Wednesday, September 12, 2012

Emosional dan Rasional

Salam,

Entry kali ni memang nampak tajuknye cam nak meluahkan perasaan.  Adalah lebih kurang begitu bunyinya. Memang emosi dan mood seseorang ada pasang surutnya.  Sama juga seperti iman yang ada masanya sangat utuh, namun ada masanya sedikit goyah, nauzubillah...moga iman dan kepercayaan kita sentiasa teguh amin.

Itulah pasang surut manusia.  Namun, bagaimana caranya kita mengatasi kemunduran dan kemeruduman itu dengan sebaiknya adalah ujian sebenar seseorang manusia.  Lebih-lebih lagi emosional ni ada sangkut pautnya dengan insan paling hampir dengan kita.  Ya, CR masih mampu bersifat rasional, tapi ada harga yang harus dibayar.  Masa.  Masa memang menjadi ubat paling mujarab untuk mengubati penyakit emosi.  Sebab lama kelamaan, kita sendiri penat melayan emosi lalu melupakannya begitu sahaja.  Adakalanya, masih banyak perkara penting yang perlu kita fikirkan daripada terus melayan perasaan.

Tapi ia tetap merbahaya, kerana seolah-olah kita menyimpan bom jangka yang 50% akan padam, 50% lagi akan meletup.  Langkah yang terbaik ialah berterus terang dan meluahkan perasaan.  Buat masa ini, itulah jalan terbaik................

Namun...

3 comments:

  1. Betul-betul.. Jangan jadi macam student cikgu sorang nie.. Asyik pendam jer.. Kalau meletup kalah letupan Karakatoa.. XD

    ReplyDelete
  2. memang senang saya kata nak meluahkan, Zamir. Tapi hakikatnye, kalau cuba utk berterus terang, alamatnye lelehan air mata jelah yang banyak. Buang masa heheheh.... the things that happens ialah PENDAM jugak....

    Awak tu should search for somebody yang awak selesa utk bercakap...somebody whose a great listener:)

    Take care, Zamir:)

    ReplyDelete
  3. Betul tu cikgu.. Lama-lama pendam jugak..

    Nak cari mana la cikgu yang great listener tu.. Banyak nyer saya je yang mendengar and try to reach out..

    Lepas jumpe cikgu bertiga (The Trio), saya dah tak jumpa dah pengganti yang sudi dengar cerita dan luahan hati ni..

    Indahnya hidup kan kalau ada orang yang kita boleh bercerita kisah suka dan duka.. Liku-liku kehidupan ni..

    Mungkin suatu hari nanti kan..

    Take care cikgu..

    P/S: Doakan yang terbaik untuk diri ini.. Semoga cikgu dan keluarga sentiasa di bawah rahmat Ilahi..

    ReplyDelete