Showing posts with label HEALTH. Show all posts
Showing posts with label HEALTH. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

PureJuice - Orange Juice

Semenjak tengok segmen JustJuice di Nona beberapa minggu lepas, tekak CR memang ngidam nak minum orange juice homemade je. Homemade tau...



Maka bersegera-segeralah CR survey juice maker di Lazada (ada ke patut, macam dah tak de kedai sangat kat melaka ni) Puas survey, harga x memenuhi budget CR yang ciput ni. Lalu CR intai-intai video di YouTube pula. Akhir nya, dapat juga menyambar electric Citrus Juicer jenama Kenwood dari Lazada. Malas dah nak g tanya kat kedai letrik. Tadaaa... RM139.00 GST telah diserap katanya.



Lalu bermulahlah aktiviti sampingan sebagai pemerah limau di rumah ni... wow...Memang CR dah x pandanglah twister, minute maid dan yang seumpama dengan nya lah...



It is PURE, FRESH and made with LOVE

Saturday, March 28, 2015

Saya Si Gigi Besi

Salam Sabtu
Does your weekend is cool enough? I hope the answer is yes! And tomorrow will brings another fantastic moment to you, InshaAllah.

As for me, my saturday isn't that great. But I enjoy it to the fullest with my 3 heroes. Yeay! Weekend is great with these 3.

Just to share with JOY, after quite sometimes(lama...dari anak dara CR berfikir hahaah), I finally made up my mind to wear this metal thing inside my mouth. Memaksa diri actually. I did mentioned here that Dentist had made prediction that Adam has higer tendency to wear braces... before the son wearing it, let the mother try it first,kan......



So, here I am...menahan kesakitan masa makan. I have to stop myself from eating variety type of food...yeahhh this is not so cool man...because I love to eat!



Till then, have a great Saturday peeps...muah muah

#updateonday3

Friday, December 21, 2012

Berpantang selepas C-Section

Salam,

Kali ni CR nak kongsi cara CR berpantang selepas menjalani pembedahan.  Ini merupakan pembedahan c-section kedua bagi CR.

Jika berbicara dengan golongan yang lebih berumur, cara CR ni pasti tidak disenangi. Ulangan, TIDAK DISENANGI.

1.  Selepas keluar dari hospital, lebih kurang hari Ke-3 baru CR Mandi Wajib Wiladah.  CR tak mandi di hospital sbb banyak sangat tempat nak sental dan kurang kekuatan.  Tambahan pula CR akan pastikan air mandian adalah air suam/panas.  Senang sangat kalau ada water heater,kan?
Jangan lupa ye, Mandi Wajib Wiladah berbeza dengan Mandi Wjib Nifas.





 2.  Semasa membersihkan diri ramai yg pesan supaya luka pembedahan ditutup supaya kekal kering.  Namun, CR basahkan je, sbb klu guna plastik nak tutup wound tu, bersih sangat ke plastik tu?  Baik basahkan je, but make sure keringkan sekering mungkin.  haaa, ada blog suggest guna hair dryer, tapi CR xde hair dryer. so, I just use the tissue. tekap je tissue ke sepanjang kawasan luka pembedahan beberapa kali untuk pastikan bahagian luka kering. Betul2 kering. CR juga pastikan akan letakkan tissue paper tadi sebagai alas, jika berpeluh, tissue akan serap:)




3.  Amalkan lauk ikan haruan.  Suka hati lah nak masak ape pun.  Mak and Mama CR masak ape pun CR sediakan tekak nak telan je.  Amalan memakan ikan haruan ni lebih baik berbanding pati ikan yg dijual, kerana lebih fresh, tanpa tambahan herba lain.  Sedap pun iya juga.








4.  CR tak makan jamu semasa berpantang.  Demi nak jaga perut anak yang masih baru, amalan pemakanan jamu mungkin memberi impak yang kurang baik pada bayi yang disusui.  Amalan ini memang mendapat tentangan daripada ibu2, maklumlah kata mereka badan nak pakai lama... betul tu, bukan nak melawan tapi memikirkan apa yang ibu consume akan sampai kepada bayi, tak tergamak nak memperjudikan kesihatan anak.  So, CR tawakkal je dan amalkan pemakanan sihat.

Walaupun CR tak makan jamu, CR consume vitamin yang lebih mesra tubuh badan kerana setiap daripada kita amat memerlukan vitamin.  CR percaya badan CR cepat segar dan bertenaga dengan pemakanan vitamin yang betul.  Sebenarnye CR dah amalkan semasa proses berpantang arwah Aiesya lagi:)  Amalan memakan Vitamin C, Vitamin B complex, Vitalea (untuk sumber zat besi), Kalsium dan Zinc amat membantu menyegarkan dan memberi tenaga pada badan.  CR amalkan set Vitamin daripada SHAKLEE.  lepas ni nak tambah Alfalfa pulak untuk tujuan penyusuan:)

5. Berurut ni memang takkan CR tinggalkan. Walaupun kali ni makcik tukang urut kata nak urut bermula pada hari ke-10.  layankan jugak sebab dah tak jumpa tukang urut lain yang available.  Bersalin kali ke-2 dulu masuk je hari ke-3 dah berurut.  Terpulang pada individu nak berurut berapa kali.  Kali ni CR berurut 5 hari berturut-turut.

Berurut bukan sahaja dapat melancarkan peredaran darah tapi turut membantu meringankan badan (mungkin perasaan je) ringan di sini bermaksud tenang.


Ini je yang CR dapat kongsikan.  Mungkin ada amalan lain yang lebih baik, tapi ini je yang CR amalkan secara istiqamah.
  http://www.naturalnews.com/021797_surgical_procedures_post-surgical_recovery.html

Thursday, October 18, 2012

Gestational Diabetes

Salam,

I have to undergo Maternity Glucose Tolerant Test (MGTT) at 32 weeks.  Unfortunately my glucose level are at the border line which is 7.8 mmol/L.  Boleh dikatakan CR ni mempunyai aras gula yang agak tinggi dalam darah.

I have to go for Blood Sugar Profile test and Alhamdulillah, past semua lah.  but still CR perlu menjaga dan mengawal kadar pengambilan carbohydrate sehari.  It is for the safety of my baby.

So, kali ni CR  nak kongsi sedikit info tentang Diabetes pada Wanita Mengandung yang dikenali sebagai Gestational Diabetes (GDM).

GDM ni memang common pada wanita mengandung walaupun sangat rendah percentage wanita yang menghidapinya. Antara wanita yang berisiko tinggi untuk menghidapi GDM adalah:


  • obese [saya tak]
  • have gestational dibetes in previous pregnancy [saya tak jugak]
  • mengandungi gula dalam urine [saya tak]
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetes [yeah, my father!]
Selain tu, wanita itu juga dikatakan mempunya faktor risiko menghidap GDM sekiranya:


  • pernah melahirkan baby yang besar 4 hingga 4.5 kg [saya tak]
  • pernah lahirkan bayi yang kurang sempurna atau kematian bayi dalam kandungan [mita jauhkan lah]
  • mempunyai high blood pressure.
  • umur semasa mengandung adalah 35 dan ke atas
Walaupun pada mulanya CR tak pernah ambil berat pun tentang GDM ni, tapi rupanya kesannya terhadap bayi dalam kandungan amat bahaya.

Moga diberi kekuatan untuk CR mengawal pemakanan dlm keadaan sekarang ni...

take care.

Tuesday, August 2, 2011

Cerita apa pula?

Salam,


Salam RAMADHAN. Dah masuk hari kedua pun. Tenangnya Ramadhan, Alhamdulillah.

Plan for today:
  1. amik darah di Poliklinik Bandar. CR dah menginjak ke three series. So kene berjaga-jaga. Prevention is better than cure. Nak buat full blood test. Keputusan dalam 2 hari lagi.
  2. CR also plan to see the gynea for consultation. Hope that everything went well. ** sebab Klinik Gynea ni buka lambat. Postpone lah next week insyaAllah.**
So, macam mana hari kedua anda berpuasa??

posted from Bloggeroid

Monday, July 11, 2011

Toilet


Salam Dear Readers,

I know and yet very sure that we will use toilet at least 4 times a day. We will spend at least 3% of our precious time in the toilet (Mr T). I would like to have 3% of my precious time to be worth it. What I mean by ‘worth it’ is like you don’t waste it by using dirty and smelly toilet. Ermmm...actually everybody hates dirty yet smelly toilet.

