Monday, November 30, 2009

Aiesya Zaffan

Salam Joy...

Dah hampir 4 hari sejak Dr mengesahkan peratus pemulihan Aiesya semakin berkurangan. Itu bermakna sudah 4 hari juga Ibu berulang ke Hospital Batu Pahat untuk menemankan Aiesya. Air mata ibu masih mengalir mengenangkan puteri yang dikandung semakin lemah. Namun begitu, Ibu bangga mempunyai puteri sekuat Aiesya.

Jika dikira sejak hari pertama Ibu mengalami pendarahan semasa mengandung, kini lebih 4 bulan Aiesya berusaha dan terus berusaha untuk hidup. Memang amat sesuai Ibu dan Ayah namakan puteri kami sebagai Aiesya yang bermaksud 'kehidupan'. Aiesya akan terus hidup, sayang...walau di mana juga Aiesya berada.

Selama 4 hari ini kami berusaha memberi semangat kepada Aiesya. Bukan sebelum ni kami tak buat. Cuma kini ia lebih spiritual. Kami (ayahnya, Ibu hanya mengikut di dalam hati) bacakan Yaasin. Supaya Allah mempermudahkan usaha Aiesya. Walau apapun kesudahannya, Ibu dan Ayah redha dan pasrah kerana kami tahu Aiesya pasti berada di kalangan yang istimewa di sisi Allah. Ibu juga zikir untuk Aiesya supaya puteri Ibu akan tenang berjuang.

Sesungguhnya, hati ibu mana yang tidak sayu melihat anak yang dikandung berbulan-bulan bergelut dan berusaha untuk terus hidup. hati mana yang tidak sayu melihat tubuh merah anaknya penuh dicucuk jarum dan tube....hati mana yang tidak sedih bila mana Dr memberitahu bahawa kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan kerana peluang anak kami untuk hidup makin tipis...hati siapa????

Namun Aiesya Zaffan, Ibu dan Ayah percaya semua
ini ada hikmahnya buat kita semua. Sabarlah sayang...Kami mendoakan Allah mempermudahkan segala-galanya buat Aiesya....
Sayang...Ibu sayang Aiesya....

1 comment:

  1. Ila, really tertinggal kisah baby prem Ila nih....Aku doakan yang terbaik buat Ila sekelaurga....semoga Ila tabah hadapinya kay...keep updating...

    ReplyDelete