Sunday, July 29, 2012

RESEPI : Nasi Arab [Kambing]

Salam,

Selamat menyelesaikan ibadah puasa hari yang ke-9:)
hmmm...alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjalani ibadah ini.  CR pun sangat bersyukur dapat berpuasa tanpa banyak uzur memandangkan si kecil di dalam juga turut berpuasa:)

Oh, Hari ni nak share resepi lah.  Jika dirujuk dari entry ini CR hanya sertakan gambar sahaja. So, hari ni alhamdulillah, memenuhi janji yang sekian lame, boleh lah dikongsikan cara-cara membuatnya.

Bahan:
  • Daging Kambing tempatan (di potong agak nipis -- CR suruh abg di kedai je potongkan sbb daging kambing ni tulangnya merata-rata, takut potong sendiri hancur pulak tulangnya)
  • 1 peket rempah beriani Maggi / Adami / apa-apa sahaja jenama yang ada
  • Bawang besar, bawang putih, halia (blended together - agak-agaklah kuantitinya)
  • Bunga cengkih, bunga lawang, lada putih, buah pelaga dan kulit kayu manis untuk menumis
  • 2 sudu besar Minyak sapi
  • 2 pot Beras basmathi 
  • 1/4 cawan susu cair
  • 3 sudu besar tomato sos
  • Garam
  • Kismis 2 genggam
  • Daum ketumbar
  • Bawang Goreng
  • Hirisan Tomato (sebiji pun cukup)
Cara-cara:
  • Bersihkan daging kambing -- CR google je (lumur dengan tepung gandum 20 min, cucikan bersih-bersih. Then rendam 20 min dalam air limau, cuci bersih-bersih)
  • Perapkan daging kambing dengan sebahagian rempah beriani selama 1-2 jam
  • Panaskan 2 sudu besar minyak sapi, tumiskan bahan yang telah dikisar bersama rempah penumis (bunga cengkih, bunga lawang, lada putih, buah pelaga dan kulit kayu manis) sehingga naik bau.
  • Masukkan daging kambing yang telah diperap tadi bersama baki rempah beriani.  Biarkan sehingga pecah minyak
  • tambahkan sedikit air, kacau
  • tambahkan susu cair dan sos tomato, kacau
  • Sementara menunggu kuah beriani tadi menggelegak, basuh beras dan toskan dan masukkan dalam periuk.
  • Apabila kuah telah menggelegak, ambil beberapa potongan daging kambing susun atas beras yang telah ditoskan tadi beserta sedikit kuah beriani
  • susunkan hirisan tomato dia atas daging, seikat daun pandan dan secubit garam
  • Tambahkan air sehingga paras air untuk memasak nasi.  Masakkan nasi guna rice cooker.
  • Baki kuah beriani tadi, tambahkan kismis dan cili (sebiji pun cukup) serta garam secukup rasa.
  • Setelah nasi siap masak, taburkan daun ketumbar serta bawang goreng.
  • Hidangkan semasa panas bersama kuah beriani tadi:)

Dah tak sabar nak captured gambarlah ni:) Dalam periuk pun jadi..
Boleh dihidang dengan salad, timun, hirisan tomato beserta sos salatah.

Thursday, July 26, 2012

Rude Malaysian Habits - Mana??

Salam,

 Ni CR ambil dari FB, may be the owner scan dari newspaper.
Habit yang CR nak ulas ialah


  • Susahnya nak ucap Terima Kasih / great orang lain.
betul,kan?? kalau di plaza tol tu apalah salahnye ucap terima kasih bila menerima duit.  Tahu anda penat, tapi senyum dan ucapan tu melembutkan hati si pemberi juga.  Lagipun, driver pun penat memandu juga.  Tul tak?

Tentang great other people ni, tak salah rasa nye bila kita jumpa orang bagi salam ataupun great Good Morning atau apa sahaja yang bersesuaian.  Pengalaman CR ke Utrect, Natherlands [mengiringi pelajar ke pertandingan projek sains] mat salleh-mat salleh ni, tak lokek dengan ucapan mereka. Naik lift dia wish semua orang "morning!" Nak turun lift pun dia great lagi sekali.  Nak kata mereka ni racist or anti-muslim, dalam lift tu hanya tinggal muslimah dari turki dan CR je.  Ringan juga mulut dia nak great...Abis, kita di sini?