I think you know where I am heading to.... the cleanliness and well maintain public toilet.

For about 6 days in foreign country, I use several toilets at different places. I really mean it, it’s the public Mr T. I think their toilet is much much better than ours. In terms of maintenance, cleanliness and the smell too. I keep thinking how does Mr T here which doesn’t have water pipe (the one that used to be in every Mr T in our place) can be sooo and sooo much clean and smell fresh. Does everybody didn’t use the public Mr T here? I guess not.

So peeps, I really hope that we as an adult and may be a parents to our lovely youngster, should inculcate the good habit from our sweet home just to ensure that our 3% time per day spent worth.

What you can do?

· Teach your child to flush every time they use the toilet. [kalau flush toilet rosak, then it is not our fault the toilet is dirty, we have play our rule]

· Place at least towel in toilet of your home, tell your child to wash their hands and use the towel every time after washing their hands. It is really good habit [kan toilet banyak bacteria...]

· Spend some money to buy air fresheners in the toilet. [here you can personalize your own toilet, toilet kat rumah je ye...:)]

Till then, take care:)




Thursday, June 2, 2011

1st June - World Milk Day

Hye,

HAPPY WORLD MILK DAY:)


Actually, CR baru je tahu semalam adalah Hari Susu Sedunia. So, di kesempatan ini Let's share 3 reason why we should drink milk!

  1. SUSU mengandungi 9 nutrien yang diperlukan oleh badan. 9 tu...apa dia 9 tu CR? Calcium, Phosphorus, and Riboflavin (vitamin B2); high quality Protein, Vitamins A, B1 (thiamin), and B12 (cobalamine), Fat, Lactose (milk sugar)
  2. Pengambilan SUSU 2 kali sehari mengurangkan risiko mendapat high blood pressure kepada golongan dewasa mahupun kanak-kanak
  3. Pengambilan SUSU boleh dipelbagaikan - Nak campur cocoa ke, nak campur susu manis sket ke [maklumlah, sayalah paling susah minum susu:) but not now] furthermore, dah ada macam-macam dairy product at the market

So, kawan-kawan Jom lah kita minum SUSU.
[untuk anak-anak, SUSU ibu tetap yang terbaik. SOKONG BreastFeeding to children:)]

Wednesday, March 9, 2011

ZZ, aku dapat barang juga:)

Salam,

Merujuk pada entry ZZ - Permata Hati Mama CR sangat jeles kuangkuangkuang... sbb miss ZZ dapat barang free... Apa lagi, tanpa berlengah lagi, CR pun join lah OnlyBeauty di www.onlybeauty.com.my

haaa...di website ni, ada banyak juga info tentang penjagaan diri - kalau rajin nak cari ler hehehhe
yang saya nak ialah nak dapat free sample:) tapi bukan dapat je tau, kita buat lah review sikit lepas mencuba. Social responsibility juga tu:)

So, tgk lah kat bawah ni CR dapat barang apa...hehehehheeh...
Elseve Smooth-Intense Ultra-Riche Leave-In Mask
Lepas ni dah x frizz lah rambut CR hahahhahah


korang join ye:)

Tuesday, March 8, 2011

PANDUAN : Perlu ke toner?

haaa.. tak pernah wat tips kecantikan,kan?
so, apa salahnya...once in a while kita berkongsi=)

Actually, fungsi toner ni adalah untuk skin post-cleanse [after cleanse it with facial foam] dan untuk mengecilkan liang roma pada kulit muka. Ada banyak cara nak apply toner ni. Antaranya;
  1. lembabkan facial cotton dan apply lah ke muka
  2. spray je ke muka
  3. haa yang ni CR cari kat google ye - apply pada mask muka pastu letak mask tu on your face for several minutes
haaa...korang pakai jenama apa ye?as for me; I use NUTOX Skin Refining Astringent |PARABENS FREE|
[entry ni bukan nak promote tau, just nak share je.]
kenapa CR suka dengan product ni?

First
: sebab tak payah apply pada facial cotton. Just spray je ke muka, then tunggu dia kering. In a few minutes, CR dapat rasa fresh, tapi bukan sejuk tau.
Second : harga dia affordable. RM22-23 [tapi selalu beli time sale je RM18.00 to RM19.00]
Third : yang paling penting, product ni sesuai dengan skin type CR.

Ni sedikit infos tentang NUTOX Skin Refining Astringent |PARABENS FREE|
mengandungi BNest Collagen dan merupakan penyegar yang lembut untuk kulit. Ia membantu mengecilkan liang roma muka, revitalises sin tissues so that the skin will have fresh-looking skin. Best sekali, sesuai untuk semua jenis kulit:) Pakai di waktu pagi dan malam to fresh up your skin.

Jom kongsi skin toner korang pula:)

Monday, March 7, 2011

Theta - Anugerah dari Allah

Salam,

hari ni CR nak berkongsi satu info daripada radio. Maaf, CR tak pasti siapakah penyampainya. Tetapi motivator ni adalah motivator jemputan bulan ini di Radio IKIM - slot Motivasi pagi jam 7.30 am.

Apa yang menariknya adalah dikatakan bahawa pada setiap masa di dunia ini akan berlaku perubahan gelombang disebabkan aktiviti dan pergerakan bumi itu sendiri.

Dalam banyak-banyak gelombang ini, gelombang theta adalah anugerah Allah pada setiap yang berada di dunia. Pada ketika gelombang theta ini dipancarkan, akan berlaku perubahan hormon dalam tubuh manusia ke arah kebaikan.

Contohnya pengeluaran hormon endorphin iaitu hormon penenang dan menggembirakan. Haa..katanya, masa pancaran gelombang theta ni kita lebih tenang.



Contoh yang lain pula adalah pelepasan hormon serotonin yang fungsinya adalah brings good mood. Jadi kita dapat lebih fokus dalam setiap tindakan.

Haaa...cakap je pasal gelombang theta ni, how to make use of it???
Percaya tak bila CR katakan waktu di mana gelombang theta dipancarkan adalah
  1. Subuh
  2. Waktu Dhuha
  3. Waktu Asar
  4. Selepas Azan
Haaa.. nampak tak significant nya waktu-waktu ini dalam hidup kita. Sebenarnya, kalau diamati, waktu ini adalah waktu di mana afdhal kita untuk berdoa. So, berdoalah pada masa kita lebih fokus, pada masa kita lebih gembira dan tenang. InsyaAllah dengan izinNya doa kita Allah akan sambut.

Selamat berdoa kawan-kawan...Mari kita guna anugerah Allah itu seoptimum mungkin:)

p.s - picture adalah ihsan Google.TQ

Friday, February 18, 2011

Natural Skin Care

Salam,

I've read about how Kak Baya maintain her beauty yesterday. Lepas tu CR pun berfikir.... sangatlah CR x sayang kan diri, lama dah tak memanjakan diri. So, first thing in the morning, I googled for some useful tips and I found one from About.com. No chemicals needed, no prescriptive needed...only the effort dan vitamin R yang banyak... Tau tak apa Vitamin R tu? [nanti ada yang cakap CR bagi ajaran sesat pulak...] RAJIN okeh.

  1. Dry Brush Exfoliation - gosok jer brush ke serata badan, brush nyer mesti lembut. Bertujuan untuk membetulkan peredaran darah. Juga membantu membuang toxic kerana kulit kan merupakan organ perkumuhan terbesar.
  2. Baiki Sistem Pencernaan - Haaa...to get a good skin, you must have a good digestive system. kenapa yek? Orang kata kalau toxic dah kurang dalam badan, mestilah terserlah di luaran:) tul tak? Kita leh banyakkan fiber in our diet, cubalah makan prunes. Selain tu banyakkan water intake. yang ni paling selalu kita dengar, an apple a day, take the Dr away.
  3. Exercise - Ni memang dah banyak daripada kita tahu,kan? Tapi tulah, MALAS tu besar sangat. hehehheh Dicadangkan, x payah nak susah-susah, banyakkan berjalan, kurangkan lift, lagi-lagi yang bekerja jenis duduk je tu. Sebab, CR pernah terbaca, kalau duduk jer akan membanyakkan selulit. Adoi, padanlah CR banyak selulit...Tak boleh jadi ni. So, kawan-kawan...Jangan lupa bawa-bawalah berjalan....[kalau window shopping, berjalan juga,kan? hehehhe]
  4. No Excess Sugar - Kurangkan gula dalam makanan, banyak-banyakkan dalam senyuman. Menurut About.com ni, pengambilan gula yang berlebihan akan membantu pada premature aging. Kelebihan gula akan membentuk compound yang boleh memusnahkan collagen dalam badan. Collagen ni lah yang membantu keanjalan kulit, tau korang. So, if you love your skin, you should love your collagen too, then, avoid excess sugar:)
  5. Consume Good Fats - Lemak memang penting, lebih-lebih lagi untuk pembentukan hormones dan membran sel. Lemak yang dicadangkan adalah lemak sayuran, kekacang dan minyak ikan. Bukan bermakna kena makan lemak yang kat daging tu tau:)
Okeh, itu jer perkongsian ilmu yang CR dapat cari... From now on, CR nak mula memanjakan diri...korang camne lak?

Wednesday, December 1, 2010

Food Additives

Salam,

Selepas terbaca satu shared article in FB di sini maka saya pun terfikir nak surf tentang food additive. Ada banyak jenis Food Additives; berjela-jela senarainya [bukat setakat yang kita belajar tu je tau, anak-anak..]

And the summary of my search are: eat from natural sources
  • tak payah ler nak makan fast food [burgers, canned food, backery products, soda
  • kalau nak minum kopi tu, minum je x payah takut caffeine coz decaffeinated coffee is more dangerous -- substance used to decaffeinated the coffee has carsinogenic effect; sbbkan cancer
  • dairy product -- caused hyperactivity in children...abis anak aku nak minum susu aper? tak boleh dah nak BF sekarang ni...
takutnyer bile baca...so, berpada-padalah bila makan...
sesungguhnya makanlah untuk hidup, bukan hidup untuk makan ye kawan-kawan...

sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_food_additives

http://www.avianweb.com/diseasescausedbytoxins.html

Tuesday, October 12, 2010

Green is Cool!

agree with me? kenapa saya kata hijau itu menyejukkan? Saya suka alam semulajadi, saya suka hutan, saya suka menikmati keindahan :)
Disebabkan saya ni selalu tak cukup masa, [well my time management is suck! salah saya!] mana ada masa nak berjalan betul-betul menikmati keindahan alam.
cameron highland mari; dah bercambah jadi 2 pasu:)
IKEA mari; senang nak jaga, watching this plant grows give sparks into my day!



Tapi percaya tak, di mana-mana pun boleh menikmati kesejukan hijau ni, even from our own backyard! Caye tak?
Ni je collection...need to have more plants. but puas hati coz
my new babies grow in front of my eyes:D

Also from Cameron Highland; 'pokok ong' that Chinese lady said.

Wednesday, August 25, 2010

myMetro | Tergamam leher terkulai

myMetro | Tergamam leher terkulai

A mental disorder or mental illness is a psychological or behavioral pattern associated with distress or disability that occurs in an individual and is not a part of normal development or culture. The recognition and understanding of mental health conditions has changed over time and across cultures, and there are still variations in the definition, assessment, and classification of mental disorders, although standard guideline criteria are widely accepted.

mmm... apa korang rasa bila dgr berita ni? Macam mana lah budak 3 tahun ni rasa sakit bila disembelih? Ish...tak tertanggung rasanya.

Saya menasihatkan anda dan juga diri saya sendiri supaya tidak memendam perasaan. Pendam perasaan nampaknya akan menyebabkan kita stress. Dalam situasi hidup kini, kita perlu sentiasa berkongsi. Masing-masing ada masalah di tempat kerja, masalah rumahtangga dsbg. So share your thought with someone you trust.

Kat sini saya kongsikan sebahagian petua yang saya pasti keberkesanannya. Saya ambil petua ni dari http://petualama.blogspot.com/2009/09/petua-tenangkan-hati-oleh-dr-fadzillah.html Paling tak pun, kalau sedih dan stress, ambil wudhuk, dan solatlah..betul,tak?

1) Dirikan solat dan banyak berdoa.

2) Selawat ke atas Nabi (100x sebelum tidur)

3) Membaca Al-quran.

So, kawan-kawan....tenang, and think positive, ok!

Wednesday, June 30, 2010

Demam n Cerita Ibu

Salam and Hye Joy...



Lama tak ngadu, kan? Hari ni nak mengadulah... sangat lama saya tak demam, saya akui semenjak bersalin anak kedua saya tak pernah lagi demam, selsema mahupun batuk. Kalau setakat pening, angin tu biasa lah kan? kadang-kadang.

Saya yakin dengan vitamin consumption yang berterusan saya dapat rasai kebaikannya. Tq to Shaklee Vitamins and Food Supplement Dari Kak N.

Tapi, haa ada tapinya, semenjak musim durian yang melanda ni, saya stopkan my vitamin consuption...di sinilah silap saya, saya ingat kalau kita makan ubat termasuk vitamin2, x elok dicampurkan dengan durian...fakta mana saya pakai ni agak nya?

So, nak dijadikan cerita saya rasa sakit tekak, demam dan selsema serentak...haaa..rasakan!!!

Adoi, tak leh jadi camni...I have to take the vitamins back, in order to be healthy..for my Boy...Smalam, nak harapkan Hubby buchuk ku itu, anak ku jamah 2-3 suap je bubur nasi pasar malam...sian Adam....
Xpelah, ayah dah penat sangat tu nak...
I'm getting better, alhamdulillah...
Insyaallah, ada kudrat untuk masak for the family..:)

I'm Happy:)

Wednesday, May 26, 2010

After almost seven years...I bowl

Salam...

Yeah, after seven years...I play bowling again today. Last time I play bowling with my MPOB colleague [Azizah, Kak Suchirah, Abg Mad, Awe dll]

Today I went to Melaka International Bowling Centre with my dear friends...

Actually, my employer had a Bowling Tournament to select participant for SUZON 2010, and all the competitors compete fairly...As for us, kami just main-main saja...bak kata orang meramaikan majlis.... whose in the list? Me [of course] Faizah [ibu aleeya] Jea [cutey] Fiza [everdearest sister....] wanna play bowling more next time??

On the other hand, dear Kak Seela and Aisha joint the tournament...eh, korang dapat no berapa, yek? :)

oh...best nyer kalau Mr Hubby Terchenta ada bersama...:) Jom Yang, kita main bowling nnt. Bawak Adam sekali, sure this would be a best TYPE I activity for him. Nanti kita pergi ye, Sayang...

Jom layan gambarnye...
First try, sure masuk longkang...hahaha...able to get 84 score for 1 game, not bad kut....:)

After the game...Nampak muka tak puas main je...

Lebarnye senyum Mommy with 2 anak dara sweet

Bola yang berwarna warni...Attractive!

Pheewitt...this is Kak Seela

daaa..Salam

Tuesday, March 30, 2010

Rambut KARAT?

Salam,

Lama menyepi??? :)
Ya, memang dah seminggu saya tak update blog. Saya sangat sibuk dan don't have much time to think what should I write in JOY.

So, as my corporate responsibility to community [cehhh...:)] saya nak share satu penyakit yang sedang hebat melanda masyarakat Islam kita. Penyakit yang mungkin kebanyakan kita tak sedar which is Penyakit Rambut KARAT. Ye, saya percaya memang ramai antara kita yang tidak sedar sebab penyakit ini dah terlalu biasa di mata kita.


[Saya bercakap tentang pewrna rambut sintetik dan bukannya daripada daun inai]

Tidak salah jika saya katakan anak muda zaman sekarang sangat taksub dengan penyakit ini. Pada mereka mewarnakan rambut adalah trend dan satu batu lompatan untuk kelihatan cantik. Tetapi, cantikkah mereka?

Anak-anak dan rakan-rakan sekalian,

Ketahuilah bahawa hukum mewarnakan rambut adalah HARAM walaupun hakikatnya substance of the colour comes from plants. Bahannya HALAL, tetapi perbuatannya HARAM. Ini kerana pewarna ini akan menyaluti rambut kita. Kita pernah belajar bahawa untuk mengambil wudhuk, air yang suci haruslah sampai ke kulit dan membasahi rambut. How can that happen if the dye or should I say it as coloured substance is wrapping our hair??? Tepuk dada tanyalah IMAN.

[Ini hanyalah pendapat saya dan sesuatu yang saya percaya serta pegang. Saya tidak berniat menyakiti dan menyinggung sesiapa. Marilah sama-sama kita berkongsi, InsyaAllah]


Take care..

Thursday, February 11, 2010

Subhanallah!!!

