Friday, September 28, 2012

Attractive Belly

Salam,

Usia kandungan yg dah masuk 31 minggu bermaksud saiz perut yg agak obvious. Lebih-lebih lg kali ini saiz perut CR agak besar, saiz badan yg kecil membuatkan perut CR sangat jelas kelihatan.

Ceritanya begini. CR mengendalikan kelas tambahan yg dihadiri 100 org pelajar di library sekolah. Sambil menunggu pelajar menyelesaikan latih tubi yg diberikan, CR meronda untuk memudahkan pelajar bertanya soalan.

CR dipanggil oleh sekumpulan pelajar lelaki untuk bertanyakan soalan. Kerana kebanyakan ahli kumpulan ini ada dalam kalangan yg agak lemah, CR berasa bertuah kerana mereka bertanya soalan. CR menerangkan dgn panjang lebar.

Usai menerangkan, CR pun bersedia untuk beredar.
"Cikgu..."
"Ada apa lagi?"
"Erm.. Boleh tak saya pegang perut cikgu"
Alangkah terkejutnya CR. Pelajar lelaki berusia 17 tahun berani bertanya begitu. Dengan muka yg merah, CR berlalu dgn tekad tak nak meronda ke bahagian itu lagi.

Yeah, i think i have an attractive belly, and i'm scared.
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment: