Saturday, July 7, 2012

Isteri Yang Baik....

Salam,

chit-chatting dengan seorang kakak during breakfast beberapa hari lepas.... Sangat tertarik dengan nasihatnya.  Memang menampakkan kematangan dan tolak ansur beliau dalam melayari alam rumahtangga.  Saya sangat setuju dengan nasihat beliau, malah permah mengingatkan adik lelaki saya perkara yang sama.


"Isteri yang baik sepatutnya sentiasa mengingatkan suami tentang keluarganya.  Ini kerana tangungjawab lelaki terhadap keluarganya tidak terputus walaupun telah berkahwin.  Ibu dan bapa adalah tangungan suami kita.  Kalau suami terlupa, kita sebagai isteri haruslah ingatkan."

"Isteri yang baik tidak akan meminta suaminya memilih antara beliau dan keluarganya.  Malah isteri tersebut akan cuba adapt dengan situasi pada masa berkenaan dan sentiasa beralah.  InsyaAllah, jika kita tak dapat sesuatu hari ni, Allah akan buka rezeki lain pula bagi kita kerana kita beralah."


Namun, CR tetap merasakan apapun kita harus lihat situasi dan kemampuan suami kita.  Andai kita mampu beralah, beralahlah demi kebaikan bersama.  Namun, seandainya suami langsung tidak ambil peduli hal isteri dan anak-anak, mungkin sesuatu harus dilakukan.  Berbincanglah dengan baik.  InsyaAllah Semoga Allah memudahkan urusan kita di dunia mahupun di akhirat......

No comments:

Post a Comment