Saturday, September 11, 2010

Salam Lebaran kepada Aiesya

Salam Anakku Aiesya Zaffan,

Maafkan Ibu kerana lambat utuskan berita. Ibu pasti Aiesya tahu semuanya, walaupun ini semua tidak penting bagi Aiesya lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI anakku sayang. Ibu pasti Aiesya merayakannya dengan lebih meriah dan gembira di sana. bagi Ibu di sini, Alhamdulillah... raya kali ini Ibu lalui dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Bukan selama ni Ibu tidak bersyukur tapi kali ini dengan lebih kesyukuran. Alhamdulillah sekali lagi, anakku.... Pagi raya Ibu dan Ayah sangat syahdu. Dengan diiringi takbir "Allahu Akbar" beserta hari mendung yang penuh sayu, Ibu dan Ayah mulakan Hari Raya tahun ini dengan melawat pusara Aisya, sayang. Syahdu betul rasa hati Ibu. Dari jauh Ibu lihat Aiesya setia menanti. Walaupun hanyalah tinggal 2 nisan sahaja.... Rasanya seperti menghantar jenazah Aiesya sekali lagi, sayang.

Maafkan Ibu kerana menangis di pagi mulia di pusara Aiesya. Seawal jam 7.00 am dah ramai rupanya berada di perkuburan,kan? Mujurlah Tanah perkuburan belum sesak. Ibu dan ayah bacakan surah Yasin seperti biasa dan doa yang tak putus-putus kami utuskan untukmu,nak... Namun, kesyahduan itu tak dapat Ibu bendung sampai air mata Ibu berjujuran tak henti-henti. Rasanya waktu mengebumikan Aiesya pun tak sebanyak ini tangisan Ibu...

"Maafkan Ibu, nak...Ibu terasa rindu dan jauh sangat dengan Aiesya"


Seterusnya pagi yang mulia diteruskan dengan solat Aidilfitri. Ibu kempunan nak solat sunat, maklumlah Abang Adam masih perlu disiapkan. Siapa lagi nak jaga rumah, kan sayang?
Selepas itu barulah Ibu dan ayah bermaaf-maafan dengan Tok Mad, Tok Limah, Mak Su dan Pakcik Suki. Rafiki and the family tak sempat datang sebab penat berjual kuih raya pada malam raya.... Ibu rasa kekosongan, sayang... Kalau Aiesya ada, mesti Aiesya dah pandai bertatih...macam anak Pakcik Nor sepupu Ayah tu....Entahlah sayang. Inilah ujian Ibu dan Ibu harus ikhlas sepenuh hati....

Sejahtera dan amanlah Aiesya di sana. Al-Fatihah. Amin

on 10th September 2010

No comments:

Post a Comment