rasa rindu ini kalau bukan kerana sabar...

Aiesya, Ibu yakin Aiesya sekarang mesti bergembira dengan kawan-kawan Aiesya di sana. Aiesya mesti tengah belajar bertatih, mulut Aiesya mesti dah dapat mengucapkan beberapa patah perkataan, gelak tawa Aiesya mesti dah galak kedengaran dan senyuman Aiesya mesti semanis senyuman abang Adam. Alhamdulillah... walaupun Ibu hanya berimaginasi, tapi Ibu yakin janji Allah itu benar bahawa pemergian Aiesya adalah yang terbaik buat kita semua, walaupun terbaik itu amat menyakitkan,nak....

Aiesya sayang,
Ibu, Ayah dan Abang Adam sentiasa bercakap tentang Aiesya. Abang Adam cakap nak kumpul duit banyak-banyak sebab nak beli kapal terbang. Abang Adam kata sebab Adik Aiesya dia ada dekat bintang... Wahai anak Ibu, walaupun kami takkan dapat jumpa Aiesya selagi hayat dikandung badan, kalau ada kemungkinan, Aiesya datanglah melawat kami,nak...

Mungkin Ibu, Ayah dan Abang Adam tak dapat nampak Aiesya, tapi datang lah jenguk kami...

Aiesya kehidupan Ibu,
ketahuilah nak, bahawa Aiesya tetap hidup dalam hati Ibu. Tiada apa yang dapat menggantikan empty space yang Aiesya tinggalkan dalam hati Ibu. Ia tetap milik Aiesya. Ibu sentiasa berdoa, nak semoga kita akan dipertemukan... mungkin bukan di dunia ini, tapi di akhirat kelak... Ibu mohon, Aiesya juga berdoa yang sama juga kerana Ibu yakin doa Aiesya doa yang makbul.

Aiesya,
Ketahuilah nak, pada tanggal 22 November 2009, pukul 4.25pm, Ibu telah melahirkan Aiesya melalui ceaserean method di Hospital Batu Pahat selepas Ibu dipindahkan dari Hospital Melaka. Dan pada tanggal 22 November 2010 ini Ibu bukan meraikan ulangtahun kelahiran Aiesya yang pertama, tetapi merintih dan menangis bila Ibu tahun ini keseorangan tanpa Aiesya. Maafkan Ibu kalau Ibu menangis, maafkan Ibu kalau Ibu merintih, maafkan Ibu nak bila Ibu tak mampu untuk tersenyum seikhlas hati Ibu... bukan Ibu tak sayang, bukan Ibu tak suka... tapi hati Ibu tak mampu nak menghadapi hari ini.

Aiesya,
Ibu tak mampu untuk menulis panjang lagi, Ibu tak mampu menakung air mata Ibu lagi, Ibu tak mampu nak menahan tangis Ibu lagi....maafkan Ibu,nak.

Dihari yang bersejarah buat Ibu ini, Ibu teringin mengucup dahi Aiesya, Ibu teringin mendakap tubuh Aiesya, Ibu teringin mengusap ubun-ubun Aiesya, tapi apakan daya Ibu,nak....

Selamat Hari Lahir buat puteriku Aiesya Zaffan; semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah swt.

Sunday, November 7, 2010

Afiq Rafiqi bin Suffian

Pandanganmu
Menggamit kisah
Suka dan duka

Pandanganmu
Seolah memberi erti
Setulus salam dari yang dirindui

Pandanganmu sayang
tulus dan menenangkan
harummu mengasyikkan

Membesarlah sayang
Dengan sihat dan sejahtera
Sebagai pengubat duka
Di hatiku yang ditinggalkan....


Afiq adalah anak buah saya yang dilahirkan sehari selepas pemergian Aiesya. Maafkan Mak Long kerana memandang Afiq menghibakan hati Mak Long. Kerana luka ditinggalkan masih ada parutnya.

Thursday, October 7, 2010

Botol susu adik aiesya

semenjak dua menjak ni, Adam semakin petah berkata-kata. Memang suara dia je mengomel. Saya suka dengar Adam mengomel. Children don't know how to lie. They always tell the truth.

Namun, kadang-kala kebenaran itu sangat menyakitkan.

He opens one of the kitchen cabinet drawer and found bottles that I used to store late Aiesya's milk. And suddenly he said " Dah lame adik Aiesya tak minum susu,kan Ibu? Ibu si mpan susu adik Aiesya dalam ni,kan?"

And the mother just look at him with her eyes stagnant with tears....

"Ya Allah, please give us another Aiesya, eventhough she is not Aiesya Zaffan...."

Saturday, September 18, 2010

Jom Raya & Kenangan

Salam,

Just want to update my life without my Mr Lappy....wah! sunyi terasa...seriously, I cant deny the feelings... rasa cam tak keruan...hehehhe macam kene tinggal kekasih pulak ye...
Apa boleh buat, kata zaman technology, dunia di hujung jari, tul tak?
Nasib baiklah, En Shah saya sudi pinjamkan laptopnya...sayang cik abang saya..:)

oh ye, di kesempatan ini, saya nak cerita tentang kunjungan raya kami ke Kluang. Alhamdulillah lepas almost 4 years married to Mr Shah Rizal Ahmad, dapat juga mengunjungi Makcik yang tinggalnya tak de lah jauh mana...Bayangkan anak dah 2, baru nak menziarah. Bukan tak mahu, kurang berkesempatan.

Alhamdulillah dapat juga sampai ke rumah Mak Uteh di Taman Sri Kluang, Kluang. Juga ke rumah Mak Yam dan Mak Kiah di Simpang Renggam. Tq for the treats..

On the way back, sempat juga kami singgah ke Batu Pahat, Taman Soga. Ingat lagi sahabat yang saya ceritakan semasa bersalinkan Aiesya? Kami singgah di rumah Iza yang terletak berhampiran Hospital Batu Pahat. Sunyi dan jauh rasanya bila singgah di Masjid Daerah Batu Pahat; tempat Aiesya disembahyangkan....terkenang saat saya memangku jenazah sementara suami solat maghrib. Saya bacakan Yasin dan saya bermonolog dengan jenazah Aiesya. Ya! di hadapan masjid ini....rasanya seperti semalam saja......

Al-Fatihah for Aiesya Zaffan bt Shah Rizal

Saturday, September 11, 2010

Salam Lebaran kepada Aiesya

Salam Anakku Aiesya Zaffan,

Maafkan Ibu kerana lambat utuskan berita. Ibu pasti Aiesya tahu semuanya, walaupun ini semua tidak penting bagi Aiesya lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI anakku sayang. Ibu pasti Aiesya merayakannya dengan lebih meriah dan gembira di sana. bagi Ibu di sini, Alhamdulillah... raya kali ini Ibu lalui dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Bukan selama ni Ibu tidak bersyukur tapi kali ini dengan lebih kesyukuran. Alhamdulillah sekali lagi, anakku.... Pagi raya Ibu dan Ayah sangat syahdu. Dengan diiringi takbir "Allahu Akbar" beserta hari mendung yang penuh sayu, Ibu dan Ayah mulakan Hari Raya tahun ini dengan melawat pusara Aisya, sayang. Syahdu betul rasa hati Ibu. Dari jauh Ibu lihat Aiesya setia menanti. Walaupun hanyalah tinggal 2 nisan sahaja.... Rasanya seperti menghantar jenazah Aiesya sekali lagi, sayang.

