Salam,
entry ini adalah luahan perasaan saya, jadi kalau sesiapa rasa saya mengada-ngada...rasanya tak perlulah terus membaca...:)
hari ini dah 3 bulan Aiesya meninggalkan saya. Saya mengaku, saya agak leka kebelakangan ini dengan kerja-kerja yang saya cari sehingga saya percaya saya telah dapat menyesuaikan diri dengan ketiadaan baby saya. Tapi rupanya saya salah. Secara tiba-tiba malam tadi hati saya sayu sangat, dan tak dapat menahan diri daripada menitiskan air mata. Boleh dikatakan hari ini adalah hari air mata saya.....
Dalam kereta pun dah tak de siapa buat lawak nak menghiburkan saya [sbb dj kat era dah tak menghangatkan pagi saya] Sepanjang jalan, saya pilu seorang diri...saya tahu, anak saya bahagia di SANA, saya tahu ini yang terbaik untuk kami, tapi kenapa saya sayu???
Aiesya anak Ibu,
Percayalah Ibu takkan pernah dapat melupakan Aiesya. Aiesya ada dalam diri Ibu. Bila Ibu rindukan Aiesya, Ibu usap kepala Ibu macam Ibu selalu usap kepala Aiesya....Itu saja Ibu mampu lakukan.
Ibu tak pernah lupa sedeqahkan Al-Fatihah untuk Aiesya dan mendoakan semoga Aiesya ditempatkan di tempat orang yang istimewa di sisi Allah....Semoga Allah akan pertemukan Ibu dan Aiesya di akhirat kelak....Amin...
saba cikgu....
ReplyDeleteAku sebak Ila...:(
ReplyDeletehye syamilla...
ReplyDeleteyup kesabaran lah punca kekuatan...:)
hye roza...lama tak sempat menjengok blog...
tq for your emphaty..really appreciate it..:)
sufia dah ok???
Assalammualaikum.
ReplyDeleteSemuga ketenangan akan menjadi milikmu sebagaimana saya pun amat mengharapkan ketenangan itu. Kehilangan anak adalah sesuatu yang amat memilukan. Walau apapun mereka adalah pinjaman sementara buat kita. Hanya Allah SWT yang tahu betapa pilunya hati seorang ibu bila kehilangan anak tersayang.
Salam Azie,
ReplyDeleteTerima kasih. Ye, saya sentiasa berdoa semoga Allah memberi kekuatan dan ketenangan kerana saya percaya beliau berada di tempat yang terbaik. Inilah yang paling baik Allah janjikan untuk kami, meskipun amat berat menerima hakikat itu.
Take care
Salam Ila, akak pernah rasa kehilangan orang yang disayangi iaitu arwah abah. Memang tahun pertama..terasa benar tapi banyakkan zikir dan doa utknya, nescaya hati kita akan tenang nanti.
ReplyDeleteAkak selalu doakan Ila kuat dan teruskan kehidupan dengan penuh istiqamah.
Terima kasih kak n...
ReplyDeletesemoga Allah merahmati kita semua....Insyaallah...