Monday, August 30, 2010

Malam tujuh likur?

Salam semua,

Nampaknya dah masuk 20 Ramadhan. How's your fasting? Pssst penuh lagi ke? Alhamdulillah bagi yang masih penuh. Pada yang dah rompong tuh, rezeki yang Allah beri,kan...

Malam ni dah masuk sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan. Ibu seru diri Ibu dan semua yang ada terbaca supaya melipat gandakan amal ibadat dengan apa juga cara yang sesuai dengan keadaan masing-masing. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan ikhlaslah melaksanakannya.

mmmm...macam mana? persiapan lebaran anak-anak dah siap? As for me, semuanya ala kadar. Maklumlah, kami nih tak cukup ahli keluarga nak beraya bersungguh-sungguh. Tapi Insyaallah, besederhana lebih baik,kan?

Ibu akan beraya di rumah mertua kali ini. Macam mana dengan kawan-kawan semua? InsyaAllah raya ketiga baru kami sekeluarga balik beraya bersama mama dan papa di Kuala Pilah. Alhamdulillah, tahun ni dapatlah melawat Aiesya pada 1 Syawal nanti. Mungkin inilah hikmahnya Aiesya dikebumikan di Muar. mmmm, Ibu blur, maafkan Ibu kalau entry ni seolah-olah tiada arah tuju...

Wednesday, August 25, 2010

myMetro | Tergamam leher terkulai

myMetro | Tergamam leher terkulai

A mental disorder or mental illness is a psychological or behavioral pattern associated with distress or disability that occurs in an individual and is not a part of normal development or culture. The recognition and understanding of mental health conditions has changed over time and across cultures, and there are still variations in the definition, assessment, and classification of mental disorders, although standard guideline criteria are widely accepted.

mmm... apa korang rasa bila dgr berita ni? Macam mana lah budak 3 tahun ni rasa sakit bila disembelih? Ish...tak tertanggung rasanya.

Saya menasihatkan anda dan juga diri saya sendiri supaya tidak memendam perasaan. Pendam perasaan nampaknya akan menyebabkan kita stress. Dalam situasi hidup kini, kita perlu sentiasa berkongsi. Masing-masing ada masalah di tempat kerja, masalah rumahtangga dsbg. So share your thought with someone you trust.

Kat sini saya kongsikan sebahagian petua yang saya pasti keberkesanannya. Saya ambil petua ni dari http://petualama.blogspot.com/2009/09/petua-tenangkan-hati-oleh-dr-fadzillah.html Paling tak pun, kalau sedih dan stress, ambil wudhuk, dan solatlah..betul,tak?

1) Dirikan solat dan banyak berdoa.

2) Selawat ke atas Nabi (100x sebelum tidur)

3) Membaca Al-quran.

So, kawan-kawan....tenang, and think positive, ok!

Tuesday, August 24, 2010

Shopping?

Salam,

Puasa dah menginjak ke 14 Ramadhan, korang dah bershopping raya? Ceh, apalah saya ni, sepatutnya tanya, dah berapa banyak Juz Quran dah bace? hehehhe...

Gambar Cik Google

Sebenarnya saya nak share, keperitan saya bershopping di Jalan TAR.
Alhamdulillah last weekend dapat berbuka 2 hari ni KL; rumah my mom. Seronok!
And on Saturday, kami bertiga jalan-jalan cari barang ke Jalan TAR. UIsh!!! seriously, semua orang sibuk berbelanja untuk raya, lagi-lagi di SOGO. Mengucap panjang saya, tanpa lengah-lengah terus ajak Hubby keluar je, dah lama tak buat kerja bersesak2 ni, kata saya...dah sememangnya Hubby suka sangat lah tu:)...

saya terfikir, kalau raya aidilfitri, mestilah org melayu shopping, kalau Chinese New Year pun saya tengok Melayu shopping jugak, Deepavali pun sama...apatah lagi christmas yang ssale sangat-sangat tu... Eh, dah kaya sangat ke orang melayu? katanya peratus ekonomi yang dipegang oleh Melayu tidak memenuhi kehendak DEB...mmmm mari kita sama-sama fikirkan...

Memang sakan lah! As for us, tak ada apa sangat yang dibeli. Hubby je dapat Jeans di Campbel. Good bargain I think. Adam dapat brief ultraman hehehhe and belon zebra yang hayatnya 20 minit and a RM50 cotton baju kurung for me.