Maafkan Ibu kerana menangis di pagi mulia di pusara Aiesya. Seawal jam 7.00 am dah ramai rupanya berada di perkuburan,kan? Mujurlah Tanah perkuburan belum sesak. Ibu dan ayah bacakan surah Yasin seperti biasa dan doa yang tak putus-putus kami utuskan untukmu,nak... Namun, kesyahduan itu tak dapat Ibu bendung sampai air mata Ibu berjujuran tak henti-henti. Rasanya waktu mengebumikan Aiesya pun tak sebanyak ini tangisan Ibu...

"Maafkan Ibu, nak...Ibu terasa rindu dan jauh sangat dengan Aiesya"


Seterusnya pagi yang mulia diteruskan dengan solat Aidilfitri. Ibu kempunan nak solat sunat, maklumlah Abang Adam masih perlu disiapkan. Siapa lagi nak jaga rumah, kan sayang?
Selepas itu barulah Ibu dan ayah bermaaf-maafan dengan Tok Mad, Tok Limah, Mak Su dan Pakcik Suki. Rafiki and the family tak sempat datang sebab penat berjual kuih raya pada malam raya.... Ibu rasa kekosongan, sayang... Kalau Aiesya ada, mesti Aiesya dah pandai bertatih...macam anak Pakcik Nor sepupu Ayah tu....Entahlah sayang. Inilah ujian Ibu dan Ibu harus ikhlas sepenuh hati....

Sejahtera dan amanlah Aiesya di sana. Al-Fatihah. Amin

on 10th September 2010

Sunday, July 25, 2010

macam baru semalam je....


Salam,

Ramadhan akan tiba tak berapa lama je lagi. Rasa terlalu pantas masa berlalu. Tahun lepas, masa ni, saya masih bersama Aiesya...

Sebenarnya, keadaan kandungan saya mula menunjukkan unhealthy period semasa bulan Ramadhan tahun lepas. Namun, saya yakin dengan keajaiban Ramadhan, kandungan saya disahkan stabil walaupun discharge sentiasa keluar.... Menjelang hari raya pertama, darah mula keluar..... dan seterusnya cerita sedih saya bermula....

Kini hampir setahun semuanya berlaku. Yang tinggal hanya parut kesedihan dan tangisan yang rasanya masih belum berkesudahan. Yang tinggal juga hanyalah nisan yang kecil yang sentiasa setia menanti ketibaan saya. Aiesya, Ibu rindu......

dan keheningan malam seakan mengerti hati Ibu yang sayu....

Tuesday, June 15, 2010

Tiba-tiba...

Salam,

Sudah agak lama saya tidak blogging tentang Aiesya,
suddenly tonight saya rasa sangat rindu...I do everything to keep me busy...
and at last...I still remember her...
Oh Aiesya...dah 2 minggu ibu tak jenguk Aiesya sayang...bukan ibu lupa, tapi ada kewajipan yang perlu ibu laksanakan...
I miss you..I miss you so much....

Ibu syukur, ibu still ada abg Adam...Adam still remember his sis, he said that his sis name is Aiesya and Aiesya has gone to stars....
Aiesya, semoga kita sekeluarga akan bersatu juga satu hari nanti,sayang...
Salam rejab daripada Ibu....

Monday, April 19, 2010

100th entry..:)

Salam...

Happy writing the 100th entry to me...hehehhe
Actually banyak benda yang nak saya update...but I need time...
Macam-macam berlaku pada saya hujung minggu lepas. To make it simple and easy to understand, saya akan ceritakan satu persatu secara surface je ye...:)
Happy reading ya...

On 17th April, its the 100th day Aiesya left us. an for that, I am very grateful for all the strength that Allah has gave me. Thank you Allah for your love and calmness. Again and again Ibu hope and pray so that Aiesya will be placed among the loved one. Amin and Al-Fatihah.

