Salam Joy...
Hari ini sudah 6 hari, dan Aiesya masih lagi dalam keadaan kritikal. Peratus Oksigen dalam badannya masih rendah daripada yang sepatutnya.
Semasa melawat Aiesya hari ini, Ibu melihat wajah Aiesya sangat tenang. Tenang hati Ibu melihat Aiesya. Namun, di sebalik ketenangan itu wajah tenang Aiesya itu amat menyayat hati Ibu. Hati Ibu bagai dirobek-robek, seluruh kebahagiaan Ibu seolah ditarik dari kehidupan Ibu. Tapi apalah daya Ibu, Aiesya....Ibu hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Aiesya...
Semoga Allah mempermudahkan apa saja yang ditakdirkan untuk Aiesya....
"Hasbi Allahu La Ilaha Illahu, wa Alaihi Tawakkaltu, wahuwa Rabbul 'arsyil 'azim"
No comments:
Post a Comment