Lepas tu kami pun terus ke Kg Bharu cari Bubuk Lambuk Pak Hassan...Best tau buburnya...
jangan lupa try yeh..:)

Thursday, August 19, 2010

Berlebih-lebihan?

Salam,

Dah almost 9 hari kita berpuasa. Dah ada yang tinggal ke? :) Harapnya masih penuh lah, walaupun kemungkinan besar nak penuh tuh ala-ala mimpi je,kan? Lain lah kalau tengah ber'isi' :)

So, Ibu nak berkongsi puasa Ibu tahun ni. Nampak nya kami sekeluarga masih mampu menahan nafsu daripada berbuka di luar, Alhamdulillah. Baru 2 hari je Ibu tak memasak, sebab balik rumah Mak di Muar. Apalagi, makan air tangan MIL yang umphh lah... Ibu ngaku, MIL Ibu memang masak best. Main campak-campak je...stylo lah Mak!

Yang bestnya lagi, Ramadhan tahun ni ramai yang bersedekah bubur lambuk. Alhamdulillah. Semoga rezeki mereka dimurahkan Allah. Tapi yang tak syoknya, Hubby bagi tau, ramai pulak yang datang ke kawasan masjid tu siap bawa bekas besar lagi, container. Amboi, bukan nya apa, bimbang kalau-kalau ada yang terambil hak orang lain, betul tak? Mana yang diberi, ambil. Jangan lah sampai berlebih-lebihan. Korang suka makan bubur lambuk?

This weekend Ibu nak melawat Mama pula di KL. Adil la,kan? Sangat-sangat tak sabar nak makan air tangan Mamaku...wah seronoknya...ehehhe minta maaflah, di bulan puasa ni, sibuk pulak cerita pasal makan.

So, jangan lupa ramadhan bukan untuk makan ye korang...
Take care:)

Thursday, August 12, 2010

IRP - Intensive Revision Program

Salam,

Hari ni saya nak melepaskan geram! This is about my school aka my employer. Berdenyut-denyut kepala saya di tengah hari yang rembang mendengar ad hoc decision. 2 days ago, we are very relieved as the most hate program will be conducted in our own way. But after 2 days, arahannya dah bertukar 180 degrees. Ish...kejap cam ni, kejap cam tu...cam biskut lak, kejap ada, kejap tak ada.

And as an employee, siapalah saya nak mempertahankan pendapat saya. Pendapat dan pandangan telah kami suarakan kepada Ketua Jabatan untuk disuarakan. Namun, nampaknya pendapat tetap tinggal pendapat.

Mesti ada yang tertanya apa IRP ni. Kepada students saya SPM 2009, mesti tahu.
Ia adalah satu program kecemerlangan akademik yang dijalankan selepas silibus habis diajar. Tujuannya sangat bagus, iaitu supaya students membiasakan diri dengan keadaan peperiksaan. Saya sangat setuju dengan objektifnya.

Namun, dari segi perlaksanaannya, kami melihat outputnya tidak sebagus sekiranya ia dijalankan dalam kumpulan yang kecil.
Bagi sekolah kami, satu tingkatan mempunyai seramai 440 orang pelajar, sebanyak 18 kelas. Ya, satu jumlah yang besar, rasanya calon SPM teramai dalam Malaysia. Seriously, cuba check sekolah lain...
Jadi perlaksanaan program ini dilihat menghasilkan output yang tak berbaloi dengan effort yang diberikan.

Boleh ke anda polish students yang seramai 200++ di mana mereka duduk dalam kumpulan yang besar, boleh ke nak check mereka ni mengikuti pembelajaran kita atau pun tidak?
Pada saya, usaha yang tak berbaloi.

Saya risaukan pelajar saya yang dari segi akademiknya lemah, sedangkan dalam kumpulan kecil mereka ketinggalan. Apatah lagi dalam kumpulan yang besar.

5 sebab saya tak suka IRP!

  1. 50% of students lost their focus towards the examination. [sibuk bersenang-lenang, makan-makan during the lecture]
  2. Student yang pandai will grab the opportunity, student yang moderate bersenang lenang dengan dunia bersukaria, student yang lemah hanyut ke disneyland,kut. [cikgu bukan dapat focus if the session is attend by 200++ students]
  3. Teacher cannot focus on the students as the program will be held in big group. Cuba bayangkan 200 students per 4 teachers. Logic ke? [tak logic. Saya tak dapat pastikan students saya do the revision or not]
  4. Saya tak nak students saya menyesal kemudian, after they get the result. [I have the proof]
  5. Kami kekurangan tenaga. [takkan nak tinggalkan kelas tingkatan 4 who also needs attention]
so, nantikan lah kesudahannya...STRESS!!!

Wednesday, August 11, 2010

Berbuka apa hari ini [1st Ramadhan]

Salam,

Mentang-mentanglah hari pertama puasa, soalan yang seronok nak tanya ialah "buka apa hari ni?" Betul tak? ye lah yang bab ibadah2 nih, nnt tanya ada yang cakap nak meriak pulak..:) So, tanya pasal makanan, bukan meriaklah,kan?

So, kawan-kawan... korang berbuka masak apa? Yang dah berkeluarga mesti semangat punya nak masak,kut? hehheh macam saya...
Cik Abe dah mintak, ikutkan jelah...So, hari ni main lauk saya ialah Black Pepper Chicken lawannya sayur bendi goreng.

Jadi, kawan-kawan...di sini saya nak lah share recipe saya yang tak seberapa ni...:) [dengan harapan, next time korang sharelah recipe korang lak yek...Almaklumlah, saya ni x pro lah bab-bab memasak yang macam-macam ni...
Selamat Berbuka....:)

My Chicken Black Pepper
  1. Chicken are marinated with Blended Shallot, Garlic, Ginger, powdered turmeric and salt and left it for 2-3 hours. The longer the better. After marinated, the chicken are wrapped with Aluminium foil and cooked for half and hours or more [depends on the size]
  2. To make the sauce, Diced Shallot and ginger are saute for 2-3 minutes. Stir until it boils slowly. Add Carrot, Capsicum, Tomatoes [optional].

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Datang lagi


Salam,

esok nampaknya kita semua dah mula mengerjakan solat terawikh. Saya mengaku sangat teruja menanti ketibaan Ramadhan Al Mubarak kali ini. Semoga Ramadhan kali ini turut membawa seribu hikmah kepada kita semua umat Islam.

Hubby dah pesan, minta belikan barang-barang dapur. Secukupnya katanya. Maklumlah, Cik Abe saya nih tak suka makan di luar [kedai]. A bit cerewet, saya pulak penyakit M besar sangat hehehe al maklumlah, kalau balik lewat dari sekolah, memang penat sangat nak masak.

Tapi sempena bulan ramadhan ni, saya bertekad nak masak jugak untuk suami tercinta hehhe...besar pahalanya kan? Nanti kawan-kawan boleh lah share recipe ye. :)

Saya juga nak berpesan kepada sesiapa yang terbaca entry ni, kalau membeli tu biarlah berpada-pada, jangan sampai membazir. Membazir tu amalan syaitan. Memanglah kalau g pasar Ramadhan tu, semua nak dimakan,tul tak? Haa... dugaan kita melawan nafsu tu..:) Ingatan ini khas untuk diri sendiri juga :)

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan yang menjelang membawa seribu rahmat. :)

Saturday, August 7, 2010

Sad:( Movie:)

Salam,

I'm marking the pre-trial exam papers alone in the middle of the night...to be specific 2.55 am in the morning. mmm, so tired reading and hunting for the best answer from my students. Seems like the 5th former this year are not ready yet to sit for the exam. I am frustrated and broken heart.

Keep thinking to myself, am I guilty for their worst ever result? feel so sad!
ENOUGH !!!

To keep me up in the middle of the night, I watch a movie, never heard bout this movie before. Just downloaded it because of Robert Pattinson [hehhehe] The movie titled as REMEMBER ME mmm, it is a love story, love towards yourself, family members, friends. Quite slow story line, but I think for the emo person like me, or should I say family person like me, I've been touched.
the story focus more to the teenage unstable period when there's a tragic background happens.

yeah, In addition, the teenager also come from a broken family. Broken family bond will lead the children become rebellious, searching for some attentions, perhaps. this situation also lead to low self esteem in children. Poor kids.

So, after watching this I summarize that, we as a parents should express our love towards the children. Not only by telling them, but also from our body language, touching, kissing, hugging. Yeah touching can give thousands of happy and satisfying feeling, to the parents and the children.

I LOVE MY SON & MY FAMILY:)

Friday, August 6, 2010

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud

Salam,

Lama tak share lagu, I'm so sorry if this song not suit you, my dearest readers...:)
but I love this song!!! very much...
Don't judge me, I just want to share the lyrics...
Listen, Understand and Think..JOM! :)



daaa...:)