Tuesday, November 30, 2010

Adil ke AWAK?

Panel:
Terangkan bagaimanakah adilnya seorang guru terhadap semua pelajarnya?

Cikgu:
Pada pendapat saya, adil sebagai seorang guru adalah tidak dipengaruhi emosi semasa menjalankan sesi Pengajaran & Pembelajaran (P&P) ataupun melayan pelajar.
Contohnya, pelajar A didapati bersalah kerana melakukan kes disiplin di asrama
namun
di kelas beliau boleh memberi kerjasama yang baik dan mampu memberi perhatian. Beliau juga tidak mengganggu sesi dengan melakukan kes disiplin lain;
MAKA saya selaku guru
harus melayannya sebagaimana saya melayan pelajar saya yang lain. Saya harus menilai beliau atas usahanya di kelas saya.

Saya akan berusaha untuk terus menjadi guru yang adil!


Sunday, November 28, 2010

I'm meeting her! [29th Nov 2010]

hye...

Siapa her tu yek? My old friend! Actually, memang xde kaitan ngan korang, tapi saja saya nak bercerita hehehhe... Macam lah orang lain tak jumpa kawan lame yek? Takpelah, saya nak jugak cerita:P

Kawan saya Ada ada meeting at King's Hotel Ayer Keroh Melaka... So, we plan to see each other.

Actually, Asrul Shuhada Mohd Salleh is my old best friend since 1993. Dah lama lah, Ada! Kami sama-sama belajar kat SMA**, sama sekelas, 1 dorm kat asrama... banyaklah samanya. Eventhough our friendship as classmate last only for 3 years, but the relationship never ends...Alhamdulillah... Actually, ramai lagi yang kalau boleh nak jumpa...tapi still belum berkesempatan.

Back to Ada story, she is so nice and cute and vouge hehehhe... even now, she is mommy with 2 heroes! Go mommy!
Eventhough it's a short meeting, dapat juga melepas rindu. Had a chance knowing aiman. Handsome boy! Adam pulak, mula lah tunjuk perangai ler...:)

I don't know how to elaborate, short of ideas..jom layan gambar-gambar!

Pic from ADA fbMasa tengah muda-muda dulu


Both pics are captured by my amatuer phographer Adam Zikry...tu yang muka muncul celah-celah kerusi tu, gelap gelita walaupun dalam terang hehehhe...Apa-apalah Adam...

Friday, November 26, 2010

Kene PAU RM80

Selesai menikmati SRChocholate Mud, creamy mushroom soup with my fav ice lemon tea untuk minum petang yang indah dengan HERO tersayang, saya menunaikan janji kepada Adam untuk HANYA melihat-lihat toys department.... Maklumlah, saya sebagai ibu yang kononnya bertimbang-rasa ni, tak mahulah diingati sebagai ibu yang tak menepati janji,kan?

Lalu kami pun menaiki lift untuk ke tingkat 1. Keluar sahaja dari lift, anak saya yang bertuah ini terus meluru ke arah toys department...[tu lah, lain kali jangan ajar anak hafal plan of shopping mall ye, kawan-kawan] Lalu tibalah dia ke kawasan LEGO yang sekarang ni dah bermacam-macam inovasi ada...saya pun tak tahu sebenarnya.

Al-kisahnya, ayah Adam yang juga sangat bertuah itu telah berjanji untuk membelikan lego-panggilan biasa untuk small bricks la [bukan jenama LEGO tu la] Tapi, anak saya yang naif ni manalah tau lego jenama ke, lego made in china ke,kan? Maka yang menaggung bahananya...SAYAlah ibu yang bertuah ini....

Pujuk punya pujuk, terPAUlah RM80 duit saya........Inikah petang saya yang indah??

gambar dari pak cik google

Thursday, November 25, 2010

Stress!

Aaaaghhhhh...

Stress tau tak...stress sbb otak asyik blur je... Macam mana nak sambung blajar, kalau setakat nak siapkan assignment PTK yang 10 pages pun bagai nak pengsan aku memerah otak...

Dah kata cikgu sains...manalah aku reti nak buat ayat berbunga-bunga ni...

Encik Pemeriksa,

Tersiksanya saya buat tugasan ni... tak tahulah saya, idea saya tersekat-sekat je dari semalam...kalau ayat saya kelam kabut, Encik Pemeriksa anggaplah ayat saya tu sempurna,ye?

