Thursday, December 10, 2009

Update tentang Aiesya

Salam Joy,

Hari ni Aiesya dah 29 hari...Alhamdulillah Aiesya masih diberi Allah kebenaran untuk meneruskan usahanya.
Aiesya masih lagi memerlukan ventilator kerana peparunya masih dikategorikan sebagai lemah dan berada dalam tahap kritikal.


Namun, telah 2 hari Aiesya dibenarkan minum susu. Hari Ahad lepas Aiesya terpaksa dipuasakan semula kerana keadaannya yang kurang stabil selepas 1 hari dibenarkan menyusu. Alhamdulillah susu Ibu masih cukup untuk dibekalkan kepada Adam dan Aiesya. (Walaupun untuk Adam hanyalah sebagai tambahan sahaja). Ibu harap 2ml susu ibu per 3 jam akan membantu Aiesya melawan kuman dan memulihkan dari penyakit.

Apapun, semuanya Ibu serahkan kepada Allah...semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua kerana Allah Maha Tahu lagi Maha Menentukan sesuatu...

2 comments: