Thursday, April 1, 2010

Sengsarakah menjadi CIKGU?

Salam,

heheheh...biarlah saya mulakan entry ini dengan ketawa. Sebabnya, ketawa penawar duka. Tajuk entry kali ini sebenarnya sama dengan tajuk am crew pagi tadi; Khamis-1 April.

Saya mendengar banyak pendapat daripada pendengar-pendengar Hot FM tentang isu ini. Yang bukan guru juga memberikan pandangan. Ada yang kata guru-guru banyak kerenah, nak naik pangkat cepatlah, banyak cutilah, keje separuh harilah, keje 2-3 jam je seharilah....and the list goes on....blablabla....heheheh

Ya, itulah pandangan yang sering masyarakat lemparkan kepada kami; guru-guru.

Mungkin kami tidak seperti pekerja sektor swasta yang balik ke rumah selepas Isyak

Mungkin juga kami tidak seperti Pengarah di pejabat-pejabat kerajaan yang perlu menandatangani kontrak mahupun tender bertingkat-tingkat.

Mungkin juga kami tidak seperti Doktor di Hospital yang kerjanya tak tentu masa....semuanya mungkin...

Hakikatnya, kami hanyalah CIKGU yang pergi ke sekolah seawal 7.00 pagi [sebab 7.30 dah start kelas] dan kebanyakkan kami pulang ke rumah selepas pukul 4.00 petang. KENAPA???

Selain dari tugas kami mengajar [yang memerlukan kami berdiri selama 2-3 jam sehari...tak boleh dudukye...menyalahi etika perguruan... we also have to give lecture, doing the impression mimics in order to make our students understand what have we thought that day]
Penat tau...otak berfikir dan tenaga physical juga digunakan sebab kami bekerja dengan manusia, melayan manusia bukan seperti melayan mesin...manusia ni banyak ragamnya...CIKGU juga perlu menjaga emosi...
[agaknya ramai yang stress sebab dengar banyak sangat masalah pelajar....may be...]

Kami juga adalah CIKGU yang menjadi urusetia sukan sekolah yang berada di padang bila tiba jadual ko-kurikulum. Di sekolah saya setiap petang Selasa pukul 5.00 -6.00ptg...[Boleh ke kami pulang awal?]

Kami juga adalah CIKGU yang menggunakan masa malam [yang orang lain guna untuk bersama keluarga] untuk merancang pengajaran keesokkan harinya.

Kami juga adalah CIKGU yang masa cutinya dihabiskan dengan menanda skrip-skrip jawapan pelajar yang secara puratanya berjumlah 125 keping skrip...bukan soalan objective ye, tetapi essay dan structure.


Kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan masyarakat. Jadi janganlah usaha kami diperkecilkan. Kami juga mohon peranan kami dihargai kerana kami berusaha dengan ikhlas untuk mencari rezeki seterusnya membantu anak-anak bangsa.

So, jom kita layan gambar-gambar cik google nih...tqvm kepada pelukis, saya pinjam ye...





daa..and take care:)



2 comments: