Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Chicken Curry PPC

Hye Everdearest Recipe Searcher,

Yeah, today (Sunday ; 8.27 am) I have finished preparing my breakfast. Sunday is family day for every mom out there I guess...

Our breakfast meals for today is just Roti Canai (Frozen made by my colleague) just heat it using The Grease multicooker. The Roti Canai will be served with Chicken Curry (Recipe from Azie Kitchen). 

May be some will say, apalah CR ni...you want to cook curry mehhh, still you want to google the recipe? Hahahaah... This is me, I like to try different recipe for even just for one kind of meal... Apa nak buat...


Ingredient:
Chicken (normal cut)
1 onion, chopped
3 garlics also chopped
1 inch ginger
5 teaspoons Curry powder
Asam keping (english word?)
Potatoes
Salt
Cardamom, star anise, cinnamon, clove

How to:

Menggunakan PHILIPS Pressure Cooker
1. Set the cooking option to BAKE VEGE and START.
Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dengan  3 sudu besar minyak masak sehingga naik bau.
Tambahkan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis. Gorengkan hingga bawang agak perang.
Tambahkan 5 sudu kecil serbuk kari. Kacau sehingga pecah minyak.
BAKED VEGE option should set off automatically by this time.
2. Set cooking option to CHICKEN and START.
Tambahkan ayam dan kentang. Tambah juga air sedikit sebelum tutup Pressure Cooker dengan penutupnya. Make sure tombol berada dalam keadaan SEAL
4. Keadaan kari ayam anda selepas pressure is released.
Set cooking option to BAKE VEGE and START
Masukkan santan dan asam keping. Biarkan mendidih dan kacau, sebelum ditambahkan garam dan gula.

Within 30 minutes you Chicken Curry is ready.


Selamat mencuba, till then JOY...

Tuesday, April 21, 2015

PureJuice - Orange Juice

Semenjak tengok segmen JustJuice di Nona beberapa minggu lepas, tekak CR memang ngidam nak minum orange juice homemade je. Homemade tau...



Maka bersegera-segeralah CR survey juice maker di Lazada (ada ke patut, macam dah tak de kedai sangat kat melaka ni) Puas survey, harga x memenuhi budget CR yang ciput ni. Lalu CR intai-intai video di YouTube pula. Akhir nya, dapat juga menyambar electric Citrus Juicer jenama Kenwood dari Lazada. Malas dah nak g tanya kat kedai letrik. Tadaaa... RM139.00 GST telah diserap katanya.



Lalu bermulahlah aktiviti sampingan sebagai pemerah limau di rumah ni... wow...Memang CR dah x pandanglah twister, minute maid dan yang seumpama dengan nya lah...



It is PURE, FRESH and made with LOVE

Saturday, April 4, 2015

Aku Sebuah Papan Gosok

Namaku Si Biru; diberi oleh tuan ku sempena kulit asalku yang kebiru-biruan. Telah lama aku berkhidmat untuk tuan ku...rasanya hampir 9 tahun lamanya. Sejak tuanku masih muda bergaya, sehingga kini patutnya sudah beranak tiga.

Aku memerhati dan menjadi penunggu setia di rumah ini. Untuk pengetahuan semua, partner ku telah 2 kali berganti. Dulu yang pertama, si genit National berwarna merah hati, kini aku dipasangkan bersama Si hitam Panasonic yang beratnya, Ya Ampuun...kepalang. Adakalanya, terpeleot kaki ku yang pernah dipateri ini dibuatnya.

Iya... Selama umurku di rumah ini, kaki ku pernah patah akibat komitednya aku terhadap tugasku. Alhamdulillah, aku tidah dicampak ke tepi rumah sebagaimana pengakhiran hidup barang-barang kelengkapan rumah yang rosak. Ku fikir, berakhirlah khidmatku dalam hayat ini apabila patahnya kakiku... Namun, kerana sifat berjimat tuan ku, aku dihantar hingga ke Masjid Tanah untuk dipateri. Dibengkel pertukangan kereta Kolej Kemahiran Tinggi MARA; sempat aku menjeling di pintu masuknya. Lalu aku masih dapat berdiri dan masih utuh memberi khidmat bakti kepada tuan ku. Akan ku balas kepercayaannya kepada ku ikrar ku dalam hati.

Sebenarnya sepanjang tempoh perkhidmatan ku, sarung ku sudah beberapa kali diganti. Yang pertama dulu, alasannya aku tidak gebu, susah untuk menggosok katanya. Lalu aku disarungkan dengan alas Biru 'heat absorber' yang kononnya berfungsi menambah nilai kualiti gosokkan ku. Namun, mmg indah iklan daripada hakikat....alas Biru masih pada tahap ok-ok saja kata tuan ku. Namun disebabkan telah dibeli, alas Biru masih kekal menjadi sarungku. Yang kedua, alas Kelabu 'built-in metal heat reflector' katanya. Mmm ku risik2 getus hati tuan ku, akhirnya aku tahu tuan ku agak berpuas hati dan merasa berbaloi mengeluarkan RM 25.00 di Jusco membeli alas Kelabu. Masa menggosok berkurang sedikit katanya... Maka jadilah aku Si Biru yang dibaluti alas Kelabu selama hampir 3 tahun.

Namun minggu ini, ku dengar2 kata hati tuan ku ingin menukarkan alas Kelabu. Kesian, alas Kelabu telah lama berjasa, terkoyak sudah permukaannya. Nampaknya, x lama dah masa si alas Kelabu ni, kataku di dalam hati. Namun, untuk kesekian kalinya sifat berjimat dan 'do it yourself' tuan ku memungkinkan si alas Biru, si alas Kelabu dan aku Si Biru masih mampu menjalankan peranan kami... Ini kerana, aku yang masih disaluti si alas Biru pada lapisan pertama dan si alas Kelabu pada lapisan kedua akhirnya disaluti si Fabric IKEA. Maksudnya, kami bertiga masih diperlukan di rumah ini, masih diperlukan untuk terus menabur bakti, masih boleh menemani tuan ku menggosok baju-bajunya....alhamdulillah, kerana aku adalah Si Papan Penggosok yang kini berwajah baru.

Friday, January 18, 2013

BREASTFEEDING #2 : Kenapa guna Milk Storage Bags

Salam,

Entry kali ni CR nak cerita tentang Milk Storage Bags.  Yeah, mestilah untuk simpan susu [expressed breast milk].  Mmm, actually CR beli Milk Storage Bags ni sebab :


  • dah tahu dah Milk Storage Bottle yang CR ada taklah berapa banyak.  Itupun stock masa membekalkan susu untuk arwah Aiesya dulu.
  • memandangkan memang belum ada intention untuk menambah peti ais lagi; nak beli laaagi besar or tambah satu lagi.  Jadi sangatlah sedar diri yang peti ais kat rumah ni memang has limited space.
  • space saving:) lebih kurang cam kat atas.  Just make sure kene keluarkan air bubbles from the bag before sealing it with double zip-lock provided.  Then, during freezing make sure place it horizontally.
  • beli kat Mama and Baby Fair 2012 at MITC Melaka , so harganya konon-konon murah ler. RM50 for 5 boxes.

baringkan macam ni, ye.
tengoklah, freezer rumah saya memang
selalunya penuh. Sangat perlukan
plastic storage supaya jimat space:)
zoom in sikit ye, leh selit-selit kat celah je

Thursday, January 10, 2013

BABYWEARING : Baby Pouch #1

Salam,

Dalam entry ni CR ada share tentang babywearing which is baby pouch.  Atas permintaan sahabat CR, I would like to share some info about baby pouch.  Actually, leh je google senang nak dapat info.  Tapi apalah salahnye jika dikongsi di blog ni untuk rujukan CR juga nanti:)

ada beberapa jenis babywearing ni which are Baby Pouch, Sling Ring, Soft Structured Carrier, Mei Tai dan tu je kut yang glamour sepanjang pembacaan CR.

Tapi CR nak fokus on Pouch.

