Monday, August 9, 2010
Ramadhan Datang lagi
Salam,
esok nampaknya kita semua dah mula mengerjakan solat terawikh. Saya mengaku sangat teruja menanti ketibaan Ramadhan Al Mubarak kali ini. Semoga Ramadhan kali ini turut membawa seribu hikmah kepada kita semua umat Islam.
Hubby dah pesan, minta belikan barang-barang dapur. Secukupnya katanya. Maklumlah, Cik Abe saya nih tak suka makan di luar [kedai]. A bit cerewet, saya pulak penyakit M besar sangat hehehe al maklumlah, kalau balik lewat dari sekolah, memang penat sangat nak masak.
Tapi sempena bulan ramadhan ni, saya bertekad nak masak jugak untuk suami tercinta hehhe...besar pahalanya kan? Nanti kawan-kawan boleh lah share recipe ye. :)
Saya juga nak berpesan kepada sesiapa yang terbaca entry ni, kalau membeli tu biarlah berpada-pada, jangan sampai membazir. Membazir tu amalan syaitan. Memanglah kalau g pasar Ramadhan tu, semua nak dimakan,tul tak? Haa... dugaan kita melawan nafsu tu..:) Ingatan ini khas untuk diri sendiri juga :)
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan yang menjelang membawa seribu rahmat. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment