Wednesday, November 11, 2015

Selamat Ulangtahun Sayang

6 tahun dulu,
Kamu dilahirkan, anakku
Saat itu Ibu pasrah...
Kerana Ibu yakin bukan rezeki Ibu untuk mengandungkanmu sehingga masa yang sepatutnya

6 tahun dulu,
Kamu dilahirkan, cukup 32 minggu dan 1 hari...
Telah tertulis diluh mahfuz, itulah ketika nya kamu harus Ibu lahirkan

6 tahun dulu,
Pengalaman itu Ibu rasakan bagaikan semalam
Saat ibu mengharung waktu pantang sambil berulang beratus kilometer jauhnya
Demi seorang anak
Seorang anak yang dahagakan susu Ibu

Ibu x pasti,
Banyak mana titis susu Ibu melalui tekak mu, nak...
Mungkin lebih banyak ubat2 yang memasuki tubuh kecil mu...
Kuatnya Ibu ketika itu,
Ibu rasakan...
Hanya demi mu anakku, puteri sulung ku,
Bidadari syurga ku..

Kalaulah hari ini kamu ada
Pasti Ibu dan Ayah akan sibuk membeli
Tahun depan kamu akan masuk Darjah 1 nak...
Kalaulah hari ini kamu ada
Pasti kamu pantas berlari
Memenuhi rumah kecil kita dengan gelak tawa mu
Bersama Abang dan Adik...
Meriahnya rumah kecil kita
Kalaulah hari ini kamu ada nak
Pada kamulah Ibu mengadu agaknya
Kerana kamulah Puteri sulung ku....

Kalaulah kalaulah....
Beribu KALAULAH boleh ibu katakan...
Namun, yang pasti
Peraturan Allah paling bijaksana
Kamu telah dijemputnya pada petang khamis itu...
Berjujuran air mata ibu
Walau jauh disudut hati
Pasrahnya hati kami suami isteri

Telah Allah mudahkan urusan kamu
Serta urusan kami hari itu
Kerana kamu anakku
Adalah penghuni syurga...
Ibu percaya dan yakin
Kamu berada dalam jagaan yang paling baik

Wahai anakku, puteri sulungKu
Doakanlah datang ikhlas dalam diri Ibu
Untuk menerima kepergianmu
Sungguh Ibu redha
Namun Ibu masih mengutip...
Butir2 keikhlasan
Supaya satu hari nanti....
Ikhlasnya redha Ibu itu sebanyak kasih sayang dan cinta Ibu kepadamu
Aiesya Zaffan Binti Shah Rizal

"Kehidupan Yang Gemilang"


No comments:

Post a Comment