Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat

update @ 8.30 pm 22nd May
sahabat Hubby CR yang dikenali sebagai Abg Irwan oleh penghuni rumah anak yatim ini masih berada dalam wad ICU dan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Manakala, sahabat yang seorang lagi iaitu Abg Farid tidak dapat diselamatkan. Abg Farid juga merupakan anak angkat kepada Pak Su [pemilik tanah berkenaan].

Tragedi ini meragut sejumlah 16 nyawa. Al-Fatihah untuk arwah dan sekalian magsa tragedi ini. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dikasihi Allah, amin.

________________________________________________________________

Salam,

CR dengan ini merayu dan memohon agar kita semua meluangkan sedikit masa untuk mendoakan keselamatan dan kemudahan kepada mangsa dan petugas-petugas dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat. Semoga Allah memberi kemudahan dalam usaha-usaha mencari mangsa yang masih terperangkap.

Kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut telah berlaku jam 2.30 petang dan dipercayai dua runtuhan yang berlaku serentak itu menyebabkan hampir semua penghuni terperangkap dan tidak dapat melarikan diri. Tambahan pula penghuni sedang mengadakan latihan untuk menyambut tetamu yang dijadualkan pada petang tersebut.

Tragedi ini telah meragut 12 nyawa.

sehingga jam 12.00 malam ini, dipercayai 6 orang masih tertimbus dan belum dijumpai. Dan kemungkinan salah seorangnya adalah sahabat kepada Hubby CR. Menurut Hubby, beliau merupakan sukarela semasa hujung minggu di rumah anak yatim tersebut.

[update @ 1.25 am Sahabat Hubby CR alhamdulillah telah berjaya dikeluarkan sumber di sini]

No comments:

Post a Comment