Kalau google, di Malaysia tak ramai yang pakai or share about pouch.  Ini mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya

  • kalau nak guna pouch, mesti mendapatkan saiz yang betul untuk menjamin keselesaan kepada bayi yang dikendong juga kepada ibu yang mengendong:)
  • sesuai untuk saiz yang terhad (sebab menggunakan sebelah bahu, kalau berat baby dah bertambah, sakitlah bahu,ye dak?)
Namun begitu, berbanding babywearing yang lain, Pouch boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut kesesuaian umur bayi anda.  Ada 5 cara yang boleh dicuba.

Craddle Carry (for newborn until 3 month:
based on baby size)

Tummy to tummy (4 months and above - 
pastikan baby dah boleh duduk and hold 
his/her head up with support)


Hip Carry (after 4 month - pastikan leher baby cukup kuat dulu ye)

Kanggaroo carry (dari newborn up to 6 month
depend on baby size - tapi kaki baby cam bersila,
penat kut kalau nak jalan lama)
  • Even nak carry twin or dua baby pun boleh, larat atau tak je 
Cara-cara nak masukkan baby pun ada shared by this blogger.  Gambar-gambar ni CR ambil dari Slinglings.com  Boleh refer ye. Sangat-sangat berguna.  Lagi satu boleh belajar guna Pouch juga di Youtube.  Ada ramai minah-minah saleh yang rajin berkongsi:)

Daa... CR akan kongsi, website yang CR rujuk semasa menjahit my own Pouch ye. Tunggu:)

p/s:  Ini adalah pengetahuan CR yang sedikit tentang babywearing.  Andai ada maklumat yang kurang tepat, harap diberitahu agar CR dapat betulkan. Terima Kasih.

Wednesday, January 11, 2012

My Crafting Corner

Salam,

Masih ingat entry CR tentang My Crafting Corner di sini?  Haaa yang ada sketch tu...ha nak update lah apa final look nya...
The Sketch
CR share gambar my corner jelah ye, sebab my little brother's part tu banyak sangat yang nak kene hide hehehhe maklumlah merangkap simpanan semua benda :)

Hanging Cabinet -
masih belum siap dikemas


Hanging cabinet diubahsuai sedikit kepada 4 pintu demi membolehkan dibuka tanpa masalah kerana jika hanya 2 pintu, ruang bukaan yang lebih besar menyebabkan terlanggar dengan kipas.  Hanging cabinet ini mempunya 3 shelves.






ruang kecil CR -
 jangan ditanya apa kebendanya
kat bawah meja tu...
Demi memenuhkan ruang yang kecil ni dan pastikan barang muat disusun, CR tambah satu lagi sahabat ruang ni. Meja belajar dari Recycle Furniture, work lamp and wall shelf from IKEA. yang lain tu memang dah ada :)



sampai di sini dulu, till then...



Friday, December 16, 2011

PANDUAN : Kitchen sink and the partners

Lovely Friday people:)

Not much to share as I am very busy organizing my things in new members of the house.  So many things to reorganize.  Will update and write an entry bout in later.

As for this beloved Joy, I would like to share on how I solve my problem in placing members of the kitchen sink.  Yeah, I have mentioned it before that I am living in a limited spaces corner house [ I have huge empty spaces outside the house hehehhe ironic, isn't it? you probably know why.], so my kitchen cabinet is only made of mica board as it is not permanently built.  Therefore using liquid dish washer is a problem to me because I need to control the wetness of the area.


At first, I think alaaa let it be, tapi when I think twice....I need pleeeennnnty time to kumpul duit maaa... So I need to take good care of the one I have:)

and I use suction cupped plastic shelve.

Tadaa...the kitchen sink and the partner:)
It reduce the wetness too..:)

Thursday, November 3, 2011

Lilitlah anak-anak...

Sekadar berkongsi video ini... focus!!
and we have to implement FIRST, IMPORTANT, PRIORITIES

Monday, October 31, 2011

PANDUAN - Grillling [Mix & Match Menu - Grilled Lamb] ;)

 Mix and Match??? Usually people use this terms in fashion.  Selalu terbaca di majalah. Tapi kali ni CR nak guna dalam MEMASAK pula. Boleh?

Bukan apa, sometime untuk menjimatkan masa yang sangatlah berharga we have to do something that will cut the time to half [bukan sebab penyakit M ke CR?:)]

HOW?
STEP 1 :
Belilah marinated Lamb [apa sahaja bahagian yang anda suka]
Grill the lamb sehingga masak dengan kegaringan yang anda suka kerana you don't have to ask for it, sebab anda sendiri yang memasak:)
Untuk process grilling, CR sangat rasa beruntung kerana membeli Grill Pan from IKEA. Grilling sangatlah mudah, mencucinya juga hanya menggunakan sponge, tak perlulah nak beli iron wool yek.
 
Promo sikit:)
Lively look, berkilat2 permukaannya, that is the reason why it is easy to clean:)

during the process

STEP 2 :
Mix and Match Grilled Lamb anda dengan apa sahaja yang anda suka. As for me, CR beli je Whipped Potato and Coleslaw dari KFC yang berhampiran.  Di mix lagi dengan tomato slice, cucumber, and some fresh salad yang crispy.

Tadaaa. Siap dah menu makan tengah hari:)

SELAMAT ber 'MIX &;MATCH'



Tuesday, June 7, 2011

PANDUAN : Membeli Sofa

Haa, CR saja nak kongsi panduan membeli sofa pula. Sebenarnya dah lama sangat kami [CR dan Hubby] survey sofa ni. Dah dekat +-setahun juga. Lama tak? Maklumlah, banyak sangat kriteria yang perlu diambilkira.

haa..antara yang penting: [Panduan diambil dari sini]

1. Beli sofa berkualiti tinggi supaya tahan lama. Ia mahal tapi berbaloi digunakan
  • inilah punca utama poenantian tu sebegitu lama. Kalau di Melaka ni, siap survey #Recycle Furniture outlet 5-6 kali tau. tu tak termasuk kedai2 perabut lain...
2. Kenal pasti corak penggunaannya. Adakah ia sofa utama [untuk aktiviti harian seperti berehat, membaca, menonton televisyen atau mungkin digunakan sekali sekala meraikan tetamu]
  • rumah kecil kami ni ada 1 je ruang tamu. Berangan nak buat 1 lagi ruang tamu bila ongkos turun dari langit:) Ya, ia untuk aktiviti harian seisi rumah
3. Siapa yang akan duduk di sofa itu? Pertimbangkan kelebihan tambahan sofa agar ia dapat diguna secara optimum. Pilih sofa yang tinggi bagi keselesaan tetamu yang tinggi lampai atau sebaliknya untuk pengguna rendah serta penyandar yang mantap (tidak lembik) bagi memudahkan tetamu berdiri
  • setakat ni kami tiga beranak je yang 90% akan guna sofa tu. Sedara mara dan rakan taulan datang pun sekali sekala.
4. Saiz sofa wajar dipilih berdasarkan keluasan ruang. Pastikan saiz sofa tidak terlalu besar sehingga menyesakkan ruang tamu yang sempit. pastikan ada laluan kosong selebar 100cm bagi melancarkan laluan trafik.
  • puas dah makcik mengukur ruang tamu ni...guna tali tape menjahit pulak tu, tak ke tertonggeng2 dibuatnya?
5. Pilih sofa berdasarkan penggunaan anda. Contohnya untuk beristirehat pilih sofa berkusyen lembut dan tebal beserta dengan bantal-bantal pelengkap
  • aksesori tambahan difikirkan kemudian
6. Jika anda mempunyai sebuah ruang tamu formal, sofa kulit dengan kusyen mantap adalah pilihan terbaik.

6. Saiz sofa wajar dipilih berdasarkan keluasan ruang. Pastikan saiz sofa tidak terlalu besar sehingga menyesakkan ruang tamu yang sempit. pastikan ada laluan kosong selebar 100cm bagi melancarkan laluan trafik.

7. Kemasan microfibre adalah pilihan yang terbaik, ia kelihatan menarik dan mudah dibersihkan.

8. Sofa kulit adalah pilihan terbaik jika anda membeli untuk penggunaan jangka masa lama. Dan lebih menarik, terdapat banyak sofa kulit berwarna menarik; tidak terhad kepada warna hitam atau coklat sahaja.