Friday, August 31, 2012

Antenatal Check-up

Salam,
Alhamdulillah, usia kandungan CR telah pun masuk 6 bulan lebih dan menghampiri 7 bulan. Alhamdulillah, setakat ini semuanya dipermudahkan Allah dan CR berdoa semuanya berjalan lancar dan rezeki kami dimurahkan lagi kali ini.

Untuk pregnancy kali ini muka CR ni mmg muka g klinik tuk check-up. Kami ambil keputusan untuk hadiri check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak selain daripada pemantauan Doktor Pakar di hospital swasta. Kenapa? Pengalaman lepas membuatkan CR lebih berhati-hati memandangkan masih ada trauma di sudut hati. Lagipun, CR percaya Allah akan bantu andainya kita lebih berikhtiar,kan?

So, entry kali ni CR nak banding-bezakan apa yang berlaku during antenatal check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) serta Klinik Oby-Gyn.

Rutin Check-Up:
Di KKIA, kita perlu daftarkan diri dan buat buku pink sebelum usia kandungan mencecah 12 minggu.  Lagi awal, lagilah baik,kan supaya perkembangan janin dapat dipastikan seawal mungkin.  Bagi CR untuk kali ini, CR menyerah diri seawal 8 minggu mengandung.
Setiap kali lawatan [3-4 minggu sekali check] berat badan, blood pressure, urine test and Hb test akan dilakukan. Lepas tu masuk bilik nurse check tinggi perut [lepas 16 minggu] and jantung baby [lepas 20 minggu].  Then jika perlu dirujuk kepada Peg Perubatan aka Dr untuk scan atau pemerhatian.  Kali pertama Dr scan, and akan beri appoinment utk scan yang berikutnya [20 minggu] dan perancangan berdasarkan rekod pregnancy lepas.

Buku Pink KKIA - ada makluman untuk kita ambil perhatian:)

CR memulakan sesi dengan Oby-Gyn ni sejak sebelum pregnant kerana pregnancy kali ni memang dirancang selepas lebih 6 bulan berusaha dan mengambilkira previous history.  As stated in this entry, CR menggunakan bantuan hormone untuk meningkatkan kesuburan.  Jadi 6 minngu selepas consume hormon tersebut, check-up mendapati ada tanda CR mengandung. Lalu series of check-up pun bermula hingga sekarang

Check up di Klinik Oby-Gyn hanya merekodkan berat badan, blood pressure dan urine test.  Selain itu, ultra-sound dan consultation dari Oby-Gyn sendiri.  Kiranya setiap kali check up dapatlah bertanya terus apa-apa yang merisaukan dan boleh request for extra appoinment jika ada keganjilan yang berlaku [such as extra discharge dll]

Appointment Card - Ni jelah yang kita bawa, no rujukan, ingat je,ye

Perasaan:
Kita di Malaysia patutnya bersyukur kerana diberikan banyak subsidi tentang perubatan.  Walaupun pelbagai aduan dan complaint, kita harus terima kerana perkhidmatan yang diberikan adalah percuma dan mereka mencuba sehabis baik.  Cuma ketegasan petugas-petugas ni adakalanya membuatkan kita agak stress.  Pelbagai protokol perlu diikuti.  Namun, CR ambil pendekatan, senyum sahaja supaya mereka pun tak menyampah, CR pun tak stress.

Mungkin sebab CR sentiasa mendapatkan details and consultation dari Oby-Gyn, jadi kerisauan dapat dikurangkan.  Kalau anda pernah dengar, yeast infection in pregnant women is common.  Dan situasi ni dah 2 kali melanda CR.  Ya, ia agak merisaukan kerana yeast and bacteria infections during pregnancy merupakan salah satu sebab kepada kelahiran bayi pra-matang dan penyebab kebocoran amniotic fluid.  Jadi dah 2 kali CR terpaksa consume antibiotic and undergoes HVS test [High Vaginal Swab].

Dan sehingga saat kelahiran kelak, Oby-Gyn telah menyenaraikan series of test and precautions yang perlu diambil berdasarkan past pregnancy history CR which is


  1. @28 weeks - CR perlu ambil betamethasone injections 1 cycle [2 injections]
  2. @32 weeks - CR akan jalani HVS sekali lagi
  3. pemantauan kedudukan uri/placenta [i've history with placenta previa and bleeding during pregnancy]


Bayaran:
Pastilah KKIA yang menerima subsidi daripada kerajaan mengenakan bayaran yang murah.  Kalau anda penjawat awam semuanya FOC.  Alhamdulillah...

Tapi jika di Klinik Specialist bayarannya berbeza mengikut tempat dan bandar yang kita bermastautin.  Bagi CR minimum charge adalah RM80 setiap kali pertemuan.  Jika ada ujian-ujian tertentu yang perlu dilakukan, charge tambahan akan dikenakan.

So, kawan-kawan buatlah pilihan yang tepat ketika memilih tempat untuk antenatal check-up berdasarkan budget, keperluan dan kemudahan masing-masing.

Take care lovelies:)




Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment