Semalam CR ada terbaca sisipan Kesihatan dalam Mingguan Malaysia yang bertopikkan PENYUSUAN ANAK ANGKAT. Artikel tersebut berkisarkan kepada langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang wanita yang ingin menyusukan anak angkatnya. Langkah tersebut sebaiknya dimulakan seawal 6 bulan sebelum kelahiran bayi tersebut. Ya, menyusukan anak angkat memang merupakan satu solusi kepada masalah aurat dan menjadikan anak tersebut mahram kepada suami.
Apa yang menarik perhatian CR adalah ranking yang diberikan kepada susu ibu. Sebagaimana yang kita ketahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi yang mengandungi kesemua zat yang lengkap untuk tumbesaran bayi. Justeru susu ibu berada pada ranking teratas.
Ini diikuti oleh susu perahan yang telah dibekukan kemudian dicairkan semula. Ini kerana susu ini telah kehilangan sedikit nutrisi serta antibodi akibat pembekuan dan pencairan. Selain daripada itu, susu perahan yang disimpan ke dalam botol mempunyai risiko terkontaminasi. Meskipun begitu, susu perahan masih dikategorikan sebagai antara susu yang terbaik.
Ranking ketiga dipegang oleh susu daripada ibu susuan. Ini merupakan alternatif ketiga yang harus difikirkan oleh seseorang wanita jika tidak mampu menyusukan anaknya. Namun, dalam situasi sekarang bukan senang mencari wanita yang boleh menyusukan anak kita. Banyak perkara yang harus diambilkira. Sekiranya ada adik beradik perempuan mahupun ipar yang sanggup, alangkah baiknya.
Dan Ranking keempat adalah susu formula. Ya, kebanyakkan kita (termasuklah CR) terus melompat kepada ranking keempat ini sebagai solusi yang paling mudah.
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Amin and take care.
No comments:
Post a Comment