  • Tak holding pintu untuk orang selepas kita
bukan kata kat orang lain, kadang-kadang tu CR tengok dekat ahli keluarga sendiri pun ada yang tak sempat nak pegangkan pintu.  Ish, ish, ish...[kene cuba practise lah benda ni.] Kat sekolah, CR yang pegang pintu untuk students...apa kes tu?
  • Rude Driving Practices
Ini tok sah cakap ler...Cuma jangan dibanding dengan drivers dari timur tengah. to me, we Malaysian are better.  Baik sikit pun, tak beerti kita amalkan amalan pemanduan yang betul.  Lambat tak sampai 10 saat dah bunyi dah honking orang sana-sini.  Bawak-bawaklah bersabar, ye dak.  And sikap mengata, "perempuan memang drive terhegeh2" tak boleh selalu apply.  Tak semua macam tu.  "Perempuan drive ikut buku" pun tak boleh apply untuk semua juga, ramai jer Cikgu-Cikgu di sekolah CR ni jadi racer sbb nak ngejarkan punch card pagi-pagi... itulah, nak cepat, cepat juga, jangan sampai ganggu concentration org lain pula.  Ada je yang over-take di double line, over-take sebelah kiri... Kadang-kadang tu, tak lambat pun.  Tapi dah jadi habit, jenis tak boleh drive relaks.
[Relaks pun janganlah drive 40 km/h ye kawan-kawan, driver yang tenang pun naik hantu kalau di belakang anda]
  • Squatting di tandas duduk
Hah, ni kalau CR kata bukan masalah besar, memanglah CR penipu. Kepantangan betul!  Kotor tau kasut tu, ntah mana-mana dibawa berjalan, habis kotor toilet bowl tu.  CR memang pelik sangat2, kenapalah kita pengguna air terbanyak ni ada toilet terkotor?  sebab lembab, basah mengundang kotor pada tandas awam? Sebenarnya mentaliti kita di sini menganggap ada orang yang akan bersihkan.  Kalau seribu pengguna beranggapan begitu, penat akak cleaner nak bersihkan toilet, nak flush toilet, nak bersih kesan kasut kat toilet bowl... kesian dia..
[apa kata, di Bulan Ramadhan ni, kita same2 memainkan peranan masing-masing so that boleh meringankan kerja kakak cleaner, ye:)]


Selamat Meneruskan Ibadah Puasa:)


Tuesday, July 24, 2012

Aduhai Adam...

Salam,

Entry kali ni nak share tentang anak bujang CR; si Adam yang balik2 je smalam terus ngadu

Adam : Adam tak makan langsung hari ni ibu...pagi, tengah hari sampai petang.
Ibu : eh kenapa Adam tak makan? kan Adam tak puasa?
Adam : semua orang tak makan....

Kesian pulak dengar ceritanye.  Salah CR juga, bukan tak mahu ajar si kecil berpuasa, tapi nak bangun ke sekolah pun sikit punya payah, apatah lagi nak bangun bersahur. Jadi, kami rancang, tahun depan baru nak introduce puasa pada Adam.  Tapi, yelah...sekarang ni, kecik2 lagi budak2 dah puasa.  Zaman CR dulu darjah 1 baru puasa...nak harap puasa penuh, Darjah 3 baru penuh puasanya hehehehhe.... Zaman dah berubah.

Tapi melihatkan Adam menyuap nasi ayam dengan lahapnye petang semalam, sayu hati CR... lapar sangat anak Ibu ni.  So, CR pun bertekad, kene bekalkan something pada mamat ni.  Maka pagi tadi selain bersilat memanaskan lauk pauk yang tak banyak mana tu, alhamdulillah CR sempat juga gorengkan nasi campak-campak... harap2 dapat juga Adam makan.  Ayahnye pun semangat.. 6.30 pagi dah ke kedai cari roti, sebab anak bujangnye dah pesan nak bawa roti ke sekolah.  Demand nak banyak pulak tu...sambil mata tertutup, sempat dia pesan pada CR "Adam nak banyak roti, kawan adam suka makan roti"....Alahai anak, bukan main ingatkan kawan-kawan lagi.....

Dengar cerita, nasi goreng dah makan dalam kereta tadi... sampai tertumpah-tumpah dalam kereta ayahnye.
Aduhai Adam...


HD Manbai & Raihan - Harapan Ramadhan (Lirik)

Salam,

 Masuk hari ke-empat kita semua diberi nikmat mengharungi Ramadhan sekali lagi...  Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu nikmat dan berkat kepada kita.  CR dan keluarga mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua...Take care:)

 

Sunday, July 15, 2012

REDOX - Oxidizing & Reducing Agent

Salam, Today CR would like to share some chemistry information with Form 5 student. I believe most of students are in the revision phase now...Yeah the SPM Trial Examination is just around the corner.  Use it wisely:)

The image is quite small to be printed.  Do email me at sitirozila@gmail.com to get the original and re-sizable copy:) TQVM

Saturday, July 14, 2012

Ramadhan yang Menjengah

Salam,

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan Al-Mubarak bakal menjengah.  Tak sabar sungguh rasanya menerima kunjungan Ramadhan kali  ini.  Doa Cr sempatlah CR menerima kunjungannya dan dipanjangkan umur untuk bertemu nya lagi di tahun akan datang.

So, persediaan mental dan fizikal harapnya telah berjalan, ye kawan-kawan:)

CR nak share sedikit amalan yang boleh kita laksanakan nanti:)

berdasarkan hadith Nabi s.a.w: 
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak (Riwayat Ibn Majah: Sohih)


  1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
  2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
  3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
  4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
  5. Bersiwak atau menggosok gigi.
  6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
  7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
  8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
  9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
  10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
  11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Semoga dapat kita kongsikan dan beramal dengannya.

Tuesday, July 10, 2012

Doa Adam


Salam,

"Sesungguhnya DOA adalah senjata orang mukmin."

Bagi CR ini mungkin hanya cara supaya Adam sentiasa ingat adiknya; Aiesya.  Ya, Adam tak pernah ada memori bersama Aiesya, maklumlah hidup Aiesya yang selama 57 hari hanya dihabiskan di NICU Hospital Batu Pahat,Johor.  Jadi, CR sangat berharap suapaya doa yang kami sama-sama amalkan ini menghubungkan adik-beradik ini....

Almost setiap hari sebelum tido, selepas membaca al-fatihah dan doa tidur, Adam dengan sendiri akan berdoa 

"Ya Allah, rahmati Adam, Ibu, Ayah, Adik Aiesya dan Baby dunia akhirat"

[Doa tu kami baru tambah dengan kehadiran rezeki yang masih di alam rahim, Alhamdulillah]

Amin....

Saturday, July 7, 2012

Isteri Yang Baik....

Salam,

chit-chatting dengan seorang kakak during breakfast beberapa hari lepas.... Sangat tertarik dengan nasihatnya.  Memang menampakkan kematangan dan tolak ansur beliau dalam melayari alam rumahtangga.  Saya sangat setuju dengan nasihat beliau, malah permah mengingatkan adik lelaki saya perkara yang sama.


"Isteri yang baik sepatutnya sentiasa mengingatkan suami tentang keluarganya.  Ini kerana tangungjawab lelaki terhadap keluarganya tidak terputus walaupun telah berkahwin.  Ibu dan bapa adalah tangungan suami kita.  Kalau suami terlupa, kita sebagai isteri haruslah ingatkan."

"Isteri yang baik tidak akan meminta suaminya memilih antara beliau dan keluarganya.  Malah isteri tersebut akan cuba adapt dengan situasi pada masa berkenaan dan sentiasa beralah.  InsyaAllah, jika kita tak dapat sesuatu hari ni, Allah akan buka rezeki lain pula bagi kita kerana kita beralah."


Namun, CR tetap merasakan apapun kita harus lihat situasi dan kemampuan suami kita.  Andai kita mampu beralah, beralahlah demi kebaikan bersama.  Namun, seandainya suami langsung tidak ambil peduli hal isteri dan anak-anak, mungkin sesuatu harus dilakukan.  Berbincanglah dengan baik.  InsyaAllah Semoga Allah memudahkan urusan kita di dunia mahupun di akhirat......

Monday, July 2, 2012

Great Era for Spanish Football


Congratulation to Spain who won the UEFA EURO this morning:)

Tergoleklah adik CR yang fanatic Italy dan Terlonjak-lonjaklah seorang adik lagi yang Silent Fanatic Spain heheheh  Apapun, team CR awal-awal dah bungkus, 2nd team pun dah bungkus masa Semi-Final....
Boleh lah Sideque belanja ye dik...:)

COMPARING

Salam,

I am pretty sure everyone akan rasa sangat pissed off jika dibandingkan dengan orang lain.  Betul tak?  Tapi secara tidak sengaja perbualan dan cara kita memotivasikan anak memang tak lari daripada kaedah membandingkan ni.  Seriously, I hate my cousin and neighbours sebab my mom keep on cakap derang bagus, rajin and the list goes on....Walaupun masanya dah lama berlalu [of cause saya dah tak bencikan mereka, I have accept it positively] tapi perasaan tak suka dibandingkan tu masih ada sampai sekarang.

Jadi saya memang berazam tak akan membandingkan anak-anak saya dengan sesiapa pun.  Paling-paling pun dihadapan mereka sendiri.  Saya mengaku ada juga ketikanya saya terlajak kata, namun cepat-cepat saya cover dengan nasihat supaya ia taklah 100% comparing:)

Jadi,

Saya juga sangat tak suka jika orang membandingkan anak saya dengan anak orang lain.  Tolonglah membaca dengan empaty kepada saya:)  Bukan nak menangkan anak sendiri, kalau salah tetap salah.  Saya akui, tapi salah ke kalau anak saya still minum susu dalam botol?  Memalukan ke kalau anak saya minum susu dalam botol hanya di rumah? [at least dia minum dalam cawan di sekolah] Salah ke?

I have my own reason kenapa saya tak halang anak saya minum susu dalam botol dan paksa dia minum dalam cawan.  My son, tak minum langsung and almost stop drinking milk bila kami cuba kurangkan penggunaan botol.  Jadi, biarlah dia menyusu dalam botol selagi dia masih mahu minum susu.  Kerana saya yakin, once he is in primary school, dia akan belajar minum dalam cawan dengan sendirinya.  I promise to do it myself.

Jadi, please....anak saya pun ada perasaan malu bila he was compared to sombody else [yang dia kenal] hingga dia tertidur tanpa minum susu.  Saya tahu anak saya nak susu but he force himself at that time.  Kesian budak-budak.  Please, nampak remeh,kan?  Tapi fahamilah ego and pride mereka as a children......