Haa lagi satu Encik Pemeriksa, janganlah strict sangat, kan ni tahun terakhir PTK...bagi jelah markah...mudah-mudahan Encik Pemeriksa murah rezeki...Aminnn

Aci tak kalau buat foot note cam ni? Kan students kalau tak tahu jawab exam selalu wat foot note... boleh tak kalau cikgu buat jugak???

Wednesday, November 24, 2010

Adam Rindu Ibu

haa...sejukkan hati dengar anak cakap macam tu pagi-pagi.... Alhamdulillah, semoga Allah memberi peluang untuk saya menikmati ayat manis ini setiap hari. Amin.

Sebenarnya, Adam tak ke mana, cuma nak ke Taska Ummie dalam 5 km dari rumah kami. Hari ni hari kedua Adam ke taska. Perubahan positif, Adam tak menangis lagi. Pergi dengan ceria dan siap cakap "hari ni Adam nak salam Ibu kat sekolah..." coz semalam he refused to shake hand with me.... sayu nak kene tinggal. But today, dengan senyum dan ceria Adam melangkah masuk ke Taska.

On the 1st day, selepas puas berperang nak mandikan anak BERTUAH Ibu ni..

Harapan Ibu semoga Adam dapat belajar berkawan. Yelah, kita ni hidup bukan depends on ourself sahaja. But we live in community, mesti terapkan rasa kekitaan dan bekerjasama pada anak-anak kecil. Semoga Adam faham satu hari nanti, bukan Ibu tak nak habiskan masa cuti Ibu bersama Adam....:)

Oklah, tak boleh cerita ceriti panjang-panjang. Still have my assignment to be completed...
Take care

psst: Happy Holiday Zety Zin:)

Monday, November 22, 2010

Kalaulah Aiesya...: Setahun sudah

Assalamualaikum anak Ibu,

Apa khabar anak Ibu yang sangat Ibu rindu. Tak tertanggung rasa rindu ini kalau bukan kerana sabar...

Aiesya, Ibu yakin Aiesya sekarang mesti bergembira dengan kawan-kawan Aiesya di sana. Aiesya mesti tengah belajar bertatih, mulut Aiesya mesti dah dapat mengucapkan beberapa patah perkataan, gelak tawa Aiesya mesti dah galak kedengaran dan senyuman Aiesya mesti semanis senyuman abang Adam. Alhamdulillah... walaupun Ibu hanya berimaginasi, tapi Ibu yakin janji Allah itu benar bahawa pemergian Aiesya adalah yang terbaik buat kita semua, walaupun terbaik itu amat menyakitkan,nak....

Aiesya sayang,
Ibu, Ayah dan Abang Adam sentiasa bercakap tentang Aiesya. Abang Adam cakap nak kumpul duit banyak-banyak sebab nak beli kapal terbang. Abang Adam kata sebab Adik Aiesya dia ada dekat bintang... Wahai anak Ibu, walaupun kami takkan dapat jumpa Aiesya selagi hayat dikandung badan, kalau ada kemungkinan, Aiesya datanglah melawat kami,nak...

Mungkin Ibu, Ayah dan Abang Adam tak dapat nampak Aiesya, tapi datang lah jenguk kami...

Aiesya kehidupan Ibu,
ketahuilah nak, bahawa Aiesya tetap hidup dalam hati Ibu. Tiada apa yang dapat menggantikan empty space yang Aiesya tinggalkan dalam hati Ibu. Ia tetap milik Aiesya. Ibu sentiasa berdoa, nak semoga kita akan dipertemukan... mungkin bukan di dunia ini, tapi di akhirat kelak... Ibu mohon, Aiesya juga berdoa yang sama juga kerana Ibu yakin doa Aiesya doa yang makbul.

Aiesya,
Ketahuilah nak, pada tanggal 22 November 2009, pukul 4.25pm, Ibu telah melahirkan Aiesya melalui ceaserean method di Hospital Batu Pahat selepas Ibu dipindahkan dari Hospital Melaka. Dan pada tanggal 22 November 2010 ini Ibu bukan meraikan ulangtahun kelahiran Aiesya yang pertama, tetapi merintih dan menangis bila Ibu tahun ini keseorangan tanpa Aiesya. Maafkan Ibu kalau Ibu menangis, maafkan Ibu kalau Ibu merintih, maafkan Ibu nak bila Ibu tak mampu untuk tersenyum seikhlas hati Ibu... bukan Ibu tak sayang, bukan Ibu tak suka... tapi hati Ibu tak mampu nak menghadapi hari ini.

Aiesya,
Ibu tak mampu untuk menulis panjang lagi, Ibu tak mampu menakung air mata Ibu lagi, Ibu tak mampu nak menahan tangis Ibu lagi....maafkan Ibu,nak.

Dihari yang bersejarah buat Ibu ini, Ibu teringin mengucup dahi Aiesya, Ibu teringin mendakap tubuh Aiesya, Ibu teringin mengusap ubun-ubun Aiesya, tapi apakan daya Ibu,nak....

Selamat Hari Lahir buat puteriku Aiesya Zaffan; semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah swt.

Saturday, November 20, 2010

Biar mati anak, Jangan mati adat

Gila! Itulah perkataan yang sesuai pada saya. Ada ke anak yang dah susah2 kita mengandungkan, besarkan dibiar mati semata-mata nak bagi adat tu diikuti... Memang gila!

Adat tu adalah ciptaan manusia, tapi kalau biar mati anak, jangan mati agama, InsyaAllah saya boleh terima. Sebab anak tu pinjaman dari Allah yang maha utama.

Erm, bukan apa; hari ni saya meneman Mak [panggilan pada mak mertua saya] ke rumah bakal biras untuk membincangkan aturcara majlis perkahwinan adik ipar saya yang akan berlangsung March nanti. Keluarga pihak perempuan inginkan Majlis Nikah diadakan selepas Asar dan Bersanding keesokan harinya. Mungkin untuk memberi ruang diadakan Majlis Berinai pada sebelah malam [after akad nikah]. Adatlah tu...

Namun, Mak mohon jasa baik pihak perempuan supaya Majlis Perkahwinan ini dimudahkan dan dibuat dalam 1hari sahaja untuk memudahkan pihak kami dari Muar [supaya tidak perlu bermalam]. Lagipun, pakcik makcik ramai yang dah tua dan sakit. Tak sesuai rasanya meninggalkan atok semalaman di Muar.

Alhamdulillah, keluarga pihak perempuan mengamalkan diplomasi dan bukannya memegang pepatah "Biar mati anak, Jangan mati adat" permohonan kami dipersetujui....Alhamdulillah.

Korang amalkan pepatah ni ker?

Thursday, November 18, 2010

TAG : November

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?

orang...sebab saya suka mengadu:P

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

pagi tadi beli mee goreng 4 bungkus, sbb maleh nak wat breakfast
sedap pulak tengok mee goreng ni

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

alamak, mak cik dah kawen lah.....xnak berangan pasal ni dah...sayang pak cik hubby!

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?

every day I fall in love with him heheheh

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

hingga hujung nyawa, InsyaAllah... Moga Allah perkenankan Aminnn


6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

kat umah ler...umah kami bersama, kekadang dating berdua TAMBAH satu [bukan cam lagu Suhaimi Meor Hassan n Anna Raffali tau] satu lagi tu, anak ku ler

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?

Men are from Mars, Women are from Venus by John Gray

8. apakah nama penuh korang?

Siti Rozila Zainuddin

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

Mama

but I love them both

10. namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?

Aiesya Zaffan, tgk sekejap pun jadilah...

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?

Mestilah!

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Dari dulu, bila cik abang nak bawa saya pergi, ye? Niagara Falls


13. pilih salah satu, peluk atau cium?

Hugs, biar absorb sikit kasih sayang [kata dah halal,kan?]

14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?

di tag oleh anak murid Faizah
dia becok
dia pandai, aminnnn
dia suka buat-buat comel hehhe

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?

My Oozy Orange
My tepon buruk, banyak jasa tu
My engagement Ring
My Black HyPpo
My everdearest Singer 8280 sewing machine:)


16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?

alamak, saya xde fav song, but selalu dengar Senyum by Malique Fea Najwa

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?

9th February 1981
Kat umah with Hubby and Adam

18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.

ZZ
Akma Azlin
Myzatun Husna {Anak HR tercinta}
Sis Baya
MamaElly

You are invite to do this tag, it is not compulsary:D

Penilaian Tahap Kecekapan [PTK]

mmm, bagi penjawat awam, istilah ini mungkin sudah biasa didengar. Tapi, percaya tak tahun ni kali pertama saya nak menduduki PTK ni. Walaupun PTK akan dimansuhkan tahun hadapan, sebab kami dah mendaftar untuk mendudukinya....harung juga lah...

Bukan saja-saja nak berkongsi...nak mengadu pada korang semua sebenarnya....
SAYA MALAS NAK BUAT TUGASAN!!!! Ada 4 paper tau!

2 aneka pilihan --- saya suka!
1 assignment --- saya tak suka!
1 presentation --- lagi saya tak suka!

Adoi, terpaksalah saya jadi budak sekolah semula dalam 2 minggu ni...Doakan saya ye kawan-kawan!

Aidiladha Kami

Salam Aidiladha,

Tahun ni seperti biasa aidiladha disambut simple je. Yang agak berbeza ialah tahun ni saya sebagai tuan rumah. Maklumlah, Mama n Papa mengerjakan haji di mekah. So, I am the one who take incharge di rumah nenek saya. Jangan tanya kenapa, bukan tak de pakcik makcik lain tapi mereka tak berkesempatan pulang awal. Banyak sangat komitmen lain. Jadi, kamilah cucu yang setia ni korbankan masa bersama nenek yang tinggal berseorangan.

Aidiladha saya dimulai dengan menyediakan persiapan adik-adik dan suami untuk ke solat hari raya.

Kemudian, usai solat...kami breakfast makan nasi goreng, rendang ayam pencen dan rebusan tulang yang saya sendiri sediakan. Saya mengaku saya memang x pandai masak. tapi sebab terpaksa....
Meaning, aidiladha kami, makan-tunggu tetamu-makan lagi-borak...sampai malam:)

So, macam mana aidiladha korang?

Sebenarnya ada benda yang nak saya kongsikan, namun risau kepantasan teknologi bakal menggugat silaturrahim...so, biarlah saya saya yang ambil iktibar...

Wednesday, November 17, 2010

Pertunangan Putera Britain

Hye,


Erm kalau korang, apa korang rasa dapat cincin tunang mak mertua?

hehehe...soalan cepumas ni. As for me, I think I'm honoured. Tapi bila cincin tu sejarahnya bukan manis-manis sahaja...it's creepy.


Tapi saya rasa Putera William ni beegitu menghormati Ibunya; Puteri Diana. Sebagai tanda menghargai Ibunya dia memberikan cincin milik Ibunya kepada insan tersayang....Cayalah! Satu penghormatan bagi ibu-ibu:)


Jom layan gambar pasangan secocok ini.



Wow! Sayang, saya nak satu! :)

Monday, November 15, 2010

Apa keje si becok ni?

Salam hari Isnin korang...

Nak bagi tahu yang saya dah start cuti yeay!!
And saya akan pulang beraya bersama uwan (nenek panggilan org nogori) terchinta.. And saya nak buat Aktiviti Type 1 dengan anak saya hari ni.

Untuk yang tak tahu apa aktiviti Type 1 ni, dalam sistem MR*M kami ada jalankan School Enrichment Program [Senang cerita pendedahan dan practical] ada 3 type altogether. So, Type 1 ni kira pendedahan lah cam lawatan, tgk wayang ke hehehehe...

Ok tak mau cerita pasal sekolah lagi, baru start cuti dah rindu sekolah ke Cikgu Ila???

lupa lak nak bagi tahu Type 1 apa yg saya nak buat? Saya nak balik kg naik bas sampai seremban. Berdua je dengan Adam. Sbb Adam x pernah naik bas... Nak tengok macam mana reaksi dia. Doakan saya selamat ye kawan-kawan...

Haa, actually nak tayang some of pics captured by Adam. Ntah apa-apa gambar yang dia amek. Kita saksikan ye, perspektif seorang anak kecil...

dari kiri; monyet tgh panjat divider, Ibu yang tembam, meja n kerusi yang sepah
kipas pun jadi bahan, edge cabinet and Ran detective Conan

Actually, saya bukan saja-saja tak sayang camera bagi anak main... tapi camera ni memang dah bengong sikit, so kami pun tak de la ralat bagi kat Adam... Amek la gambar banyak-banyak,nak...

Saturday, November 13, 2010

POLYVORE: Greyish Blue

Hari terakhir sekolah?

Sebenarnya dah beria menanti hari ini. dah berbulan-bulan lamenye. Kalau students dah beria-ia nak pulang ke rumah masing-masing, Cikgu pun same jugak...dah tepu rasanya dengan kerja-kerja sekolah yang tak berkesudahan.

Mesti korang kate jadi cikgu ni beruntung,kan? Boleh cuti lame2 dengan budak sekolah. Tul tak? betul,kan????
Lenkalilah saya cerita apa yang cikgu rasa pula...InsyaAllah.

Tapi hari ni nak cerita tentang hari terakhir yang tak menjadi....SEBAB, esok sekolah lagi. Walaupun students dah selamat sampai ke rumah. Cikgu still have to work. Sebab banyak laporan yang perlu disiapkan. So, Esoklah hari terakhir persekolahan semester ini......

Akan merindui students form 5 yang akan tamat persekolahan selepas 17 Disember nanti. So, kononnya Hari Jumaat yang mulia ni, berduyun-duyunlah pelajar saya datang memohon maaf, nak periksa lah katakan...I'll miss this moment. Sangat!

Thursday, November 11, 2010

EDUCATIONAL TOYS : Main Jigsaw Puzzle

Hye korang,

Saya memang suka jigsaw puzzle berbanding cross-word puzzle. It is very entertaining:)

So, saya memang nak introduce jigsaw puzzle pada anak saya.

Actually saya start beli jigsaw puzzle untuk Adam masa umurnya dalam setahun lebih. Gambar-gambar baby. Tapi, Adam just suka menyepahkan puzzle tuh sampailah sekarang banyak yang dah lesap...sabar jelah.

Baru-baru ni saya belikan a bigger jigsaw puzzle at MPH book fair. Saya aim nak cari gambar transportation, but end up with group of animals. May be korang leh beli gambar yang anak-anak korang suka.

Apa yang paling saya seronok ialah anak saya dah mula minat layan jigsaw puzzle ni. Dan semalam, dia dah boleh buat the whole jigsaw puzzle on his own! A big clap for Adam! As a token, saya belikan chocolate ZIP for him.

Hari ni Adam dah boleh buat lagi, sbb saya cakap nak ambil gambar dia attaching the jigsaw puzzles:) Bukan main belagak lah dia heheheh

"Jigsaw puzzles are fast gaining recognition as a useful educational tool that will help improve hand-eye coordination, spatial skills, analytical skills and much more in young children. The best way to enhance a toddler's experience and maximize the benefits of jigsaw puzzles is to start them young under the guidance of an adult."

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Lucas_Beown

Ha...a good activity with your child tau...lets have a quality time together!


Ibu, I'm trying to attach it...

Part by part ye...

Now it become a bigger attachment...

Tada...lost another 2 pieces...alllaaaaaaaaaa

Fuh!! Akhirnya

oh akhirnya siap juga. as usual menanda, menanda dan terus menanda....
stress! penat! tapi kena ikhlaskan hati....
Kalau markahnye macam ni, kan seronok menanda...


Tapi, kalau macam ni?


Cikgu yang sama, kenapa ada budak 8As in PMR leh dapat result cam ni????

Nampaknya, tugas berat menanti saya tahun depan....

Tuesday, November 9, 2010

Kurang sabar ---> A bad parenthood

Salam,

feeling so sad rite now. Secara tak sengaja menjerit kat Adam sbb dia pun tak sengaja menjatuhkan Netbook saya. Kawan-kawan, ini adalah satu cara yang tak baik pada anak-anak. Saya mengaku, saya memang kurang sabar, sbb tgh sibuk menyiapkan kerja untuk esok.

Saya tahu, Adam sebenarnya bosan sebab nobody accompany him. Ayah dia dah terlelap kepenatan. Ibu pulak sibuk mengadap kerja dengan kertas budak bersepah depan mata and busy typing list of students. Penting! Coz it related with money...salah kira nnt kene ganti laks.

Adoilah Adam, Ibu minta maaf,sayang. Ibu terjerit pada Adam. Terus Adam tertidur kesedihan. Sian anak Ibu....Maafkan Ibu,nak.

Monday, November 8, 2010

Senyum :)

Korang suka tak lagu ni? Saya suka, dengar tajuk pun saya dah senyum....
Jom kita senyum sama-sama:)


Sunday, November 7, 2010

Afiq Rafiqi bin Suffian

Pandanganmu
Menggamit kisah
Suka dan duka

Pandanganmu
Seolah memberi erti
Setulus salam dari yang dirindui

Pandanganmu sayang
tulus dan menenangkan
harummu mengasyikkan

Membesarlah sayang
Dengan sihat dan sejahtera
Sebagai pengubat duka
Di hatiku yang ditinggalkan....


Afiq adalah anak buah saya yang dilahirkan sehari selepas pemergian Aiesya. Maafkan Mak Long kerana memandang Afiq menghibakan hati Mak Long. Kerana luka ditinggalkan masih ada parutnya.

POLYVORE: Whity Pink

Thursday, November 4, 2010

Jom anak kita membaca!

Reading Books With Toddlers: Why and How to Read to Small Children

Salam,

Kalau bab membaca ni, memang hobby saya. Tapi dari membaca buku yang seronok dibaca, kini hobby saya nih dah jadi membaca answer sheet anak murid. Sangat tidak mengujakan.

So, disebabkan terseksanya saya membaca bahan bacaan yang tak seronok, saya sebaliknya jadikan hobby membaca saya sesuatu yang seronok bersama anak bujang saya; Adam. For your information, Adam berumur 3 tahun. Di sini saya ingin tegaskan, membaca dengan anak adalah saat yang sangat menyeronokkan. Kami dapat berkongsi childish thought! Kiranya kita dapat mempamerkan sifat keanakkan kita; selain menghilangkan stress, anak kita pun seronok.

Apa yang korang buat masa membaca bersama anak korang?

Saya boleh jadi giant [in Jack n the beans stalk], saya juga boleh jadi Serigala [red riding hood]. Inilah antara cerita mat salleh yang saya dah melayukan. Red Riding hood jadi MIMI [bestfriend saya namanya MIMI:)] Saya ajar Adam name sayur dan some sort of makanan dalam cerita ni. Even dalam kereta pun kami leh bercerita [bukan membaca, tapi bercerita semula]

Now activity malam kami, membaca encyclopedia dinasour. Anak saya ni selain addicted dengan bajak, dia pun addicted to dinasour. And I think it is not wrong to introduce him to encyclopedia.

Apa yang saya perasan, berbanding dengan rakan sebaya Adam yang lain, anak saya ni banyak sikit vocabnya. And I am strongly agree that is because of the reading activity.Tapi saya berazam, bila Adam dah start sekolah nanti, saya nak perkenalkan dengan cerita-cerita nabi, InsyaAllah.

Korang, jangan lupa ye MEMBACA JIWA BANGSA :)

Wednesday, November 3, 2010

Anak mangsa perceraian

Salam,

hari ni baca blog member lama. Entrynya hari ini berkisar tentang contoh mengapa kes perceraian yang makin lama main meningkat. Sedih memikirkan suami yang dihormati dan dipercayai boleh berubah bila berada di belakang kita. Saya tak berniat nak menghuraikan situasi ini, tapi saya teringin berkongsi kesan perceraian ke atas anak-anak. Specifically, anak remaja.

Kesian memikirkan anak remaja yang sememangnya sedang mencari identiti terpaksa melalui dugaan sebagini. Bagi golongan dewasa, perceraian memang menyakitkan namun mungkin merupakan jalan penyelesaian bagi masalah mereka. Saya tak berniat untuk menghukum, tapi anak-anak adalah mangsa sebenar perceraian walau apapun alasannya.

Kes 1
Pelajar saya membesar dalam keluarga yang berpecah akibat perceraian. Dia tidak dapat berikan tumpuan, walaupun pada zahirnya baik anak ini sering memikirkan bagaimana ibunya, apa yang berlaku pada adik-adiknya, mana ibunya akan tinggal... Kebetulan dia adalah anak sulung. Makin lama, dia dilihat makin hanyut dengan kerisauannya dan seperti sampan yang hilang dayungnya.

Kes 2
Kenalan saya juga membesar dalam keluarga yang berpecah. Alhamdulillah dia dibesarkan oleh neneknya dan ayahnya. Walaupun kini beliau berjaya, namun adik-adiknya tetap kelihatan menerima tempias kehilangan. Seingat saya, ada dia bercerita "pergi rumah mak, ayah kata itu ini...pergi rumah ayah, mak pulak bebel macam-macam. Buat apa pun serba serbi salah." Kesian,kan berada dalam serba salah sentiasa.

Sebenarnya, kes 1 tu ada lah masalah biasa di sekolah saya kerana selalunya mereka menjadikan rakan-rakan sebagai pendamping yang rapat. Jika pelajar didapati bermasalah samada masalah disiplin ataupun pelajaran; keluarga yang berpecah adalah penyebab yang paling ketara.

"Ya Allah, peliharalah rumahtangga kami. Serikanlah rumahtangga kami dengan cahaya kebahgiaan...Amin."

p/s: Entry ini adalah pendapat peribadi saya, tiada kaitan dengan mana-mana individu.