This weekend, kami dah pergi menempah kepuk dan batu nisan buat puteri kami. Yelah kalau ada anaknye, kita belikan baju dan macam-macam lagi, tapi untuk yang telah pergi, hanya inilah yang dapat diberikan selain doa dan sedeqah semoga arwah mendapat pahalanya. Nanti saya akan lampirkan dalam blog ya. Kami pilih batu berwarna hijau supaya sejuk mata memandang. Sayu hati Ibu berziarah kali ini kerana terasa jauh dari anak ibu....itulah yang mampu Ibu katakan. Selain daripada rasa sayu, Ibu turut rasakan ada something happy menanti Ibu. Ibu tak tahu, dalam 2-3 hari ni Ibu sering terasa ada sesuatu yang menggembirakan menanti Ibu. Ibu redha....harap dan berdoa semoga ia benar-benar menggembirakan, Insyaallah.

Weekend ini juga saya nak memperkenalkan anak buah saya yang lahir sehari selepas Aiesya meninggalkan saya. Dialah Afiq Rafiqi. Anak ketiga kepada Suffian dan Ita; adik ipar saya. Terpandangkan Rafiqi saya selalu minta dia kirimkan salam saya kepada Aiesya...Ini mungkin tahyul dan anggapan saya seorang Ibu yang sunyi...Tapi saya tahu Aiesya sentiasa tahu yang saya sayangkan dia.

Back to Rafiqi, dia telah diakikahkan on Sundays. Besar dah anak bujang Mak Long. Semoga Rafiqi menjadi anak yang soleh, Amin.



Baby Afiq [bak kata Adam on the Akikah Kenduri Day]


Oh, lupa nak update...yang Khamis lepas kami ke rumah Kak Anne, my best Kakak yang saya temui di Hospital Melaka. Ya, usia persahabatan kami dah mencapai 6 bulan...Alhamdulillah kak Anne. Haa..kak Anne belanja kami makan di rumahnya. Seeronok sangat coz berkesempatan to see baby Fariz, and Aisyah [anak kepada kak Yati-juga roommate semasa di hospital Melaka] Kalau Aiesya ada, mesti Aiesya secomel dan dah besar macam mereka...Anak-anak, doakan Auntie Ila ye...semoga kalian membesar jadi insan yang berguna dan berbakti kepada orang tua, Amin....

ok, update yang terakhir untuk entry kali ini adalah TERCABAR. Ya, saya sangat rasa tercabar hari ini. Seperit cabaran mendaki Gunung Kinabalu, seperti itu jugalah cabaran yang saya rasakan. Saya berjanji, saya akan berusaha memastikan pelajar ini terutamanya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010. Itu janji saya. Tak perlulah saya cerita, ya..ada batas-batas yang perlu saya jaga.

Gambar dipinjam dari flikr saudara ini...saya pinjam,yer...

Daa..tq for reading the longest entry in Joy ever...:)
Take care

Thursday, April 15, 2010

Zoo Bukit Katil???

Salam,

Terkejut tak? Since when bukit katil ni dah ada Zoo? Zoo kat kawasan perumahan pulak tu...That's Adam's Zoo hehehhehe

Segala binatang lah ada, wild animals, Aquatic animals even dinosaur is one of the animal kept in Adam's Zoo...hehehhe
Adoilah Adam, penat tau Ibu mengemas binatang-binatang ni semua....Tapi its good for the children to learn the name of animals, better than just looking at the pictures in the book.

Bak fakta yang pernah ibu baca

KITA BELAJAR DENGAN LEBIH BAIK JIKA KITA DENGAR, LIHAT, TULIS, SENTUH DAN AJARKANNYA KEMBALI.

Now, he recognize tiger, cheetah [leopard actually], aiphant [adam pelat nak sebut elephant], zebghah [zebra], mr hippo, mr rhino [nick names heehe], king kong [hahah bahana KIng KOng Movie], bear, ong gedek [frog], lion, giraffe bla bla bla....

At least, Adam hear the names, look at the pictures, touch the replicas, and keep repeating the names... more effective way to learn, huh???


Daa...take care.

pssst: Last sunday, Aiesya turns 5 months if she is still here.....Al-Fatihah...

Wednesday, April 7, 2010

Seems like yesterday...

Salam,

entry ini adalah luahan perasaan saya, jadi kalau sesiapa rasa saya mengada-ngada...rasanya tak perlulah terus membaca...:)

hari ini dah 3 bulan Aiesya meninggalkan saya. Saya mengaku, saya agak leka kebelakangan ini dengan kerja-kerja yang saya cari sehingga saya percaya saya telah dapat menyesuaikan diri dengan ketiadaan baby saya. Tapi rupanya saya salah. Secara tiba-tiba malam tadi hati saya sayu sangat, dan tak dapat menahan diri daripada menitiskan air mata. Boleh dikatakan hari ini adalah hari air mata saya.....

Dalam kereta pun dah tak de siapa buat lawak nak menghiburkan saya [sbb dj kat era dah tak menghangatkan pagi saya] Sepanjang jalan, saya pilu seorang diri...saya tahu, anak saya bahagia di SANA, saya tahu ini yang terbaik untuk kami, tapi kenapa saya sayu???

Aiesya anak Ibu,
Percayalah Ibu takkan pernah dapat melupakan Aiesya. Aiesya ada dalam diri Ibu. Bila Ibu rindukan Aiesya, Ibu usap kepala Ibu macam Ibu selalu usap kepala Aiesya....Itu saja Ibu mampu lakukan.
Ibu tak pernah lupa sedeqahkan Al-Fatihah untuk Aiesya dan mendoakan semoga Aiesya ditempatkan di tempat orang yang istimewa di sisi Allah....Semoga Allah akan pertemukan Ibu dan Aiesya di akhirat kelak....Amin...

Sunday, February 28, 2010

Kali Pertama...

Salam Joy,

Salam Maulidur Rasul pertama kalinya. Entry kali ini aku ingin berkongsi apa yang berlaku sepanjang weekend ini yang relevant with KALI PERTAMA.Last friday, pertama kalinya...diulangi pertama kalinya kami berjoging semenjak berkahwin...ish ish ish...tak sihat sungguh ayah and ibu ni...
sronok sangat sbb dapat keluarkan peluh, Adam pun happy and enjoy the activity. Kami juga sempat singgah di Kg Buku [yang dikatakan PERTAMA seumpamanya di Maalysia, kelima di Asia dan ke-33 di dunia] Nice place. but children section tak berapa banyak buku lah...yang paling best, we can bring our child together, even he or she is a baby...wow...

Petangnya kami berkesempatan menziarahi Batu Pahat. Pertama kali selepas Arwah Aiesya meninggalkan kami. Menyoroti kembali kenangan menziarahi Aiesya, sangat menggembirakan, seakan-akan anak kami masih berada menunggu kami di sana. Namun, kami harus terima hakikat yang bayi kami telah tiada....
Namun, aku tetap gembira berjumpa dengan Dr Azaliah [Dr yang merawat Aiesya]. Gembira juga dapat masuk untuk kali terakhir [may be] ke NICU aka SCN di Hospital Batu Pahat. Tak perlulah rasanya aku kongsikan tujuan kami ke sana. Cukuplah sekadar aku katakan sebagai melawat. Alhamdulillah, dapat juga kami laksanakan niat kami itu. Alhamdulillah juga kerana Allah mengizinkan.Perkarangan Jabatan Forensik - Rumah Mayat
[Aiesya dimandikan dan dikafankan di sini]


Esoknya hari Sabtu, hari yang sangat menggembirakan. Adam bangun awal and he insist nak ikut kami. Jadi buat pertama kalinya kami bawa Adam menziarahi pusara Adiknya. Alhamdulillah Adam setia menunggu kami membacakan Yaasin untuk arwah.
Anak-anak kami


Ayah & Ibu : Adik Aiesya dah pergi jauh, ni rumah baru adik Aiesya. Bagi salam untuk adik Aiesya
Adam : Ikum (adam masih belum dapat
memberi salam dengan penuh). Rumah Adik Aiesya jauh, eh?
Ayah & Ibu : haah. Bacakan doa untuk Adik Aiesya, ye. Semoga Allah rahmati Adik Aiesya.
Adam hanya mengikut sambil memandang kami.

Alhamdulillah, harapnya kami dapat membawa Adam ke pusara Aiesya dengan lebih kerap. Doaku semoga apabila kami telah tiada kelak, Adam masih setia mengunjungi pusara kami dan menyedekahkan doa buat roh kami. Amin....


Daa, take care

Sunday, February 7, 2010

Hari ini 7 Feb

Salam Joy,

Hari ini 7 Feb. Genap sebulan Aiesya Zaffan meninggalkan kami di dunia; medan perjuangan untuk hamba Allah. Seperti minggu-minggu yang sudah, aku masih meneruskan rutin mengunjungi pusara puteri ku. Masih kuat semangat ini untuk terus berkunjung ke sana. Mungkin orang akan berkata, aku membuang masa, biarlah...aku yang mengandungkannya, aku yang melahirkannya dengan susah payah, aku juga yang menanggung rindu ditinggalkannya. Biarlah....aku redha, Ya Allah...tak pernah sekali aku menyesal, sentiasa ku pohon dalam solatku agar Allah menganugerahkan kekuatan menempuhi dugaan ini. Alhamdulillah....

Tapi, hari ni aku agak terasa dengan Shah. Benarlah kata orang, luka di hati mereka cepat sembuh. Shah meminta agar kami tidak lagi melawat ke pusara Aiesya sekerap sekarang. Maafkan saya awak...saya masih belum mampu...berikan saya sedikit masa lagi. Luka c-sect ni pun masih terasa ngilunya. Susu pun masih mengalir, tidak secepat ini untuk meninggalkan Aiesya.

Ya, bukannya aku jumpa Aiesya di pusaranya. Tapi cukuplah melihat pusara anakku itu, buat aku rasa aku dekat dengannya...Maafkan saya,awak.

Take care.

Wednesday, January 27, 2010

Rindu...

Salam Joy,

Aku tak tau macam mana nak mulakan entry ni. Lalu, this entry is posponed for about 3 days. Memang 3-4 hari ni, rasa rindu pada Aiesya sangat-sangat dirasakan. Lagi-lagi masa nak tidur. May be sebab I'm sleeping alone. Maklumlah, 2-3 minggu nih kami bergilir-gilir kene sakit mata, terpaksalah mengasingkan tempat tidur.

Balik pada tajuk, rasa macam Aiesya panggil aku jer. Memang setiap kali teringat aku akan cuba sedekahkan Al-Fatihah. Adakah sebab aku tak tunaikan janji pada Aiesya lagi?

Memang aku berjanji nak Aqiqahkan Aiesya walaupun umurnya tak panjang. Tapi, aku bercadang untuk jalankan aqiqah melalui TM, sebab ibadah aqiqah tu akan dijalankan di kawasan orang yang memerlukan such as Kemboja, Bangladesh dan negara islam yang miskin. "Aiesya, Ibu tak pernah lupa janji ibu. Sabar ye, sayang."

mmm...sampai hari ni aku masih mengepam susu untuk Adam. Sebenarnya aku memang nak susu ni sentiasa ada walaupun dah berkurangan. With this activity, I feel so close to Aiesya. Aku terlalu ikutkan perasaan ke?

Blurrrr....can't write anymore...daaa take care.


Thursday, January 14, 2010

Genap Seminggu

Salam Joy,

Hari ni hari Khamis. Genaplah seminggu pemergian Aiesya.

Alhamdulillah, telah 2 hari aku mula bekerja kembali. Jadi most of my time adalah di sekolah. Kawan-kawan dan kakak-kakak banyak membuatkan aku lupa tentang ujian yang kami lalui....aku mula belajar akan kehilangan ini dan try to think at the bright side. Aku mengaku 70% aku berjaya. Namun, bila pulang ke rumah, sunyinya sangat-sangat terasa. Aku masih tidur bersama kain batik yang digunakan untuk membalut Aiesya. Maafkan aku, aku masih merindui anak aku. Hanya kain batik ini sahaja yang aku ada. InsyaAllah, as time goes by, aku akan cuba membuang tabiat ini.

Alhamdulillah juga, Shah telah berjumpa dengan bilal Masjid Kg Tun Razak berhampiran rumah kami dan beliau sudi membantu mengadakan tahlil untuk arwah Aiesya. Lagipun, hari ini malam Jumaat. Kami tidak mampu untuk mengadakannya di rumah. Bukan sebab kewangan, tapi urusannya.

Setelah 7 hari, Adam semakin kurang bertanya tentang adiknya. Budak-budak, ingatannya lebih kepada apa yang selalu berlaku. Namun, bila melihat baby [jika kami keluar] pasti Adam akan tunjuk dan menyebut adik Aiesyanya. Sedangkan Adam yang hanya sekali melihat Aiesya pun masih teringatkannya, apatah lagi aku yang mengandungkan dan berkongsi segalanya dengan Aiesya.....tapi, hidup perlu diteruskan. Aku mesti kuat, I don't want this situation to affect Adam. He deserves full attention.

"Anak Ibu, semoga Aiesya aman di sana. Ibu doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Aiesya. Ibu doakan kita sekeluarga akan dikumpulkan di hari akhirat kelak. Ibu doakan Aiesya akan mengenali Ibu nanti, InsyaAllah.....Amanlah di sana"


Monday, January 11, 2010

Menguruskan Jenazah Anak Kecil

Salam Joy,

Berdasarkan entry ini , aku telah berjanji akan menulis how was the flow during pengurusan Jenazah Aiesya.

Selepas Aiesya disahkan meninggal dunia, kami diberi masa bersama jasad Aiesya sementara nurse datang untuk membersihkan jasad bayiku dari segala macam wires and tubes. [Untuk pengetahuan, Aiesya merupakan bayi pramatang kami yang dilahirkan selepas berada hanya 31 minggu dalam rahim Ibu. Jadi Aiesya needs breathing support, medicine and so on from the Dr. Aiesya juga meninggal dunia akibat chronic respiratory distress syndrome - kegagalan peparu untuk menyerap oksigen].

Ibu usap ubun-ubun Aiesya yang sudah tidak bernyawa sambil berusaha sedaya upaya untuk bersabar. Ye, Ibu mengaku Ibu menangis....Ibu tidak sekuat mana, namun Ibu cuba untuk mengawal tangisan dan perasaan Ibu supaya Aiesya yang telah pergi takkan ralat melihat keadaan Ibu. Berkali-kali Ibu ucapkan "Allahu Akhbar" supaya Ibu lebih kuat menghadapi jasad bayi Ibu yang pernah berkongsi segalanya dalam rahim Ibu.

Selepas jasad Aiesya siap dibersihkan, Aiesya dibaluti dengan kain hospital dan kain batik yang Ibu bawa. Ibu mohon untuk memangku jasad Aiesya buat kali pertama dan terakhir. Badan Aiesya yang lembut Ibu pegang berhati-hati kerana bimbang Aiesya merasa sakit...kerana apa yang ibu tahu bila jasad bercerai dengan nyawa sakitnya bagai ditusuk 1000 bilah pedang. Ibu berdoa, agar insan sekecil dan sesuci Aiesya tidak melalui sakaratul maut yang menyakitkan. Untuk pengetahuan, mata Aiesya tidak tertutup rapat, jadi Ibu urut dan usap perlahan-lahan.

Sementara pihak NICU menyediakan surat-surat berkaitan, Ibu dan ayah diberi masa bersendirian di dalam bilik Aiesya. Kami memaklumkan kepada Iza [insan juga nurse yang menganggap kami saudara walaupun hanya mengenali Ibu semasa Ibu melahirkan Aiesya di Hospital Bt Pahat] dan beliau bergegas datang ke NICU. Apabila Iza peluk Ibu, air mata Ibu mengalir laju sambil tangan Ibu masih mengusap wajah Aiesya.

Alhamdulillah....hampir kesemua urusan kami dipermudahkan. Kami dihubungkan ke bilik mayat untuk urusan pengkafanan Aiesya. Ayah takut Ibu tak mampu menghadapi situasi ini, namun Ibu bertekad dan berdoa supaya Allah memberi Ibu kekuatan kerana Ibu ingin menghabiskan sisa masa yang tinggal bersama Aiesya. Lalu jasad Aiesya Ibu kendong ke bilik mayat. Semasa memandikan Ibu juga berada di sisi Aiesya ditemani Iza dan suaminya. Ayah terpaksa menguruskan beberapa perkara lain. Alhamdulillah sekali lagi Allah pinjamkan Iza untuk menemani Ibu...

Selesai mengkafankan Aiesya, Ustazah memberi kami masa untuk mengucup Aiesya. Cantik dan tenang sekali wajah anak Ibu. Ibu tahu Aiesya telah mendapat tempat yang baik dan inilah yang terbaik yang Allah janjikan untuknya. Alhamdulillah Ibu sempat membacakan Yaasin sambil memangku jenazah Aiesya yang siap berkafan di dalam kereta sementara menunggu Ayah, Ayah Mad dan Cha'an solat Maghrib. Jenazah Aieysa disembahyangkan di Masjid Daerah Bt Pahat yang terletak berhampiran dengan hospital. Jam 800 pm kami bergegas pulang ke Muar. Sekali lagi Allah memudahkan urusan kami di mana Cha'an dan Ayah Mad sempat datang ke Bt Pahat kerana risau kami tidak mampu menghadapi saat ini.

Sampai di Muar hampir pukul 900 pm. Ibu lihat ramai yang hadir. Terima kasih semua...\
Turun dari kereta sambil mengendong Aiesya, Mak segera menyambut Aiesya dan dibawa ke dalam rumah. Ibu lihat Adam bergegas berlari ke arah Ibu. Ibu ajak Adam berjumpa Adik Aiesyanya sambil menahan sebak. Semasa Adam melihat Ibu mengalirkan air mata, dia turut menangis. Hibanya hati Ibu.

Ibu pangku Adam menghadap Jenazah Aiesya. Adam berkata, "bu, Adik Aiesya tido, eh?" Ibu anggukkan sahaja...namun tatkala Mak hendak menutup semula wajah Aiesya dan membalutnya semula dengan kain batik, Adam bertanya lagi, "bu, Adik Aiesya nak pegi mana? Nape selimut Adik Aiesya" Ibu tak mampu hendak menjawab pertanyaan anak kecil ini.....Ya Allah, berilah aku kekuatan....

Jenazah selamat disemadikan tepat jam 945 pm di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Batu 6, Bakri...kira-kira 500m dari MRSM Muar. Alhamdulillah, hasrat kami untuk segera menyempurnakan Jenazah Aiesya telah dipermudahkan Allah. Alhamdulillah juga Ibu mampu memangku dan mengendong Aiesya sehingga ke kawasan perkuburan sebelum disambut oleh Ayah. Ibu puas hati kerana inilah yang terbaik yang Ibu mampu lakukan. Ibu tinggalkan Aiesya di tempat yang terbaik untuk mu, nak....Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anakku Aiesya Zaffan bt Shah Rizal.....

Aku ingin berkongsi hari-hari yang aku lalui dalam entry akan datang....what is the most hardest things is when I have to answer all type of questions from Adam....Insyaallah dalam entry akan datang.