Salam Joy,

It's been a while since I've blogged about something educational. Last time was on December mentioning about Zinc.

So, today wants to share some interesting fact, which is....

there is one thing that we consume everyday
, without it we will be miserable, without it there are no sparks in life...cehhhhh... what is it??? Sodium Chloride aka table salt. LOL!!! heheheh


Sodium chloride is formed from Sodium ion and Chloride ion through ionic bond... don't want to mention about formation of the bonds, quite complicated and lots of explanation except for form 4 student, Insyaallah... the interesting point here is, Sodium is very reactive substance that could produce red flame if reacted with water. Sodium also can easily reacted with the oxygen from the air resulted these substance must be kept in the Parafin Oil.

Beside that, Chlorine is also very poisonous gas. If we inhale just 1000 ppm, it can cause us to death. These substance also has been used in
a war gas in 1915.
but SUBHANALLAH....when Sodium atom give its one valence electrons to chlorine atom, Sodium Chloride is form ; the substance that we consume everyday, no harm, all the poisonous characteristic is changes to one useful substance in life.... just by donating a single valence electron....

So, the point that I want to share with you is by donating we also could change people life. If it is not by money donation, may be we could start by donating our sweet precious SMILE.

Sodium chloride crystal



daa...take care.

Wednesday, December 16, 2009

EBM decreases problem

Salam Joy,
2 - 3 hari nih EBM production is not consistent. Paling-paling banyak pun 4.5 oz jer per pumping session. Sometimes I only manage to pump 2.5 oz. Sedihnyer.....
Antara sebab yg mungkin ialah kurang air kut. tapi I always ensure that my water consumption is more than 2 L per day. May be 2 L is just not enough for me. I need to consume more water.
So, today I surf for power pumping to increase milk production. It's true that our baby is the best pump in the world. The more they nursing, the more milk will be produced. Since my baby is not ready to nurse, I have to use breastpump to express my breast milk.

What is power pumping technique??
Power Pump:
1 - Pump for 10 minutes,
2 - wait a few minutes, pump another 10 minutes,
3 - wait a few minutes, and then pump another 10 minutes.
You should experience three or more separate letdowns and more milk overall.
ok...we'll see the result by 2-3 days later...
daa...take care..

Thursday, December 10, 2009

Zinc...Atap Zink?

Salam Joy...

dah lama tak menulis tentang something yang quite ilmiah...bila sebut tentang chemicals mesti ramai di kalangan kita yang rasa takut...maklumlah bahan kimia ni tempatnya di makmal yang biasanya sinonim dengan 'BERACUN', 'MERBAHAYA', 'MUDAH TERBAKAR' dan banyak lagi perkataan yang agak menakutkan...

Jika kita tidak mencari dan menambahkan ilmu di dada, mesti ramai yang tak tahu bahan kimia yang kita takuti itu sebenarnya banyak manfaat kepada kita...[dedicated to all my students who hate chemistry, please don't hate chemistry..]

kita biasa dengar orang sebut atap zink...periodic table also mentioned about zinc...Zinc is the 30th element in the Periodic Table, which means Zn has atomic Number of 30, situated in Group 12 and 4th Period in the Periodic Table of Elements. Itu kalau jawab soalan kimia Tingkatan 4 :)


mmm...Tapi tahukah kita fungsi zink amat besar dalam tubuh badan kita? According to http://www.nutritional-supplements-health-guide.com/benefits-of-zinc-supplements.html

zinc involved in wide range of metabollic activities. Zinc amat diperlukan dalam proses pemulihan kecederaan, peningkatan tumbesaran termasuklah pertumbuhan rambut. Selain daripada itu, Zink juga perlu dalam pembentukan insulin di hati [agak-agak apa fungsi insulin ye...nnt kita bincang kemudian], pembentukan antibodi atau daya tahan penyakit, dan yang paling hangat dibincangkan bagi yang dah berkeluarga ialah kesuburan.

So, jangan lupa memasukkan Zinc yang sebelum ini sinonim dengan atap rumah tu ke dalam diet seharian, ye...Jangan risau, tak perlulah menyeludup masuk ke makmal kimia, Zinc can be consumed from meat, oyster, wheat germs and milk. So, for a healthy family...lets eat Zinc...:)