Monday, September 28, 2015

Selamat Ulangtahun, Anakku

8 tahun dulu,
Hadirmu anakku,
Membuka pintu kebahagiaan,
Menyinari hidup kami dengan cahaya,
Mengajar kami akan erti pengorbanan.

Adam Zikry,
Kami namakan diri mu,
Sempena manusia pertama di muka bumi,
Sebagaimana kepertamaan mu dalam hidup kami,
Dan semoga kamu anakku menjadi ikutan
Dan contoh terbaik bagi manusia di sekeliling mu

Wahai anakku,
Apa sahaja pencapaian mu,
Amat membanggakan ku...
Kerana kamulah anakku,
Pengubat rinduku,
Penghibur laraku,
Peneman ku yang setia...

Maka ibu dengan ikhlas hati mendoakanmu Adam Zikry...
Semoga kamu beroleh kesihatan yang berpanjangan,
Kemurahan rezeki yang berkat,
Kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun akhirat...

Selamat Ulangtahun, Anakku....
25 September 2015


No comments:

Post a Comment