Monday, January 11, 2010

Menguruskan Jenazah Anak Kecil

Salam Joy,

Berdasarkan entry ini , aku telah berjanji akan menulis how was the flow during pengurusan Jenazah Aiesya.

Selepas Aiesya disahkan meninggal dunia, kami diberi masa bersama jasad Aiesya sementara nurse datang untuk membersihkan jasad bayiku dari segala macam wires and tubes. [Untuk pengetahuan, Aiesya merupakan bayi pramatang kami yang dilahirkan selepas berada hanya 31 minggu dalam rahim Ibu. Jadi Aiesya needs breathing support, medicine and so on from the Dr. Aiesya juga meninggal dunia akibat chronic respiratory distress syndrome - kegagalan peparu untuk menyerap oksigen].

Ibu usap ubun-ubun Aiesya yang sudah tidak bernyawa sambil berusaha sedaya upaya untuk bersabar. Ye, Ibu mengaku Ibu menangis....Ibu tidak sekuat mana, namun Ibu cuba untuk mengawal tangisan dan perasaan Ibu supaya Aiesya yang telah pergi takkan ralat melihat keadaan Ibu. Berkali-kali Ibu ucapkan "Allahu Akhbar" supaya Ibu lebih kuat menghadapi jasad bayi Ibu yang pernah berkongsi segalanya dalam rahim Ibu.

Selepas jasad Aiesya siap dibersihkan, Aiesya dibaluti dengan kain hospital dan kain batik yang Ibu bawa. Ibu mohon untuk memangku jasad Aiesya buat kali pertama dan terakhir. Badan Aiesya yang lembut Ibu pegang berhati-hati kerana bimbang Aiesya merasa sakit...kerana apa yang ibu tahu bila jasad bercerai dengan nyawa sakitnya bagai ditusuk 1000 bilah pedang. Ibu berdoa, agar insan sekecil dan sesuci Aiesya tidak melalui sakaratul maut yang menyakitkan. Untuk pengetahuan, mata Aiesya tidak tertutup rapat, jadi Ibu urut dan usap perlahan-lahan.

Sementara pihak NICU menyediakan surat-surat berkaitan, Ibu dan ayah diberi masa bersendirian di dalam bilik Aiesya. Kami memaklumkan kepada Iza [insan juga nurse yang menganggap kami saudara walaupun hanya mengenali Ibu semasa Ibu melahirkan Aiesya di Hospital Bt Pahat] dan beliau bergegas datang ke NICU. Apabila Iza peluk Ibu, air mata Ibu mengalir laju sambil tangan Ibu masih mengusap wajah Aiesya.

Alhamdulillah....hampir kesemua urusan kami dipermudahkan. Kami dihubungkan ke bilik mayat untuk urusan pengkafanan Aiesya. Ayah takut Ibu tak mampu menghadapi situasi ini, namun Ibu bertekad dan berdoa supaya Allah memberi Ibu kekuatan kerana Ibu ingin menghabiskan sisa masa yang tinggal bersama Aiesya. Lalu jasad Aiesya Ibu kendong ke bilik mayat. Semasa memandikan Ibu juga berada di sisi Aiesya ditemani Iza dan suaminya. Ayah terpaksa menguruskan beberapa perkara lain. Alhamdulillah sekali lagi Allah pinjamkan Iza untuk menemani Ibu...

Selesai mengkafankan Aiesya, Ustazah memberi kami masa untuk mengucup Aiesya. Cantik dan tenang sekali wajah anak Ibu. Ibu tahu Aiesya telah mendapat tempat yang baik dan inilah yang terbaik yang Allah janjikan untuknya. Alhamdulillah Ibu sempat membacakan Yaasin sambil memangku jenazah Aiesya yang siap berkafan di dalam kereta sementara menunggu Ayah, Ayah Mad dan Cha'an solat Maghrib. Jenazah Aieysa disembahyangkan di Masjid Daerah Bt Pahat yang terletak berhampiran dengan hospital. Jam 800 pm kami bergegas pulang ke Muar. Sekali lagi Allah memudahkan urusan kami di mana Cha'an dan Ayah Mad sempat datang ke Bt Pahat kerana risau kami tidak mampu menghadapi saat ini.

Sampai di Muar hampir pukul 900 pm. Ibu lihat ramai yang hadir. Terima kasih semua...\
Turun dari kereta sambil mengendong Aiesya, Mak segera menyambut Aiesya dan dibawa ke dalam rumah. Ibu lihat Adam bergegas berlari ke arah Ibu. Ibu ajak Adam berjumpa Adik Aiesyanya sambil menahan sebak. Semasa Adam melihat Ibu mengalirkan air mata, dia turut menangis. Hibanya hati Ibu.

Ibu pangku Adam menghadap Jenazah Aiesya. Adam berkata, "bu, Adik Aiesya tido, eh?" Ibu anggukkan sahaja...namun tatkala Mak hendak menutup semula wajah Aiesya dan membalutnya semula dengan kain batik, Adam bertanya lagi, "bu, Adik Aiesya nak pegi mana? Nape selimut Adik Aiesya" Ibu tak mampu hendak menjawab pertanyaan anak kecil ini.....Ya Allah, berilah aku kekuatan....

Jenazah selamat disemadikan tepat jam 945 pm di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Batu 6, Bakri...kira-kira 500m dari MRSM Muar. Alhamdulillah, hasrat kami untuk segera menyempurnakan Jenazah Aiesya telah dipermudahkan Allah. Alhamdulillah juga Ibu mampu memangku dan mengendong Aiesya sehingga ke kawasan perkuburan sebelum disambut oleh Ayah. Ibu puas hati kerana inilah yang terbaik yang Ibu mampu lakukan. Ibu tinggalkan Aiesya di tempat yang terbaik untuk mu, nak....Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anakku Aiesya Zaffan bt Shah Rizal.....

Aku ingin berkongsi hari-hari yang aku lalui dalam entry akan datang....what is the most hardest things is when I have to answer all type of questions from Adam....Insyaallah dalam entry akan datang.

7 comments:

  1. salam...
    cikgu nie saye UZAIR 501...
    x tau la cegu ingat lg ke x...
    takziah la di atas pemergian anak cegu...
    semoge cegu dpt bersabar la dgn dugaan ni...

    ReplyDelete
  2. Salam uzair...yer saya ingat 501 kan kelas glamour...

    tqvm...take care juga

    ReplyDelete
  3. salam cekgu..
    takziah atas pemergian arwah..
    sy pn dpt rasa ape yg ckgu rase..
    arwah adik sy meninggal time sy darjah 2 sbb sakit jantung berlubang..masih ingat lg detik2 akhir..ermm....

    ReplyDelete
  4. terima kasih udien...

    mmmm...alhamdulillah Allah pinjamkan mereka pada kita...at least we still have time with them...
    semoga Allah memberi kekuatan...

    anyway....take care....

    ReplyDelete
  5. inalillah.
    saye baru je taw cikgu.
    semooga cikgu diberikan ketabahan dan kekuatan.
    take care cikgu.

    atikah 504.

    ReplyDelete
  6. salam ila..rindunyer kt kwn lama...akhirnya jumpa jg kt alam maya ni..aku dh bc kisah ko ila...takziah.semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga ibu dan ayahnya diberi kekuatan dan kesabaran....

    ReplyDelete
  7. atikah...

    terima kasih...take care juga..

    lia...terimakasih...
    insyallah...semoga allah beri kekuatan...

    haah...jumpa kat sini yer kita...
    jgn lost contact lagi...

    ReplyDelete