Salam,
CURANG? haa, tulah tajuk artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo 27/8/2012. Panas,kan?
apa pendapat korang?
Mendengar topik ini dibincangkan di Hot fm pagi tadi, memang agak mengejutkan...Di samping ketidakpuasan hati beberapa orang wanita, masih ada wanita yang mengaku dan merasakan perkara ini adalah biasa. Bagaimana suatu yang agak berat untuk dilakukan ini dikatakan biasa?
Mereka menjadikan alasan kecurangan suami sebagai punca mereka mencurangi pasangan. Pendapat ini menjadikan mereka ternyata sama dengan suami mereka. Ya, CR tidak berhak untuk menghakimi, namun CR berpendapat, apa-apa juga yang dilakukan atas kehendak dan kerelaan diri sendiri. Don't drag anybody else atas kesalahan kita.
Jujurlah dengan pasangan masing-masing tanpa mengira gender. Dan tak salah jika kita memulakan langkah jujur ini dahulu. Berdoalah kepada Allah semoga kita dijauhkan daripada gejala tidak sihat ini.
Amin...
Monday, August 27, 2012
Saturday, August 25, 2012
Suamikah? Ibukah?
Salam,
Selam Aidilfitri daripada CR. Sudah hampir seminggu kita meraikan kemenangan, cukupkah? Harapnya telah mencukupi. Ya, Syawal itu sebulan, namun haruskah dihabiskan sebulan untuk bersuka-sukaan? Jangan lupa memulakan puasa enam yang banyak keistimewaannya,ye...
Dalam kes Mama, wajar dan lebih bertoleransi jika giliran itu dibahagi sama-rata. Masing-masing wajar mengambil giliran demi kemaslahatan bersama berserta nenek juga.
Semoga, kita sama-sama mengambil iktbar demi kesejahteraan suami dan isteri serta keluarga...amin....
Selam Aidilfitri daripada CR. Sudah hampir seminggu kita meraikan kemenangan, cukupkah? Harapnya telah mencukupi. Ya, Syawal itu sebulan, namun haruskah dihabiskan sebulan untuk bersuka-sukaan? Jangan lupa memulakan puasa enam yang banyak keistimewaannya,ye...
Sepanjang Aidilfitri pada tahun ini, CR banyak belajar erti kekeluargaan dan tanggungjawab. Ya, dalam bulan Syawal inilah kita masing-masing berusaha merapatkan silaturrahim dalam kalangan sanak saudara. Namun tak kurang juga yang masih terasa hati antara satu sama lain. Inikah erti silaturrahim?
Haa...jomlah CR kongsikan pengalaman ni bersama-sama. Nenek CR telah mencapai umur 80-an dan mula uzur. Penyakit orang tua. Nenek tidak betah tinggal dirumah dirumah anak-anak. Jadi tanggungjawab menjaga nenek diberi bulat-bulat kepada Mama kerana Mama telah pencen.
Mama anak perempuan pertama daripada 9 orang adik beradik. Mama hanya ada seorang lagi adik perempuan dan 7 adik beradik lelaki. Dalam pada itu, Papa juga telah agak uzur walaupun baru berusia lewat 60-an. Maklumlah, Papa penghidap Diabetes dan darah tinggi.
Persoalannya, wajarkah tanggungjawab itu dipikul oleh Mama semata-mata sedangkan Papa juga memerlukan perhatian Mama. CR cuma kasihan melihat Mama yang tersepit antara Ibu dan Suami. Namun, pada pandangan CR, tanggungjawab menjaga ibu seharusnya dipikul oleh anak lelaki. Tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa sehingga mereka kembali dijemput Ilahi. Namun bagi yang perempuan, tanggungjawab mereka lebih berat kepada suami mereka.
Dalam kes Mama, wajar dan lebih bertoleransi jika giliran itu dibahagi sama-rata. Masing-masing wajar mengambil giliran demi kemaslahatan bersama berserta nenek juga.
Situasi ini benar-benar mengajar CR supaya bersedia mental dan fizikal. Bukan kerana merasa terbeban, tetapi sebagai isteri CR rasa wajar bagi CR sentiasa mengingatkan diri dan suami bahawa kami sanggup dan bersedia bersama-sama menjalankan tanggungjawab itu. Dan pada CR semua anak harus memikirkan situasi ini bersama-sama kerana zaman ini semua anak-anak telah bekerjaya, dan jarang yang tinggal berdekatan dengan ibu dan bapa.
Saturday, August 18, 2012
Salam Hari Lebaran 1433H
Salam Aidilfitri...
Semoga Hari Raya yang menjelang tiba membawa seribu rahmat dan kegembiraan kepada semua. CR berdoa semoga kita semua akan dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang, Amin.
Tuesday, August 7, 2012
RESEPI : Ayam Percik Kelantan
Salam,
CR ni ada darah Kelantan dari sebelah ayah...kira Kelantan celop lah, that's why kalau suruh cakap tu, lambat lah nak dengar bunyinye hehehhehe... satu resepi kelantan yang sangat CR idam ialah ayam percik Kelantan ayah CR. Dah lamenye Papa tak buatkan hehehhe [anak dah besar panjang pun nak suruh ayah masakkan lagi...soryy Pa...] Smalam berkesempatan masak untuk diri sendiri, alhamdulillah tak jauhlah rasa dengan Ayam Percik Ayah CR tu :)
Bahan-Bahan
Ayam [banyak mane yang cukup untuk korang, CR masak utk 3 orang]
A
Serbuk Kunyit
Bawang Putih 3 ulas
Halia sedikit
Serai 2 batang
Garam
B
Santan pekat 1 cawan [sebaiknya santan kelapa ori]
Bawang merah [CR guna 1/2 biji bawang besar coz kat umah ni xpernah pakai bawang merah :( ]
Bawang putih 5 ulas
Halia sedikit
Serai 3 batang
serbuk ketumbar and jintan kisar
asam keping
Garam and gula as perasa
Cara:

- Bahan A dikisar dan di lumur pada ayam. Perap paling kurang 1/2 jam.
- Then bakar dalam oven / griller [mana yang ada kat rumah korang. Dulu ayah CR guna arang, lagi sedap]
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai. Tumiskan hingga pecah minyak [sebab CR guna santan kotak, so kenelah tumiskan bahan ni dulu.]
- Masukkan santan tadi, masakkan dengan api sederhana sehingga sehingga pecah minyak / pekat / baunya harum.
- Tambahkan sedikit serbuk ketumbar dan jintan kisar serta asam keping
- Tambah bahan perasa [garam dan gula] ikut selera masing-masing
- Ayam yang separa masak tadi diterbalikkan dan dilumurkan dengan kuah, dan dimasak hingga boleh dimakan. Sepanjang korang terbalikkannya, lumurlah dengan kuah supaya rasa kuah sebati dengan ayam...:)
| Boleh dihidang dengan salad segar..yummy:) |
Labels:
Recipe
Thursday, August 2, 2012
Hadiah utk Minggu Ini
Salam,
Alhamdulillah, hari ni kandungan dah masuk ke Minggu ke-23... Setakat ni alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan CR mengharapkan Allah akan terus memudahkan urusan ini, InsyaAllah.
Memandangkan CR memang berazam nak puasa penuh tahun ni [moga diberi kesempatan, InsyaAllah] maka, CR dah laburkan untuk menghadiahkan diri sendiri dengan ini:)
Yelah, setakat ni, alhamdulillah penat sangat ke, penat sikit ke... CR memang akan memasak untuk family. Maklumlah, tak sampai hati menolak permintaan suami yang agak cerewet kalau nak makan di luar @ beli ni. Tak pelah, bukan untuk siapa,kan?
Tapi memang berpuasa menguji kesabaran sebab bawak ke petang, memang sangat exhausted. Mesti tidur walau sekejap untuk boost tenaga. So, CR perlukan extra supplement selain daripada prenatal vitamin yang telah dibekalkan.
Semoga pelaburan ini berbaloi!
Alhamdulillah, hari ni kandungan dah masuk ke Minggu ke-23... Setakat ni alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan CR mengharapkan Allah akan terus memudahkan urusan ini, InsyaAllah.
Memandangkan CR memang berazam nak puasa penuh tahun ni [moga diberi kesempatan, InsyaAllah] maka, CR dah laburkan untuk menghadiahkan diri sendiri dengan ini:)
Tapi memang berpuasa menguji kesabaran sebab bawak ke petang, memang sangat exhausted. Mesti tidur walau sekejap untuk boost tenaga. So, CR perlukan extra supplement selain daripada prenatal vitamin yang telah dibekalkan.
Semoga pelaburan ini berbaloi!
Sunday, July 29, 2012
RESEPI : Nasi Arab [Kambing]
Salam,
Selamat menyelesaikan ibadah puasa hari yang ke-9:)
hmmm...alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjalani ibadah ini. CR pun sangat bersyukur dapat berpuasa tanpa banyak uzur memandangkan si kecil di dalam juga turut berpuasa:)
Oh, Hari ni nak share resepi lah. Jika dirujuk dari entry ini CR hanya sertakan gambar sahaja. So, hari ni alhamdulillah, memenuhi janji yang sekian lame, boleh lah dikongsikan cara-cara membuatnya.
Bahan:

- Daging Kambing tempatan (di potong agak nipis -- CR suruh abg di kedai je potongkan sbb daging kambing ni tulangnya merata-rata, takut potong sendiri hancur pulak tulangnya)
- 1 peket rempah beriani Maggi / Adami / apa-apa sahaja jenama yang ada
- Bawang besar, bawang putih, halia (blended together - agak-agaklah kuantitinya)
- Bunga cengkih, bunga lawang, lada putih, buah pelaga dan kulit kayu manis untuk menumis
- 2 sudu besar Minyak sapi
- 2 pot Beras basmathi
- 1/4 cawan susu cair
- 3 sudu besar tomato sos
- Garam
- Kismis 2 genggam
- Daum ketumbar
- Bawang Goreng
- Hirisan Tomato (sebiji pun cukup)
- Bersihkan daging kambing -- CR google je (lumur dengan tepung gandum 20 min, cucikan bersih-bersih. Then rendam 20 min dalam air limau, cuci bersih-bersih)
- Perapkan daging kambing dengan sebahagian rempah beriani selama 1-2 jam
- Panaskan 2 sudu besar minyak sapi, tumiskan bahan yang telah dikisar bersama rempah penumis (bunga cengkih, bunga lawang, lada putih, buah pelaga dan kulit kayu manis) sehingga naik bau.
- Masukkan daging kambing yang telah diperap tadi bersama baki rempah beriani. Biarkan sehingga pecah minyak
- tambahkan sedikit air, kacau
- tambahkan susu cair dan sos tomato, kacau
- Sementara menunggu kuah beriani tadi menggelegak, basuh beras dan toskan dan masukkan dalam periuk.
- Apabila kuah telah menggelegak, ambil beberapa potongan daging kambing susun atas beras yang telah ditoskan tadi beserta sedikit kuah beriani
- susunkan hirisan tomato dia atas daging, seikat daun pandan dan secubit garam
- Tambahkan air sehingga paras air untuk memasak nasi. Masakkan nasi guna rice cooker.
- Baki kuah beriani tadi, tambahkan kismis dan cili (sebiji pun cukup) serta garam secukup rasa.
- Setelah nasi siap masak, taburkan daun ketumbar serta bawang goreng.
- Hidangkan semasa panas bersama kuah beriani tadi:)
| Dah tak sabar nak captured gambarlah ni:) Dalam periuk pun jadi.. |
Boleh dihidang dengan salad, timun, hirisan tomato beserta sos salatah.
Labels:
Recipe
Thursday, July 26, 2012
Rude Malaysian Habits - Mana??
Salam,
Ni CR ambil dari FB, may be the owner scan dari newspaper.
Habit yang CR nak ulas ialah
Tentang great other people ni, tak salah rasa nye bila kita jumpa orang bagi salam ataupun great Good Morning atau apa sahaja yang bersesuaian. Pengalaman CR ke Utrect, Natherlands [mengiringi pelajar ke pertandingan projek sains] mat salleh-mat salleh ni, tak lokek dengan ucapan mereka. Naik lift dia wish semua orang "morning!" Nak turun lift pun dia great lagi sekali. Nak kata mereka ni racist or anti-muslim, dalam lift tu hanya tinggal muslimah dari turki dan CR je. Ringan juga mulut dia nak great...Abis, kita di sini?
[Relaks pun janganlah drive 40 km/h ye kawan-kawan, driver yang tenang pun naik hantu kalau di belakang anda]
[apa kata, di Bulan Ramadhan ni, kita same2 memainkan peranan masing-masing so that boleh meringankan kerja kakak cleaner, ye:)]
Selamat Meneruskan Ibadah Puasa:)
Ni CR ambil dari FB, may be the owner scan dari newspaper.
Habit yang CR nak ulas ialah
- Susahnya nak ucap Terima Kasih / great orang lain.
Tentang great other people ni, tak salah rasa nye bila kita jumpa orang bagi salam ataupun great Good Morning atau apa sahaja yang bersesuaian. Pengalaman CR ke Utrect, Natherlands [mengiringi pelajar ke pertandingan projek sains] mat salleh-mat salleh ni, tak lokek dengan ucapan mereka. Naik lift dia wish semua orang "morning!" Nak turun lift pun dia great lagi sekali. Nak kata mereka ni racist or anti-muslim, dalam lift tu hanya tinggal muslimah dari turki dan CR je. Ringan juga mulut dia nak great...Abis, kita di sini?
- Tak holding pintu untuk orang selepas kita
- Rude Driving Practices
[Relaks pun janganlah drive 40 km/h ye kawan-kawan, driver yang tenang pun naik hantu kalau di belakang anda]
- Squatting di tandas duduk
[apa kata, di Bulan Ramadhan ni, kita same2 memainkan peranan masing-masing so that boleh meringankan kerja kakak cleaner, ye:)]
Selamat Meneruskan Ibadah Puasa:)
Subscribe to:
Posts (Atom)