Selamat menyelesaikan ibadah puasa hari yang ke-9:)
hmmm...alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjalani ibadah ini. CR pun sangat bersyukur dapat berpuasa tanpa banyak uzur memandangkan si kecil di dalam juga turut berpuasa:)
Oh, Hari ni nak share resepi lah. Jika dirujuk dari entry ini CR hanya sertakan gambar sahaja. So, hari ni alhamdulillah, memenuhi janji yang sekian lame, boleh lah dikongsikan cara-cara membuatnya.
Bahan:
- Daging Kambing tempatan (di potong agak nipis -- CR suruh abg di kedai je potongkan sbb daging kambing ni tulangnya merata-rata, takut potong sendiri hancur pulak tulangnya)
- 1 peket rempah beriani Maggi / Adami / apa-apa sahaja jenama yang ada
- Bawang besar, bawang putih, halia (blended together - agak-agaklah kuantitinya)
- Bunga cengkih, bunga lawang, lada putih, buah pelaga dan kulit kayu manis untuk menumis
- 2 sudu besar Minyak sapi
- 2 pot Beras basmathi
- 1/4 cawan susu cair
- 3 sudu besar tomato sos
- Garam
- Kismis 2 genggam
- Daum ketumbar
- Bawang Goreng
- Hirisan Tomato (sebiji pun cukup)
- Bersihkan daging kambing -- CR google je (lumur dengan tepung gandum 20 min, cucikan bersih-bersih. Then rendam 20 min dalam air limau, cuci bersih-bersih)
- Perapkan daging kambing dengan sebahagian rempah beriani selama 1-2 jam
- Panaskan 2 sudu besar minyak sapi, tumiskan bahan yang telah dikisar bersama rempah penumis (bunga cengkih, bunga lawang, lada putih, buah pelaga dan kulit kayu manis) sehingga naik bau.
- Masukkan daging kambing yang telah diperap tadi bersama baki rempah beriani. Biarkan sehingga pecah minyak
- tambahkan sedikit air, kacau
- tambahkan susu cair dan sos tomato, kacau
- Sementara menunggu kuah beriani tadi menggelegak, basuh beras dan toskan dan masukkan dalam periuk.
- Apabila kuah telah menggelegak, ambil beberapa potongan daging kambing susun atas beras yang telah ditoskan tadi beserta sedikit kuah beriani
- susunkan hirisan tomato dia atas daging, seikat daun pandan dan secubit garam
- Tambahkan air sehingga paras air untuk memasak nasi. Masakkan nasi guna rice cooker.
- Baki kuah beriani tadi, tambahkan kismis dan cili (sebiji pun cukup) serta garam secukup rasa.
- Setelah nasi siap masak, taburkan daun ketumbar serta bawang goreng.
- Hidangkan semasa panas bersama kuah beriani tadi:)
Dah tak sabar nak captured gambarlah ni:) Dalam periuk pun jadi.. |
Boleh dihidang dengan salad, timun, hirisan tomato beserta sos salatah.
salam Pn, mohon copy resepi nie nak cuba buat.
ReplyDeletesalam....nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)
ReplyDelete