Salam Joy,
Pagi tadi masa saya on the way to school, dengar lah Hot fm as halwa telinga di pagi hari. Topik pagi hari ini adalah "PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH". Macam-macam pendapat yang diberikan. So, apa kata anda???
Pada saya, jika silibusnya diteliti sebaik-baik mungkin Sex Education is good for our children. Tapi sebaiknya Pendidikan Seks ini ditukar namanya kepada satu yang lebih sedap didengar sesuai dengan budaya masyarakat timur. Saya setuju dengan pandangan seorang guru yang menyarankan pendidikan seks ini di masukkan sebagai satu topik dalam Pendidikan Gender.
Dalam topic ini kita dapat memperkenalkan bahagian-bahagian tubuh badan manusia, bahagian yang sepatutnya tidak didedahkan kepada orang lain, anggota yang tidak sepatutnya boleh disentuh oleh orang lain.
Namun begitu saya juga setuju, kita sebagai ibu bapa seharusnya menerapkan ilmu agama, halal haram, dosa pahala kepada anak-anak kita. Janganlah kerana sibuk mencari rezeki kita melupakan tanggungjawab sebagai pendidik dan pembimbing kepada anak-anak kita, betul tak?
So, what say you???
No comments:
Post a Comment