Saturday, July 14, 2012

Ramadhan yang Menjengah

Salam,

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan Al-Mubarak bakal menjengah.  Tak sabar sungguh rasanya menerima kunjungan Ramadhan kali  ini.  Doa Cr sempatlah CR menerima kunjungannya dan dipanjangkan umur untuk bertemu nya lagi di tahun akan datang.

So, persediaan mental dan fizikal harapnya telah berjalan, ye kawan-kawan:)

CR nak share sedikit amalan yang boleh kita laksanakan nanti:)

berdasarkan hadith Nabi s.a.w: 
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak (Riwayat Ibn Majah: Sohih)


  1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
  2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
  3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
  4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
  5. Bersiwak atau menggosok gigi.
  6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
  7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
  8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
  9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
  10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
  11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Semoga dapat kita kongsikan dan beramal dengannya.

No comments:

Post a Comment