Saturday, August 25, 2012

Suamikah? Ibukah?

Salam,

Selam Aidilfitri daripada CR.  Sudah hampir seminggu kita meraikan kemenangan, cukupkah?  Harapnya telah mencukupi.  Ya, Syawal itu sebulan, namun haruskah dihabiskan sebulan untuk bersuka-sukaan?  Jangan lupa memulakan puasa enam yang banyak keistimewaannya,ye...

Sepanjang Aidilfitri pada tahun ini, CR banyak belajar erti kekeluargaan dan tanggungjawab.  Ya, dalam bulan Syawal inilah kita masing-masing berusaha merapatkan silaturrahim dalam kalangan sanak saudara.  Namun tak kurang juga yang masih terasa hati antara satu sama lain.  Inikah erti silaturrahim?


Haa...jomlah CR kongsikan pengalaman ni bersama-sama.  Nenek CR telah mencapai umur 80-an dan mula uzur.  Penyakit orang tua.  Nenek tidak betah tinggal dirumah dirumah anak-anak.  Jadi tanggungjawab menjaga nenek diberi bulat-bulat kepada Mama kerana Mama telah pencen.
Mama anak perempuan pertama daripada 9 orang adik beradik. Mama hanya ada seorang lagi adik perempuan dan 7 adik beradik lelaki.  Dalam pada itu, Papa juga telah agak uzur walaupun baru berusia lewat 60-an.  Maklumlah, Papa penghidap Diabetes dan darah tinggi.

Persoalannya, wajarkah tanggungjawab itu dipikul oleh Mama semata-mata sedangkan Papa juga memerlukan perhatian Mama.  CR cuma kasihan melihat Mama yang tersepit antara Ibu dan Suami.  Namun, pada pandangan CR, tanggungjawab menjaga ibu seharusnya dipikul oleh anak lelaki.  Tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa sehingga mereka kembali dijemput Ilahi.  Namun bagi yang perempuan, tanggungjawab mereka lebih berat kepada suami mereka.

Dalam kes Mama, wajar dan lebih bertoleransi jika giliran itu dibahagi sama-rata.  Masing-masing wajar mengambil giliran demi kemaslahatan bersama berserta nenek juga.

Situasi ini benar-benar mengajar CR supaya bersedia mental dan fizikal.  Bukan kerana merasa terbeban, tetapi sebagai isteri CR rasa wajar bagi CR sentiasa mengingatkan diri dan suami bahawa kami sanggup dan bersedia bersama-sama menjalankan tanggungjawab itu.  Dan pada CR semua anak harus memikirkan situasi ini bersama-sama kerana zaman ini semua anak-anak telah bekerjaya, dan jarang yang tinggal berdekatan dengan ibu dan bapa.

Semoga, kita sama-sama mengambil iktbar demi kesejahteraan suami dan isteri serta keluarga...amin....

No comments:

Post a Comment