Thursday, January 14, 2010

Genap Seminggu

Salam Joy,

Hari ni hari Khamis. Genaplah seminggu pemergian Aiesya.

Alhamdulillah, telah 2 hari aku mula bekerja kembali. Jadi most of my time adalah di sekolah. Kawan-kawan dan kakak-kakak banyak membuatkan aku lupa tentang ujian yang kami lalui....aku mula belajar akan kehilangan ini dan try to think at the bright side. Aku mengaku 70% aku berjaya. Namun, bila pulang ke rumah, sunyinya sangat-sangat terasa. Aku masih tidur bersama kain batik yang digunakan untuk membalut Aiesya. Maafkan aku, aku masih merindui anak aku. Hanya kain batik ini sahaja yang aku ada. InsyaAllah, as time goes by, aku akan cuba membuang tabiat ini.

Alhamdulillah juga, Shah telah berjumpa dengan bilal Masjid Kg Tun Razak berhampiran rumah kami dan beliau sudi membantu mengadakan tahlil untuk arwah Aiesya. Lagipun, hari ini malam Jumaat. Kami tidak mampu untuk mengadakannya di rumah. Bukan sebab kewangan, tapi urusannya.

Setelah 7 hari, Adam semakin kurang bertanya tentang adiknya. Budak-budak, ingatannya lebih kepada apa yang selalu berlaku. Namun, bila melihat baby [jika kami keluar] pasti Adam akan tunjuk dan menyebut adik Aiesyanya. Sedangkan Adam yang hanya sekali melihat Aiesya pun masih teringatkannya, apatah lagi aku yang mengandungkan dan berkongsi segalanya dengan Aiesya.....tapi, hidup perlu diteruskan. Aku mesti kuat, I don't want this situation to affect Adam. He deserves full attention.

"Anak Ibu, semoga Aiesya aman di sana. Ibu doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Aiesya. Ibu doakan kita sekeluarga akan dikumpulkan di hari akhirat kelak. Ibu doakan Aiesya akan mengenali Ibu nanti, InsyaAllah.....Amanlah di sana"


3 comments:

  1. ila....pelissssss
    lagu kau pergi ni jgn dgr sgt kay
    luv u dik...
    salam syg buat adam

    ReplyDelete
  2. tqvm kak...

    ila dah ok, insyaallah...
    lagu nih buat peneman sunyi jer...
    shah tak balik lagi...tapi x leh hayati lah dianyer lyrics...

    music dia layan jer...
    take care kak...luv you too...

    ReplyDelete
  3. salam, saya tau pasla blog ila dr blog farah 5577. takziah sy ucapkan atas pemergian bidadari kalian. semoga terus tabah mengharungi sisa2 hidup. insya Allah, arwah Aiesya menanti ibu & ayahnya di syurga, amin.

    ReplyDelete