Salam Joy,Hari ni merupakan hari terakhir dalam kalendar Islam tahun 1430 dan esok merupakan hari pertama, permulaan tahun baru 1431. Alhamdulillah allah memberi peluang kepada ku untuk terus hidup...tapi mati itu dekat, entah-entah esok kita tidak akan berjumpa lagi....Maka, manfaatkanlah masa-masa yang ada dengan sebaiknya. Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyanyang.
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah ya Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada melupakannya dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka kami sekalian memohon keampunan Mu.
Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dan Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka, kami mohon diperkenankan akan perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami.
Ya Allah Tuhan yang maha pemurah.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyanyang.
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah ya Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami mohon daripada Mu agar terpelihara kami sekalian dalam tahun ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongon mengalahkan runtunan nafsu amarah. Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu.
Ya Allah Tuhan yang maha agung lagi Mulia. Ya Allah tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
daa...take care.