Sunday, January 10, 2010

Ingatan saat akhir Aiesya Zaffan bt Shah Rizal

Salam Joy,

Today is 10th of January. Telah 4 hari puteri ku meninggalkan kami. Entry ini hanyalah imbasan saat-saat akhir aku bersama Aiesya. Semoga kenangan ini terpahat kukuh dalam ingatan aku.

Selasa 050110
Rupanya hari ni merupakan kali terakhir Aiesya membuka mata sewaktu Ibu datang. Pandangan matanya sangat tenang dan memandang Ibu dengan sayu [seperti dalam entry ini] Padanlah hati Ibu sangat berat hendak melangkah pulang. Malah Ibu berpatah balik selepas melangkah pergi.

Rabu 060110
Jam 1130 am Ibu menerima panggilan dari hospital meminta Ibu datang kerana Aiesya lemah, Dr inginkan sampel darah Ibu supaya blood transfusion dapat dilakukan. Ayah juga membatalkan meeting, lalu kami bergegas ke Batu Pahat selepas meninggalkan Adam di Muar [rumah MIL]

Ye, mmg Aiesya sangat lemah, tidak seperti semalam. Malah matanya tertutup rapat, tangan Ibu pun tak mampu digenggam lagi. Kami pulang ke Muar selepas blood transfusion dijalankan kira-kira pukul 9 malam. Jam 1130 pm Ibu menghubungi hospital dan telah dimaklumkan bahawa keadaan Aiesya telah kembali stabil.

Sementara itu, di Muar [diceritakan oleh Mak] semasa sedang bermain, Adam tiba-tiba menunjuk ke arah kereta Atuk Mad dan berkata "Atuk, adik Aiesya!" bila Mak bertanya di mana, Adam berkata "kat Kereta Atuk". Kami terfikir Adam memang tidak pernah berjumpa Aiesya, malah kami memamg tidak pernah mengambil gambar Aiesya. Setelah Aiesya pergi, kami terfikir mungkin kah Aiesya datang berjumpa abangnya sebelum dia pergi jauh........Allah sahaja yang tahu.

Khamis 070110
Jam 9 pagi, Shah call hospital untuk bertanyakan keadaan puteri kami. Beritanya adalah positif. Aiesya kelihatan baik. Lalu kami bercadang untuk pulang ke Melaka. Dalam perjalanan pulang, lebih kurang jam 1130 am, Ibu menerima panggilan dari hospital mengatakan Aiesya amat kritikal dan Dr ingin berjumpa. Shah buntu, kerana makluman ini bercanggah dengan makluman yang kami terima pagi tadi. Malah kereta kami hampir terlanggar sebuah Mercedes kerana Shah tak perasan. Kami berpatah semula dan meninggalkan Adam di rumah MIL.

Sampai di hospital, keadaan Aiesya memang menyayat hati. Matanya terbuka separuh dan tiada lagi daya untuk bergerak. Hati Ibu memang telah pasrah kerana hujung kaki Aiesya telah mula sejuk. "Ya Allah, puteri ku dalam sakaratul maut." detik hati Ibu.

Dr memaklumkan beliau tidak pasti Aiesya mampu bertahan atau tidak kerana sebelum kami sampai, jantungnya telah terhenti namun kembali berdegup selepas diberi bantuan. Detik hati Ibu makin kuat....selepas kami membacakan Aiesya Yaasin, zikir dan kalimah syahadah....keadaan Aiesya makin lemah sehingga sensor sudah tidak mampu mengesan SpO2 [level of oxygen] dalam badannya.

Ibu bergegas ke bilik solat untuk menunaikan tanggungjawab solat Zuhur dan Asar [Jamak Takdim]selepas Ayah selesai menunaikan tanggungjawabnya. Ibu bisikkan ke telinga Aiesya supaya menunggu Ibu. Ibu ingin berada di sisi Aiesya di saat akhirnya. Alhamdulillah Ibu sempat mengerjakan Solat Hajat dengan doa supaya Allah memudahkan Aiesya dan supaya Malaikat Maut menjemput Aiesya dengan cara yang paling lembut.....Apalah lagi yang mampu Ibu lakukan....

Dan Alhamdulillah...Allah memberi Ibu peluang berada di sisi puteri Ibu di hujung usianya. Ibu bersyukur kerana Ibu dan Ayah sama-sama membacakan Yaasin sekali lagi dan mengucapkan kalimah syahadah berkali-kali kerana ECG telah menunjukkan degupan jantung Aiesya sangat-sangat lemah.....Ibu tak dapat kongsikan bagaimana rasanya seorang Ibu menghadapi saat-saat akhir bayinya di sini...there's no words to describe it....

Akhirnya, jam 430 pm Dr Ahmed [Specialist] telah mengesahkan Aiesya telah kembali ke rahmatullah secara rasmi. Namun, Ibu dan Ayah yakin sebenarnya Aiesya telah pergi lebih awal daripada itu, around 400 to 415 pm.....Pergilah bidadari Ibu....Ibu redha walaupun rasanya bagai separuh nyawa Ibu hilang sekelip mata.

Maaf....Aku tak mampu meneruskan entry ini. Ianya sangat menyakitkan dada....
Next entry Ibu akan kongsikan saat-saat kami menguruskan Jenazah Aiesya selepas Bidadari ku disahkan meninggal dunia.

3 comments:

  1. ila..takziah..i cried reading this entry..

    ReplyDelete
  2. Tq Aisha...

    nnt jumpa kat maktab yer...take care

    ReplyDelete
  3. saye hrp ce'gu bsabar.u make me cry reading this entry.sy syg ce'gu!

    ReplyDelete