Tuesday, June 7, 2011

PANDUAN : Membeli Sofa

Haa, CR saja nak kongsi panduan membeli sofa pula. Sebenarnya dah lama sangat kami [CR dan Hubby] survey sofa ni. Dah dekat +-setahun juga. Lama tak? Maklumlah, banyak sangat kriteria yang perlu diambilkira.

haa..antara yang penting: [Panduan diambil dari sini]

1. Beli sofa berkualiti tinggi supaya tahan lama. Ia mahal tapi berbaloi digunakan
  • inilah punca utama poenantian tu sebegitu lama. Kalau di Melaka ni, siap survey #Recycle Furniture outlet 5-6 kali tau. tu tak termasuk kedai2 perabut lain...
2. Kenal pasti corak penggunaannya. Adakah ia sofa utama [untuk aktiviti harian seperti berehat, membaca, menonton televisyen atau mungkin digunakan sekali sekala meraikan tetamu]
  • rumah kecil kami ni ada 1 je ruang tamu. Berangan nak buat 1 lagi ruang tamu bila ongkos turun dari langit:) Ya, ia untuk aktiviti harian seisi rumah
3. Siapa yang akan duduk di sofa itu? Pertimbangkan kelebihan tambahan sofa agar ia dapat diguna secara optimum. Pilih sofa yang tinggi bagi keselesaan tetamu yang tinggi lampai atau sebaliknya untuk pengguna rendah serta penyandar yang mantap (tidak lembik) bagi memudahkan tetamu berdiri
  • setakat ni kami tiga beranak je yang 90% akan guna sofa tu. Sedara mara dan rakan taulan datang pun sekali sekala.
4. Saiz sofa wajar dipilih berdasarkan keluasan ruang. Pastikan saiz sofa tidak terlalu besar sehingga menyesakkan ruang tamu yang sempit. pastikan ada laluan kosong selebar 100cm bagi melancarkan laluan trafik.
  • puas dah makcik mengukur ruang tamu ni...guna tali tape menjahit pulak tu, tak ke tertonggeng2 dibuatnya?
5. Pilih sofa berdasarkan penggunaan anda. Contohnya untuk beristirehat pilih sofa berkusyen lembut dan tebal beserta dengan bantal-bantal pelengkap
  • aksesori tambahan difikirkan kemudian
6. Jika anda mempunyai sebuah ruang tamu formal, sofa kulit dengan kusyen mantap adalah pilihan terbaik.

6. Saiz sofa wajar dipilih berdasarkan keluasan ruang. Pastikan saiz sofa tidak terlalu besar sehingga menyesakkan ruang tamu yang sempit. pastikan ada laluan kosong selebar 100cm bagi melancarkan laluan trafik.

7. Kemasan microfibre adalah pilihan yang terbaik, ia kelihatan menarik dan mudah dibersihkan.

8. Sofa kulit adalah pilihan terbaik jika anda membeli untuk penggunaan jangka masa lama. Dan lebih menarik, terdapat banyak sofa kulit berwarna menarik; tidak terhad kepada warna hitam atau coklat sahaja.

1 comment:

  1. sofa kat rumah aini rosak kulitnya sebab dicakap kucing,.geram toll!!!hahaa

    ReplyDelete